tracker

resdung, sinus, sinusis, penyakit hidung, hidung gatal, pembedahan hidung, bahaya resdung, penyakit resdung, hidung tersumbat, selesema,

** PENAFIAN - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum - webmaster.
Beritahu Kawan mengenai website ini
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Maynetwork (M) Sdn Bhd Sebarang pertanyaan, cadangan dan maklumbalas sila Tel : 013-3014262 atau melalui ONLINE - KLIK DISINI

Copyright © 1998 - 2008 BioVCO.com Semua hakcipta adalah terpelihara
RESDUNG - Risiko jangkitan otak
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.

Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.

Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
Google

PERCUMA !
JANGAN KETINGGALAN !!!
Dapatkan Info Kesihatan bagi siri berikutnya
Computer Screens and Your Eyes

As more people use computers in the workplace, complaints of eye fatigue, difficulty focusing and dry eye are becoming common. Lighting, furniture and desk configurations that worked fine for typewriters, could add to eye fatigue and discomfort when working with computers.

Although you may experience painful eyestrain and dry eye while using a computer, computer screens do not permanently damage vision.

To help eyestrain and dry eye, you may only need to adjust your computer monitor to reduce glare and reflection. An ergonomic evaluation of your workstation also may identify problems that could lead to eyestrain and fatigue.

Other possible causes of dry eye in the workplace are from heating and air conditioning systems in the office building. Dry eye occurs when the eye doesn't produce enough tears to keep the eye comfortable. Usual symptoms include stinging or burning eyes, scratchiness, a feeling that there is something in the eye, excessive tearing, or difficulty wearing contact lenses. Over-the-counter eye drops called artificial tears can sometimes help alleviate dry eye. Blinking frequently while using the computer can also help dry eye symptoms.

However, to find the cause of your eye fatigue or dry eye, you may need to see your Eye M.D. (ophthalmologist) for a complete eye exam. You may need glasses, contacts or a new prescription.


TESTIMONI PENGGUNA 1 : RESDUNG
Saya telah mengalami resdung lebih dari 15 tahun.  Pelbagai vitamin dan ubatan termasuk ubat-ubat hospital, telah saya cuba untuk merawatnya.  Hanya orang-orang yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa tidak selesanya hidup ini sekiranya penyakit resdung telah dihidapi oleh seseorang itu.  Dahlah bersin berkali-kali tak mengira tempat.  Hidung pulak asyik berair tak terkawal mengalir.  Gatalnya pulak rasa macam nak potong je hidung ni.  Tangan tak pernah terlepas dari memegang tuala kecil yang sekejap je dah basah.  Badan pun rasa tak sedap, macam antara demam dan tidak.

- Badariah Mazlan, Klang Selangor


TESTIMONI PENGGUNA 2 : RESDUNG
saya ingin berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk Biovco yang sungguh berkesan ini. Untuk pengetahuan, saya telah menghidap resdung sejak 1998 lagi. Saya sering berkahak dan hidung tersumbat.keadaan ini adakalanya membuat orang yang hampir dengan saya semacam menjauhkan diri dari saya.pelbagai jenis ubat-ubatan telah dicuba selama 9 tahun seperti bekam asap, rawatan lipas, ubatan dan mengeluarkan lendir. rawatan tersebut hanya melegakan tetapi tidak menyembuhkan sepenuhnya.
- Abdul Aziz bin Abdullah

Info Kesihatan ini disiarkan secara bersiri di halaman web biovco.com, maklumat terkini hanya dihantar kepada ahli berdaftar. Keahlian adalah PERCUMA dan siri-siri info kesihatan terkini akan dihantar melalui email. Daftar sekarang agar anda tidak akan ketinggalan untuk membaca siri berikutnya. Sila isikan nama dan email dan sahkan pendaftaran melalui email yang akan dihantar oleh pihak kami.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.

Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.

``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.

``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.

Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.

Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.

Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:

``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.

``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.

Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.

Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.

Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.

``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.

Gejala resdung:

  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.


Diagnosis:

  • Skop hidung untuk melihat punca resdung
  • Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah


Rawatan:

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  • Ubat selesema
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.


Tip menguruskan resdung:

  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

  • Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
  • Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
  • Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
  • Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Setelah terjumpa artikel mengenai Produk BioVCO kerana rajin "surf interesting websites" sayapun mencuba mengamalkannya.  Ternyata ada perubahan yang tanpa disedari semasa saya dapat habiskan dua botol.  Tak adapun rasa "healing krisis" seperti yang biasa "food supplement" pernah saya ambil. Kini saya telah beberapa kali beli secara online melalui Maynetwork Sdn. Bhd. dan saya akan terus beli dan terus mengamalkannya untuk memulihkan penyakit saya sepenuhnya.  Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Encik Johari yang berusaha menjayakan perniagaan seperti ini dengan produk yang amat berkesan sekali.
Pada pertengahan 2007, saya telah melayari internet dan sebelum itu saya terdengar akan kehebatan dan keajaiban minyak kelapa dara bagi menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin tuhan. Alhamdulillah setelah hampir habis 2 botol menggunakan biovco simptom resdung saya mula berkurangan dengan ketara dan apabila bangun pagi tiada lagi bersin dan hingus di hidung. kini saya masih lagi menggunakan biovco. Terima kasih BIOVCO!!!
Rawatan Tanpa Ubat dari sumber organik
Berdasarkan gejala pesakit diatas, rawatan yang disyorkan adalah dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara, Minyak Kelapa Dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak Kelapa Dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.
TESTIMONI