Ramai Wanita Gemuk



Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki.

Menteri Kesihatan berkata kajian itu mendapati bilangan penduduk gemuk di Malaysia kini kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan mencatat masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang.

Jumlah lelaki berusia antara 25 hingga 64 tahun yang dikategorikan sebagai gemuk di negara ini ialah kira-kira 850,000 orang atau 13.9 peratus, katanya berucap pada Seminar Kesihatan Puspanita Kebangsaan di Puspanitapuri, di sini, semalam.

Seminar sehari anjuran Puspanita dengan kerjasama Kementerian Kesihatan itu bertemakan Masalah 3G. Hadir sama, Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin.

Gemuk atau obesiti merujuk kepada keadaan apabila kadar lemak dalam seseorang badan seseorang mencapai tahap jauh lebih tinggi berbanding jisim tubuh tanpa lemak, manakala berat badan berlebihan merujuk pertambahan berat berbanding kesesuaian ketinggian.

Secara fisiologi, memang tubuh wanita mengandungi lemak yang tinggi menjadikan mereka lebih berisiko menjadi gemuk berbanding lelaki.

Beliau juga berkata, kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap 12,000 pelajar di Semenanjung juga mendapati 10.5 peratus daripada mereka memiliki berat badan berlebihan manakala enam peratus lagi gemuk.

Katanya, masalah 3G di kalangan masyarakat negara ini sebenarnya semakin serius dan langkah pencegahan lebih berkesan yang membabitkan kerjasama semua pihak perlu diambil segera untuk menangani gejala terbabit.

Jika satu masa dulu orang yang gebu, gempal atau gemuk mungkin dikatakan sihat dan sejahtera, tetapi kini tidak lagi. Kegemukan sebenarnya adalah permulaan kepada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes serta strok.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan gemuk juga meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payu dara, kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan, katanya.Dr Chua berkata, gemuk tidak berlaku dalam masa singkat dan oleh itu, proses penurunan berat badan juga mesti dibuat secara berperingkat, iaitu secara sistematik iaitu antara setengah dan satu kilogram seminggu.

berat badan gemuk

masalah berat badan dan gemuk



Elak Sebelum Kena Rawat Sebelum Terlambat
8



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker