5 Ciri Keputihan Tidak Normal

Cairan tubuh yang keluar divargina biasanya merupakan yang cairan yang normal atau merupakan cairan yang tidak normal. Tahukah Anda bahawa keputihan boleh menjadi tanda berbagai jenis penyakit. Namun sebelum itu anda perlu mengetahui dulu bagaimana ciri keputihan yang tidak normal. 
 
Bagaimana ciri keputihan yang tidak normal? 
Mari kita lihat satu per satu.
 

1. Cairan berubah warna

 
Cairan keputihan memiliki warna normal keputihan. Jika sekiranya cairan tersebut mengalami perubahan warna (menjadi putih susu, kelabu atau kehijauan), anda perlu berwaspada kerana itu petanda ada gangguan pada vargina. Biasanya penyebab perubahan warna adalah kerana infeksi oleh bakteria.
 

2. Berbau

 
Ciri lain masalah keputihan yang tidak normal adalah berbau. Keputihan yang abnormal tidak memiliki bau yang khas. Bau keputihan dapat menjadi hamis pada keadaan tertentu. Jika keputihan tersebut berbau, cubalah minta nasihat dengan doktor.
 
Berikut 3 tanda masalah keputihan tersebut perlu diberi perhatian,
 

3. Keputihan bergumpal

 
Keputihan mempunyai keadaan yang berbeza-beza. Seharusnya keadaan keputihan yang normal adalah cair dan tidak bergumpal. Jika keputihan sudah bergumpal, ia sepatutnya diberi perhatian kerana adanya jangkitan kulat.
 

4. Rasa nyilu semasa kencing

 
Keputihan yang normal tidak menyebabkan gejala sampingan. Sekiranya dalam beberapa keadaan, jika rasa nyilu semasa kencing, anda perlu memberi perhatian yang serius kerana ditakuti berlaku jangkitan bakteria. Untuk mengetahui adanya jangkitan bakteria adalah dengan melakukan pemeriksaan urin.
 

5. Aktiviti berisiko

 
Apakah keputihan yang dialami didahului oleh tingkahlaku berisiko? aktiviti berisiko yang dimaksudkan ialah hubungan seks bebas. Hubungan seks bebas boleh menyebabkan seorang mengalami jangkitan kuman yang menular melalui hubungan seksual seperti Gonorrhea.
 

Bagaimana cara menghindari keputihan yang tidak normal?

 
Keputihan yang tidak normal dapat dihindari dengan menjaga kebersihan dikawasan vargina dan mengelakkan tingkahlaku berisiko. Jagalah kebersihan dikawasan vargina dengan mengganti tuala wanita secara rutin, mengganti pakaian dalam jika lembab.
 
Selain itu, hindarilah penggunaan produk pembersih kemaluan yang boleh menyebabkan perubahan keasidan dan keseimbangan bakteria. Ketika hendak membilas selepas membuang air kecil, lakukanlah dengan arah dari depan ke belakang.
 

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

5 Tanda Anda Ada Kencing Manis

6 Gejala Kolesterol Tinggi



 $tajuk


tracker