Keajaiban Minyak Kelapa (The Coconut Oil Miracle) ~ Bruce Fife, ND. "Minyak Kelapa adalah minyak paling menyihatkan didunia" kata Dr. Bruce Fife, seorang doktor naturopathic dan penulis buku ini. Kajian modern mendapati tentang kebenaran mengenai perkara ini. Satu tanggapan yang salah mengenai peningkatan tahap kolestrol.
DIBUKTIKAN BERKESAN OLEH RAMAI SAINTIS DIDUNIA KERANA KEASLIAN NUTRISNYA
Tidak mengandungi Kolestrol. Berupaya mengurangkan berat badan. Bersifat antivirus, antibakteria dan antifungus Antioksida meningkatkan sistem imunisasi Pemangkin metabolisma tubuh Kandungan Monolorinya menyamai kekuatan susu ibu Amat berkesan untuk rawatan rambut.
"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkah didunia"
Dr. Bruce Fife,
Doktor Naturopati - USA
"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara,
Universiti Michigan, USA
"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig,
Universiti Maryland USA
Sihat & Rawatan tanpa ubat
Kelebihan Minyak Kelapa Dara
Mengapa Perlu Menggunakan Minyak Kelapa Dara Yang 100% Organik?
Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
Mengurangkan kadar Kolestrol
Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar thyroid
Membekal sumber tenaga yang pantas
Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet matahari
Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.
Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.
Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.
Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.
Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merobah senario industri kesihatan dunia.
Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa
Minyak kelapa dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti protozoa. ini disebabkan kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala minyak jenis lain tidak memiliki sifat antimikrob. Mereka yang terinfeksi mikrob dan serangan kulat disyorkan meminum minyak kelapa dara antara 4-8 sudu besar sehari, diminum terus sebelum atau selepas makan.
Minyak yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi, seperti asid laurik (lauric acid) yang memiliki sifat yang hampir sama dengan air susu ibu yang mana kandungan asid lauriknya melebihi 50%.
MCT didalam Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain tringlycerides (MCT) yag hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. Malah, MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu. MCT tidak perlu dihuraikan lagi dan akan terus meresap ke dalam sistem penghadaman dan menghasilkan sumber tenaga yang tinggi di dalam badan. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.
Sifat anti-mikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin kurangnya bakteria yang mengganggu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksida yang mencegah tindak balas radikal bebas dan memberikan perlindungan kepada tubuh.
TAHUKAH ANDA PENYEBABNYA?
Reaksi buruk ubat-ubatan (Adverse Drug Reactions)
Ketidak seimbangan nutriens
Ketidaklancaran pengaliran darah
Proses oksidasi dan kesan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan dan mengakibatkan kanser, dan masalah kardiovaskular.
Proses autointoksikasi iaitu penyerapan semula bahan toksid dari usus yang sepatutnya dibuang.
Penurunan paksi hormon yang berlaku sejajar dengan peningkatan usia.
Tahap immun yang lemah
"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan.
AWAS ! Bahaya MSG dalam makanan harian anda
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Menurut 'Report of Essential Drug Monitor', penggunaan ubat-ubatan secara tidak terkawal di hospital-hospital negara-negara membangun merupakan masalah utama tetapi kurang disiarkan cara memperbaikinya.
Di kebanyakan hospital di dunia, proses pemilihan bagi 'Anti Microbials Resistance' (AMR) selalunya tidak berasaskan bukti metodologi dan AMR sering saja terlebih pakai, menjadikan persekitaran kondusif kepada berkembang dan merebaknya AMR.
"Dianggarkan di Amerika Syarikat, 10.8 peratus hospital dengan pesakit-pesakitnya menghidapi tindak balas buruk drug dengan kos tahunan di antara 1.4 bilion hingga empat bilion dan ADR merupakan antara empat hingga enam penyebab kematian biasa,"
Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan
Pernakah anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah anda mengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiub ubat-ubatan yang anda gunakan? Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selain komponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahan campuran lain. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif.
Apakah Aditif
Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu.