tracker

Kencing manis, diabetes, diabetes mellitus, penyakit kencing manis, penyakit diabetes, bahaya gula, kesihatan,  jamu kencing manis, ubat diabetes, doktor

** PENAFIAN - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum - webmaster.
Beritahu Kawan mengenai website ini
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Maynetwork (M) Sdn Bhd Sebarang pertanyaan, cadangan dan maklumbalas sila Tel : 013-3014262 atau melalui ONLINE - KLIK DISINI

Copyright © 1998 - 2008 BioVCO.com Semua hakcipta adalah terpelihara
Mati kerana penyakit Kencing Manis (Diabetes)
Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF

KAJI Selidik Kesihatan dan Morbiditi Malaysia mencatatkan pesakit diabetes golongan dewasa di Semenanjung Malaysia semakin meningkat. Jika 6.3 peratus pesakit pada tahun 1986, pada tahun 1996, ia bertambah sebanyak 8.8 peratus.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh, mereka mendapati setiap tahun bilangan pesakit diabetes bertambah dalam kadar 0.2 peratus setahun.

Menyedari penyakit diabetes semakin meningkat dan menyerang lebih kurang 250 juta individu di dalam dunia, Kumpulan Advance telah menjalankan Kajian Penyakit Diabetes Type II (Jenis II).

Kajian tersebut bertujuan menyelesaikan beberapa isu yang belum dirungkai, terutamanya yang berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes jenis kedua.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.

Selain itu, individu yang memiliki keturunan yang menghidap penyakit kencing manis dan berat badan berlebihan turut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit diabetes.
Google

PERCUMA !
JANGAN KETINGGALAN !!!
Dapatkan Info Kesihatan bagi siri berikutnya
Computer Screens and Your Eyes

As more people use computers in the workplace, complaints of eye fatigue, difficulty focusing and dry eye are becoming common. Lighting, furniture and desk configurations that worked fine for typewriters, could add to eye fatigue and discomfort when working with computers.

Although you may experience painful eyestrain and dry eye while using a computer, computer screens do not permanently damage vision.

To help eyestrain and dry eye, you may only need to adjust your computer monitor to reduce glare and reflection. An ergonomic evaluation of your workstation also may identify problems that could lead to eyestrain and fatigue.

Other possible causes of dry eye in the workplace are from heating and air conditioning systems in the office building. Dry eye occurs when the eye doesn't produce enough tears to keep the eye comfortable. Usual symptoms include stinging or burning eyes, scratchiness, a feeling that there is something in the eye, excessive tearing, or difficulty wearing contact lenses. Over-the-counter eye drops called artificial tears can sometimes help alleviate dry eye. Blinking frequently while using the computer can also help dry eye symptoms.

However, to find the cause of your eye fatigue or dry eye, you may need to see your Eye M.D. (ophthalmologist) for a complete eye exam. You may need glasses, contacts or a new prescription.


TESTIMONI PENGGUNA 1 : KENCING MANIS
- Puan Nida


TESTIMONI PENGGUNA 2 : KENCING MANIS
- Affendi Ariffin

Info Kesihatan ini disiarkan secara bersiri di halaman web biovco.com, maklumat terkini hanya dihantar kepada ahli berdaftar. Keahlian adalah PERCUMA dan siri-siri info kesihatan terkini akan dihantar melalui email. Daftar sekarang agar anda tidak akan ketinggalan untuk membaca siri berikutnya. Sila isikan nama dan email dan sahkan pendaftaran melalui email yang akan dihantar oleh pihak kami.
Add to Google
Kumpulan Advance mendapati kebanyakan pesakit diabetes meninggal dunia atau mengalami kecacatan kerana komplikasi penyakit tersebut. Dua sebab utama kematian di kalangan pesakit diabetes berpunca daripada penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Salah satu keputusan yang diperoleh oleh Advance yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi ubat perindopril dan indapamide, mampu meningkatkan kelangsungan hidup apabila mengurangkan masalah penyakit jantung dan buah pinggang bagi penghidap diabetes.


Menurut Perunding Kanan Pakar Endokrinologi PPUM, Profesor Chan Siew Pheng, gabungan kedua-dua ubat itu begitu efektif kerana mencatat pengurangan kematian sebanyak 14 peratus dan 18 peratus bagi risiko kematian kardiovaskular.

"Justeru, satu kematian dapat dielakkan dalam 79 pesakit yang dirawat dengan menggunakan gabungan ubat perindoril dan indapamide selama lima tahun ini.

"Selain itu, rawatan ini juga berjaya mengurangkan 14 peratus kes koronari iaitu salah satu salur darah ke jantung dan 21 peratus penyakit ginjal. Sekali gus kematian akibat komplikasi diabetes dapat dibendung," jelas Siew Pheng lagi.

Kajian secara rawak ini dilakukan terhadap 11,140 pesakit diabetes dari 20 buah negara di Asia, Australasia, Eropah dan Amerika Utara.

Di Malaysia seramai 236 responden merupakan pesakit dari lima pusat kesihatan iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Besar Ipoh, Perak.
Peserta yang terdiri daripada pesakit diabetes dipilih berdasarkan dua kriteria. Semuanya menghidap diabetes jenis II dan berumur 55 tahun ke atas serta mempunyai sejarah makro dan mikro vaskular 10 tahun lepas.

Bukan itu sahaja, responden juga mempunyai tanda-tanda risiko lain seperti hipertensi (tekanan darah normal).
Selain Siew Pheng turut terlibat dalam kumpulan Advance tempatan ialah Perunding Kardiologi dan Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof. Datuk Khalid Yusoff, Prof. Amir Khir dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Perunding Kanan Pakar Endokrinologi Hospital Besar Pulau Pinang, Dr. Letchuman dan Perunding Kanan Pakar Endokrinologi Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Datuk Wan Muhammad.
Apa itu diabetes?

Secara amnya, diabetes (kencing manis) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam diabetes disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.
Rawatan Tanpa Ubat
Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.