Your Ideal WeightYour ideal weight. ... Your Ideal Weight. The most accurate assessment of your ideal weight takes into account the composition of your body - how much of ...
www.brianmac.demon.co.uk/idealw.htm - 14k -

Kawalan berat badanMengekalkan berat badan yang unggul juga merupakan salah satu cara pencegahan ... Bagi mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang unggul atau ...
www.commhlth.medic.ukm.my/cardio/Kawalan%20berat%20badan.html - 8k

Harian Metro Online (Malaysia)MEMANG tidak dinafikan sebahagian besar lelaki dan wanita yang baru berkahwin mendapati berat badan mereka meningkat. Paling ketara lelaki sehingga ...
www.hmetro.com.my/Current_News/HM/z_ana/backup/aper/tuan1/20060118102941/Article/indexs_html - 52k

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Pengurusan Berat BadanObesiti dan berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kejadian ... Individu yang berlebihan berat badan dan obes juga mempunyai harga diri yang rendah ...
www.afic.org/What%20You%20Should%20Know%20About%20Weight%20Management_BH.htm - 35k

Obesiti atau kegemukan seringkali dikaitkan dengan penyakit tidak kronik seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan sebagainya. Ia adalah suatu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak di tubuh badan sama ada secara setempat atau menyeluruh. Dengan itu, adalah penting untuk mengelakkan diri dari menjadi terlalu gemuk dengan mengekalkan berat badan pada berat badan yang unggul. Mengekalkan berat badan yang unggul juga merupakan salah satu cara pencegahan daripada mendapat penyakit kardiovaskular.


Minyak kelapa dara BioVCO adalah 100% organik dan diperolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semulajadi. Menggunakan kelapa matang berkualiti, tanpa menggunakan haba dan tidak diproses secara kimia. Minyak kelapa dara BioVCO tidak diperolehi daripada kelapa kering tetapi diambil daripada isi kelapa segar dan diproses melalui kaedah bioteknologi melalui pengilangan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Ini bagi memastikan kandungan nutrien seperti vitamin E yang terkandung didalam minyak kelapa dara BioVCo tidak rosak atau hilang. [Maklumat lanjut]
Copyright © 1998 - 2007 Maynetwork (M) Sdn Bhd Semua hakcipta adalah terpelihara
Minyak Kelapa Dara BioVCO Selamat dan Sesuai untuk semua peringkat umur
kesihatan , masalah rambut gugur
Rambut gugur awal

GAYA rambut lelaki sekarang sama hebat dengan wanita. Malah, ada lelaki sanggup memperuntukkan belanja tinggi untuk penjagaan dan dandanan rambut melebihi wanita.

Pun begitu, ada juga lelaki yang lebih selesa dengan imej botak, tetapi jumlahnya tidak ramai. Ramai mahukan rambut lebat dan sihat, walaupun tidak mengikuti fesyen rambut terkini.
<<<
RAWATAN TANPA UBAT - KLIK DISINI
>>>
INFO KESIHATAN


** Penafian - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. ** Harap maklum - webmaster.
Kanser usus perlu rawatan awal, segera
JIKA diberitahu rawatan A membolehkan anda hidup satu tahun dan dua tahun bagi rawatan B, agaknya manakah yang menjadi pilihan anda? Atau anda berasakan kedua-dua rawatan sama saja kerana perbezaan masa yang tidak begitu ketara?

Bagi orang sihat, perbezaan masa ini mungkin dianggap kecil dan tidak penting, tetapi besar maknanya dan sangat berharga kepada pesakit kronik seperti kanser, apatah lagi jika penyakit itu mencapai tahap kritikal.

Namun, bak kata orang Iban Sarawak, 'Agi Idup Agi Ngelaban' yang bermakna selagi hidup, selagi itu perlu berjuang dan berkorban, terutama untuk melawan penyakit. Kita juga dilarang berputus asa berusaha mencari rawatan, walaupun ada sesetengah penyakit masih tidak ditemui penawarnya.
Menghidap penyakit kronik seperti kanser bukan bermakna hidup kita akan berakhir. Harapan sentiasa ada selagi kita berusaha. Pesakit kanser usus kronik kini ada harapan lebih baik melalui kaedah semulajadi dengan mengamalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara

Menurut Perunding Onkologi dan Radioterapi merangkap Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), Dr Gucharan Singh, kanser usus kini pada tangga ketiga menyebabkan kematian di kalangan rakyat negara ini selepas kanser payu dara dan paru-paru.

Pada 2001 saja, hampir sejuta rakyat negara kita menghidap kanser kolorektal (usus kecil dan besar). Di seluruh dunia, kanser usus menjadi kanser kedua terpenting menyebabkan kematian, terutama di kalangan orang dewasa — dan tabiat makan dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kanser usus.

Katanya, antara faktor risiko kanser usus ialah peningkatan usia, pemakanan yang kaya lemak, sejarah keluarga, kencing manis, merokok, alkohol, obesiti, kehadiran penyakit keradangan dalam usus serta kesan sampingan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs).
Walaupun risiko bertambah dengan peningkatan usia, kanser usus boleh berlaku kepada orang muda. Malangnya, ramai menganggap simptom seperti berak berdarah, perubahan waktu buang air besar, rasa tidak puas setiap kali selepas buang air besar dan sakit perut, sebagai masalah buasir. Dianggarkan 30 hingga 40 peratus atau lebih 200,000 pesakit lewat menjalani pemeriksaan.

Justeru, tanda ini dibiarkan saja tanpa mendapatkan rawatan hinggalah penyakit menjadi kronik dan ada sesetengah kes, sel kanser dari usus merebak dan menjangkiti bahagian badan lain (dipanggil metastasis).

"Kanser bermula dari satu sel yang tidak normal. Untuk membentuk satu ketulan, ia memerlukan kira-kira 1,000 juta sel tidak normal. Biasanya pada diagnosis awal, bilangan sel kanser mencecah satu bilion.
"Walaupun jumlah ini banyak, tetapi jika dikesan awal, peratusan sembuh sangat tinggi iaitu hampir 100 peratus, tetapi jumlah ini kecil. Hanya 20 peratus pesakit didiagnos awal, sedangkan 80 peratus lagi hanya datang apabila kanser mencapai tahap ketiga (serius)," katanya pada pelancaran ubat kanser usus Avastin anjuran Roche (M) Sdn Bhd.

Ketumbuhan pada usus memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup dan membesar. Ia akan membentuk salur darah sendiri (menjadikan salur darah sedia ada bercabang untuk sampai ke ketumbuhan berkenaan) bagi mendapatkan oksigen dan nutrien. Proses ini dipanggil angiogenesis.

Salur darah

Dari sini sel kanser boleh merebak ke anggota badan lain dengan memasuki salur darah. Bevacizumab yang mempunyai sifat anti-angiogenesis menyekat proses pembentukan salur darah ke ketumbuhan dan menghalang salur darah daripada terus membekalkan oksigen serta nutrien. Sel kanser yang tidak mendapat 'makanan' lama kelamaan akan mati.

Menurut Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, rawatan bevacizumab bersama kemoterapi dapat memberi kesan positif dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Katanya, rawatan ini juga sesuai digunakan bagi pesakit yang sel kansernya merebak ke anggota badan lain. Ini kerana bevacizumab bertindak khusus pada protein yang dipanggil VEGF iaitu bahan utama proses angiogenesis dan menyekat bekalan darah ke sel kanser.

"Setiap hari sangat berharga bagi pesakit kronik. Ini harapan baru kepada pesakit. Dapat meneruskan hidup dua atau tiga tahun bermakna mereka boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan orang tersayang," katanya.

Rawatan kemoterapi digabungkan bersama bevacizumab untuk pesakit kanser usus adalah prosedur biasa di Amerika Syarikat sejak ia digunakan setahun lalu, kata Pensyarah Jabatan Hematologi dan Onkologi, Fakulti Perubatan UCLA, California, Dr Fairooz Kabbinavar.
Seperti ubat lain, bevacizumab ada kesan sampingan seperti hidung berdarah, tekanan darah meningkat sedikit dan kehadiran protein dalam air kencing, tetapi menurut Dr Fairooz, kesan itu bersifat sementara. Setiap pesakit menunjukkan reaksi berbeza terhadap ubat, malah ada yang tidak mengalami kesan sampingan.

"Biasanya doktor akan membuat imbangan antara faedah dan kesan sampingan. Dalam hal ini, pesakit mendapat lebih banyak faedah berbanding kesan sampingan. Pertambahan lima atau enam bulan kepada jangka hayat pesakit adalah penting bukan kepada pakar perubatan saja tetapi pesakit sendiri.

"Malah rata-rata pesakit dapat menikmati kehidupan lebih bermakna dengan pertambahan masa berkenaan," katanya.

Jadi, jika anda mengalami simptom seperti di bawah, segera jalani pemeriksaan supaya penyakit dapat dirawat pada peringkat awal.


Ada masalah usus seperti kerap cirit-birit dan sembelit yang bersilih ganti

Ada pendarahan ketika buang air

Najis berdarah (najis berwarna kemerahan atau kehitaman)

Sering rasa tidak puas, walaupun berkali-kali buang air

Sakit perut

Muka jadi pucat

Lemah seluruh badan