SOAL JAWAB Mengenai
Minyak Kelapa Dara


Masalah Berat Badan dan Darah Tinggi

Tuan, saya nak bertanya beberapa soalan....

a. Bagaimana Minyak Kelapa Dara boleh membantu dlm mengurangkan masalah berat badan berlebihan, perut buncit. Emak saya juga bertanya adakah Minyak Kelapa Dara boleh membantu mengenai masalah darah tinggi.

b. Bagaimana cara pengambilannya? Adakah sebelum @ selepas makan?

c. Berapa sukatan yg perlu diambil & bila waktunya? (pagi @ petang @ malam)

Harap dpt beri penjelasan.

Wassalam....

Jawapan,

Walaikumsalam

Bagi mengurangkan berat badan, Pengambilan Minyak Kelapa Dara adalah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam dan ia perlu diambil secara kosisten (masa tidak ditentukan sama ada selepas atau sebelum makan). Minyak Kelapa Dara dapat meningkatkan metabolisma dalam badan, semakin tinggi kandungan metabolisma akan dapat mengelakkan lebihan kalori yang tidak digunakan daripada disimpan sebagai lemak.

Disamping itu kurangkan makanan yang mengandungi kabohidrat & lemak haiwan yang tinggi. Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri(salur darah).

Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah.

Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Ambil dua sudu pagi dan dua sudu malam.

Penyakit Thyroid

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya jika Minyak Kelapa Dara boleh menghilang penyakit thyroid. Saya kemungkinan menghidap thyroid kata doktor. Getaran di jari kedua-dua tangan. kurang nafsu makan. Harap dapat bantu saya.

Esah Ali
Warga Singa

Waalaikumsalam,

Jawapan

Berdasarkan simptom yang saudari nyatakan, saya dapati yang saudari mungkin mengalamai masalah hyperthyroidism. Ia adalah keadaan di mana terdapat seksresi hormon tiroksin yang berlebihan dalam badan.

Minyak Kelapa Dara boleh membantu masalah saudara dengan menyeimbangkan kembali penghasilan hormone tiroksin dalam badan. Amalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara 1-2 sudu besar sehari. Selepas sebulan pengambilan Minyak Kelapa Dara, saya nasihatkan saudar1 untuk membuat pemeriksaan darah bagi melihat paras hormon T3 dan T4. Semoga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Darah Tinggi

Assalamuaikum Tuan Moderator,

Bagaimanakah Minyak Kelapa Dara membantu menyembuhkan penyakit "High Blood" atau darah tinggi dan bagaimanakah cara pengambilan dosesnya?

Sekian,

Jawapan,

Waalaikumsalam,

Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah darah tinggi kerana ia berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan. Lazimnya penyakit darah tinggi berasosiasi dengan penyempitan arteri (salur darah).

Keadaan yang sempit ini menyebabkan kesukaran darah untuk mengalir melaluinya kerana rintangan yang wujud dan keadaan ini memerlukan tekanan yang lebih kuat. Keadaan ini memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Punca utama kepada masalah darah tinggi adalah obstruksi lemak pada salur darah.

Minyak Kelapa Dara boleh meningkatkan HDL (Lipoprotein Berketumpatan Tinggi). Ia merupakan protein pengangkut lemak yang baik kerana ia boleh menyingkirkan lemak daripada badan. Ekskresi lemak daripada badan dapat membantu melancarkan pengaliran darah dalam badan. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jantung mengepam darah ke seluruh badan.

Ambil dua sudu pagi dan dua sudu malam.

Terima Kasih

Kencing Manis

Tuan moderator,

Boleh tak jelaskan bagaimana Minyak Kelapa Dara bertindak mengurangkan tahap kencing manis. Saya sudah menggunakan botol ke lima, tapi masih tiada apa-apa perubahan ke atas tahap kencing manis. Ada tak apa-apa pantang yang perlu diikuti.

Terima kasih.

Mahiran Hj Abdul Rahim

Jawapan,

Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

Testimoni minyak kelapa dara satu



promo-minyak kelapa dara - BioVCO
poslaju-minyak kelapa dara - BioVCO
PERCUMA !!!
artikel Info Kesihatan - KLIK DISINI




Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. - ** Harap maklum - webmaster.