Migrain



Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur.

migrain

Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid.

Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.

Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. migrain juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras. Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat juga boleh menyebabkan migrain.

Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik.

Kadangkala, penglihatan pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma. Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan terus mendapat migrain.

Serangan Migrain


Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga empat hari.

Apakah gejala migrain?


Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami komplikasi migrain.

Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan pengecutan urat darah dalam otak.

Gejala lain migrain


Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.

Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.

Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.

Kepala terasa pening.

Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.

Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Apakah pemeriksaan yang dilakukan?

Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.

Apakah rawatan bagi penyakit migrain?


Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang Bukan Steroid (NSAID).

Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan. Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu. Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui suntikan.

Rawatan bagi Penyakit Migrain Tanpa UBAT


 Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala ATASI MASALAH MIGRAIN! BioVCO adalah penyelesaian sebenar untuk mengatasi masalah Migrain cara semulajadi.

  • BioVCO makanan semula jadi dihasilkan untuk mengatasi masalah kesihatan termasuk Migrain.

  • Menyokong fungsi otak yang sihat.

  • Makanan dengan vitamin dan mineral yang diperlukan termasuk penghidap migrain.

  • Makanan unik terpilih dari 100% tumbuhan tanpa kesan sampingan.

  • Telah digunakan selama bertahun-tahun (sejak tahun 2005) oleh lebih 6000 pengguna.

  • BioVCO adalah sokongan nutrisi semulajadi untuk masalah kesihatan termasuk penghidap migrain. Dibuat sesuai untuk penderita migrain.

    BioVCO adalah makanan semulajdi yang terbaik. Anda Mesti mencubanya sendiri dan rasakan perbezaan dan keberkesanannya. Tiada kesan sampingan terhadap pengguna untuk jangka pendek atau jangka panjang. Sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga warga emas termasuk wanita hamil dan menyusukan anak

    Cara Pengambilan BioVCO


    Minum 2 sudu pagi dan 2 sudu ptg/mlm untuk 4 botol pertama. Selepas habis 4 botol minum 2 sudu sehari.

    Berdasarkan pengalaman, untuk peringkat awal biasanya kena habiskan 6 botol keatas untuk dapat kesannya.

    BioVCO bukan produk yang memberi kesan segera dan kesannya mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.

    Apa kata pengguna BioVCO










    Penghantaran PANTAS menggunakan Korier

    Apa kata Mereka

    Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala

    Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala

    Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala


    Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala


    Migrain dan Masalah Migrain dan Sakit Kepala

    Klik Disini Untuk ORDER Melalui Whatsapp @ +60133014262

    Klik Disini Untuk ORDER Online / Kad Kredit
















    Kenali Bahaya Gangguan Hormon Tiroid

    Tanda-Tanda penyakit Resdung

    Diabetes penyebab jantung koronari

    Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis

    6 Gejala Kolesterol Tinggi

    5





    Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher



    Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT




    tracker