
Apakah itu Tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala radang tonsil
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
Rawatan Radang Tonsil.
Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.
Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Nilai Pemakanan Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa digunakan untuk dalaman dan luaran, ia amat sesuai untuk kulit dan rambut. Ia melembutkan kulit, dan memastikan kulit sentiasa lembut dan berseri. Menyapukan minyak kelapa dara pada kulit kepala membantu meningkatkan kualiti rambut. Anda boleh memiliki rambut yang lebat dan panjang dengan urutan minyak kelapa. Urutan kepala atau urutan kulit adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan. Selain daripada itu, ia juga boleh memberi bermanfaat untuk penyakit berikut :• Penyakit Jantung
• Masalah Penghadaman
• Obesiti atau Kegemukan
• Masalah buah pinggang
• Stress
• Paras kolesterol yang tinggi
• Diabetes atau kencing manis
• Imuniti rendah
• Tekanan Darah Tinggi
• Masalah gigi
• Metabolisme yang rendah
• Tulang Rapuh
• HIV
• Kanser
• Pankreatitis
• Melambatkan Penuaan
Manafaat Kesihatan Minyak Kelapa Dara
Menurut beberapa doktor naturopathic, minyak kelapa dara adalah antara makanan yang menyihatkan di dunia dan boleh menjadi alternatif yang baik untuk penjagaan kesihatan. Minyak kelapa mengandungi beberapa ciri-ciri unik yang benar-benar boleh membantu masalah jantung dan sistem imun, dan juga boleh membantu badan memetabolismekan lebih banyak tenaga dengan lebih efficiently. Beberapa manfaat kesihatan minyak kelapa dara adalah :Minyak Kelapa Dara adalah baik untuk rambut
Minyak kelapa dara telah digunakan di seluruh asia selama beratus-ratus tahun untuk mengekalkan rambut agar sentiasa lembut, bersinar dan penjagaan kulit kepala agar sentiasa sihat bagi mengelak kelimumur. Ia amat berkesan untuk menjaga kelembapan kulit kepala. Kulit kepala yang kering dan gatal menyebabkan kelemumur dan kasar serta merosakkan rambut. Minyak kelapa boleh mengembalikan minyak semula jadi kulit kepala dan menjadikan rambut licin dan berkilat.Minyak kelapa dara untuk Kulit
Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat pelembab semulajadi, dan boleh membantu merawat kulit kering dan penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema dan dermatitis. Jika anda mempunyai kulit kering atau gatal, sapukan sekerap yang boleh dengan minyak kelapa dara untuk mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi.Minyak kelapa dara boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
Walaupun minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu tetapi ia adalah dalam kumpulan Asid Lemak Rantaian Sederhana, ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi. Minyak kelapa dara mengandungi lebih daripada 50% asid laurik yang telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik.Minyak kelapa dara membantu sistem penghadaman
Jika anda berasa letih atau mengantuk selepas makan, anda mungkin mengalami masalah penghadaman. Minyak kelapa boleh membantu melincirkan perut dan mempercepatkan proses penghadaman, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk menyerap nutrien daripada makanan anda dan mendapatkan vitamin dan mineral yang anda perlukan oleh tubuh.Minyak kelapa menawarkan ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan anti-kanser. Ia meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan kesihatan usus. Ia menyediakan manfaat kardiovaskular dan membantu menguruskan diabetes jenis 2. Minyak kelapa menggalakkan buah pinggang dan kesihatan hati dan menyokong sistem imun. Ia juga memberi manfaat kepada metabolisme, tenaga, dan pengurusan berat badan.
Membantu menjaga diabetes
Ia tidak menghasilkan kenaikan insulin dalam aliran darah anda. Sebaliknya, ia membantu mengawal gula darah dengan meningkatkan rembesan insulin.Minyak Kelapa dara adalah Asid Lemak Rantaian Sederhana
Walaupun minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu, lemak tepu yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah trigliserida rantaian sederhana atau asid lemak (MCT), yang membantu sistem penghadaman mencerna lebih cekap berbanding lemak lain. Oleh kerana itu lemak tepu dalam minyak kelapa dara tidak disimpan dalam badan kita sebagai lemak. Sebaliknya, asid lemak rantaian sederhana yang terdapat dalam minyak kelapa dara lebih mudah ditukar kepada tenaga, sekali gus mengurangan tekanan pada organ seperti hati, pankreas, dan sistem pencernaan.Minyak kelapa adalah sumber terkaya alam trigliserida rantaian sederhana. Minyak kelapa dara mengandungi MCT yang menjadikan minyak ini jauh lebih berkhasiat daripada minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang, minyak kacang soya dan minyak zaitun. Sebab kedua mengapa minyak kelapa adalah jauh lebih sihat daripada minyak lain kerana ia tidak mengandungi asid lemak trans yang merbahaya yang boleh meningkatkan kolesterol LDL, dan membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kencing manis.
Minyak Kelapa dara mengandungi lebih daripada 50% asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantai sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monoglyceride anti-virus, anti-bakteria, dan antiprotozoal digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus lipid bersalut seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik! "Menurut kajian oleh Dr Mary Enig.
Manfaat dan Penggunaan Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa telah digunakan berabad lamanya sebagai satu sumber makanan untuk kesihatan di dalam masyarakat tradisional kawasan tropika. Kajian terbaru mengesahkan kepercayaan tradisional yang pokok kelapa adalah "The Tree of Life". minyak kelapa dara mempunyai peranan penting sebagai pemakanan seimbang dan diet yang berkhasiat. Meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kembali kepada makanan semula jadi yang boleh membantu mencegah pelbagai penyakit dalam badan kita melalui makanan berasaskan sumber semulajadi.Berikut adalah sebahagian daripada manafaat minyak kelapa dara untuk kesihatan. Minyak kelapa boleh:
• Meningkatkan tenaga anda
• Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Mengurangkan risiko kanser
• Meningkatkan penghadaman dan keupayaan untuk menyerap nutrien
• Menggalakkan kehilangan berat badan dan mengekalkan berat badan ideal
• Membantu mencegah bakteria, yis, kulat, dan jangkitan virus
• Menyokong dan meningkatkan sistem pertahanan badan
• Membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah dan mengawal diabetes
• Membantu mencegah osteoporosis
• Membantu mencegah penuaan pra-matang dan kedutan pada kulit
• Membantu menjaga kulit anda licin dan lembut
• Membantu melindungi daripada kanser kulit
Caj penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju
| Semenanjung | Sabah & Sarawak |
KINI Hanya !!! RM68.00 |
KINI Hanya !!! RM78.00 |
Penafian
- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. - ** Harap maklum - webmaster.







