Kenali Penyakit Diabetes

Umum mengetahui apakah dia penyakit diabetes alias kencing manis. Pertama yang diketahui ialah kandungan gula dalam badan berlebihan. Biasa diberitahu bila dibuat pemeriksaan kandungan gula yang melebihi 7 dikatakan telah melebihi tahap normal. Apalagi jika melebihi 10 atau 20 terutama apabila pemeriksaan dibuat sewaktu sebelum mengambil makanan.

Harus diketahui, kandungan gula dalam badan yang dibuat pemeriksaan adalah salah satu tanda atau simtom penyakit tapi belum dinamakan penyakit jika kandungan gula naik turun bila diperiksa. Dinamakan penyakit apabila kandungannya selalu melebihi paras normal samaada selepas makan atau sebelum mengambil makanan.

Mengikut pengalaman, jika kadang kandungan gula pada paras 5-7 atau kadang melebihi 10, adalah masih normal. Tapi jika ia sudah mengekal pada tahap melebihi 10 dengan pemeriksaan rambang waktu pagi sebelum makan, selepas makan atau malam, maka bolehlah kita mengatakan seorang itu pesakit diabetes.

Bagaimana kandungan gula menjadi tinggi? Kita mesti faham bahawa setiap orang yang dilahirkan normal, semua fungsi organ badan adalah normal. Maknanya ia berfungsi mengikut fitrah yang telah Allah SWT jadikan ke atas manusia. Salah satu organ terpenting badan yang terlibat ialah pankreas. Secara umum adalah semua sistem penghadaman terhadap penyakit diabetes selain akibat genetik atau keturunan.Fungsinya yang penting ialah mengeluarkan enzim penghadaman dan hormon penting yang dinamakan insulin.

Secara mudah difahami kegiatan auto badan pankreas, apabila kandungan gula melebihi paras keperluan badan, isyarat akan dihantar ke otak lalu mengarahkan pankreas mengeluarkan insulin. Apabila kandungan gula rendah, pankreas diarah menghentikan pengeluaran insulin. Jadi bagi pesakit diabetes kita nampak sistem auto pada pankreas tidak berfungsi dengan baik kerana itu pengeluaran insulin tidak dapat dikawalselia.

Maka akan timbullah apa yang dinamakan kandungan gula badan menjadi tinggi. Lama kelamaan siatem auto ini rosak dan insulin tidak dapat lagi dikeluarkan oleh pankreas, maka insulin dari luar diperlukan bagi membantu menurunkan kandungan gula badan.

Jelas, pengambilan gula bukanlah penyebab asal penyakit diabetes. Tetapi pengambilan gula melebihi had dalam jangka masa panjang boleh melemahkan sistem auto badan. Buktinya arwah nenek saya semasa hayatnya suka mengambil makanan manis sejak dari muda dan beliau meninggal ketika berumur melebihi 100 tahun tanpa ada tanda diabetes. Dengan bekerja dan kehidupan yang aktif kita memerlukan gula sebagai bahan bakar dan tenaga. Tanpanya badan akan cepat penat dan tidak bermaya.

Badan juga mempunyai sistem "simpanan tenaga" yang unik. Jika kita mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan terdapat lebihan dalam sistem, maka ia akan ditukar ke dalam bentuk lemak. Ia seakan suatu siatem simpanan seperti "fixed deposit" dalam sistem perbankan. Lemak akan dibakar dan ditukar kepada gula apa keadaan mendesak!

Jadi secara keseluruhan dapatlah difahami bahawa organ yang terlibat secara langsung dengan kandungan gula badan ialah pankreas. Organ tersebut termasuk salah satu dari organ dalam sistem pemakanan/penghadaman badan.

Maka apa yang penting dan utama bagi menghindari penyakit diabetes ialah dengan menjaga pemakanan terutama makanan buatan yang mengandungi bahan pengawet dan bahan perasa yang berlebihan. Jika ada rasa kelainan dalam sistem auto badan seperti sembelit/cirit, kencing berwarna pekat atau kerap kencing terutama di malam hari anda perlu cepat mencari jalan penyelesaian supaya ia terkawal dan kembali normal.

Jika anda dapat membuat pengecaman awal terhadap kelainan sistem badan dan anda cepat bertindak mencari penyelesaian, In Sha Allah anda akan selamat dari penyakit abad ke 21 ini.