Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat Antara produk yang telah dianggap mempunyai lemak tepu dan terkenal oleh pengamal kesihatan ialah minyak kelapa, santan dan isi kelapa parut. Setiap pengamal kesihatan cuba mengelak pengambilannya sehingga kajian penyelidikan baru mula membongkar mitos bahawa produk itu sebenarnya tidak sihat untuk dimakan.

Dalam masa reputasi mengenainya dipulihkan, industri kesihatan menghasilkan penemuan produk kesihatan baru, Minyak Kelapa Dara Organik, yang didakwa oleh banyak pihak di Amerika Syarikat sebagai minyak yang Ajaib.

Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda dan keluarga, Minyak Kelapa Dara mampu membantu meningkatkan tahap kecergasan seisi keluarga kerana ia memiliki lebih daripada 10 manafaat kesihatan dan rawatan semulajadi.

Minyak kelapa dara mampu membantu untuk rawatan rambut, kulit seperti ekzema dan psoriasis, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma, fungsi tiroid, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan rendah, kencing manis, migrain serta resdung.

Minyak kelapa dara mampu membantu penjagaan gigi dan kekuatan tulang anda. Manafaatnya dikaitkan dengan kewujudan asid Laurik yang terkandung dalam minyak kelapa dara yang memiliki sifat-sifat antimikrob, antioksidan, antikulat dan antibakteria.

Minyak paling disalah faham


Minyak kelapa telah mendapat reputasi buruk kerana ia mengandungi tepu lemak. Pada masa lalu, tiada siapa yang membuat apa-apa perbezaan antara kebaikan dan keburukan lemak tepu. Kita semua menganggap sebagai merbahaya kerana ia mengandungi tahap kolesterol yang tinggi dan boleh menjejaskan kesihatan jantung.

Baru-baru ini, reputasi minyak kelapa, terutama minyak kelapa dara organik, telah mendapat reputasi yang bertambah baik. Penyelidikan menunjukkan bahawa penduduk Polynesia dan pulau lain yang menjadikan kelapa sebagai sumber makanan dan dalam diet harian mereka jarang mengalami penyakit jantung koronari.

Minyak Kelapa Dara sesuai untuk sisi keluarga


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang dihasilkan melalui buah daripada pokok kelapa yang ditanam di pendalaman yang jauh dari kawasan perindustrian. Minyak yang diekstrak daripada isi kelapa yang segar dan bukannya kopra kering. Kopra adalah isi kelapa kering yang dijemur di bawah sinar matahari dan terdedah kepada lalat, habuk dan kotoran semasa proses pengeringan.

Minyak kelapa dara dihasilkan melalui proses pengeluaran makanan yang ketat dan memiliki standard pengeluaran neutraseutikal. Tiada haba yang tinggi digunakan dalam proses pengeluarannya. Isi kelapa segar diproses untuk mendapatkan minyak tanpa penapisan menggunakan bahan kimia, pelunturan dan penyahbau. Oleh itu minyak kelapa dara akan mengekalkan keaslian kandungan asal kelapa serta memiliki rasa dan aroma yang hebat.

Meningkatkan Metabolisma Dan Merangsang Berat Badan


Minyak kelapa dara mengandungi rantaian asid lemak yang lebih pendek yang dikenali sebagai Middle Chain Trigliserida (MCT). Minyak yang terdiri daripada Long Chain Trigliserida (LCT), kecuali minyak sawit yang mempunyai kedua-dua MCT dan LCT. MCT lebih mudah meresap kedalam membran sel kerana saiz yang lebih kecil.

Ia tidak memerlukan pembawa protein untuk diangkut ke dalam sel-sel badan kita disebabkan oleh struktur biokimia yang unik. Setelah masuk ke dalam tubuh, MCT serta-merta dihadam dan dihantar terus ke hati untuk dibakar sebagai tenaga. Kadar metabolik atau metabolisma badan akan meningkat dan seterusnya merangsang penurunan berat badan.

Menghalang Pengoksidaan Dan ketengikan


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat Asid laurik adalah kandungan utama MCT yang terdapat dalam minyak kelapa dara. Asid lemak dengan 12 karbon telah dikaji secara meluas oleh Institut Kesihatan Kebangsaan serta penyelidikan perubatan.

Laurik asid memiliki banyak kelebihan dalam pemprosesan makanan kerana struktur kimia sebagai pengawet untuk mengelakkan pengoksidaan dan bau.

Sebahagian daripada pengeluar makanan organik dan penjagaan kesihatan sedang mengkaji menggunakan asid laurik daripada minyak kelapa dara sebagai salah satu bahan dalam produk mereka. Selain itu, laurik asid juga mempunyai sifat antimikrobial.

Banyak syarikat farmaseutikal akan melabur sejumlah besar wang untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan dalam sifat-sifat terapeutik asid laurik.

Pertahanan Diri Semulajadi


Salah satu ciri paling menarik dalam minyak kelapa dara adalah ia hampir menyamai apa yang terkandung dalam susu ibu. Allah telah memberkati ibu dengan susu yang memiliki ciri-ciri antimikrob serta nutrisi untuk meningkatkan sistem imun bayi yang baru lahir.

Penemuan menarik ini adalah kerana ia bersifat semulajadi dan kerana kandungan asid laurik yang terdapat dalam susu ibu. Asid lemak yang sama juga terdapat dalam minyak kelapa dara! Para saintis juga telah mendapati bahawa ibu-ibu mengandung yang sering memakan minyak kelapa dara bukan sahaja mempunyai asid laurik dalam susu mereka tetapi mereka memiliki susu yang lebih banyak.

Sistem imun yang lemah akan mudah mengalami penyakit resdung . Amalan pengambilan Minyak Kelapa Dara mampu mengatsi Resdung.

Meningkatkan Fungsi Tiroid


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak kelapa dara memberi manfaat bagi mereka yang mengalami Penyakit Tiroid atau fungsi tiroid nya kurang aktif. Minyak kelapa dara boleh membantu untuk memperbaiki keadaan kelenjar tiroid yang kurang aktif.

Kebanyakannya wanita yang mencapai umur menopaus mungkin mendapati minyak kelapa dara membantu dalam menstabilkan tahap kesihatan tiroid mereka.

Walau bagaimanapun, jika anda sedang mengambil ubat untuk masalah tiroid, dan anda mendapati minyak kelapa dara telah membantu anda, jangan berhenti mengambil ubat kecuali atas nasihat doktor.

Berbincang dengan doktor yang sedang merawat anda untuk mendapatkan nasihat beliau sebelum berbuat demikian.

Minyak Kelapa Dara Untuk Rawatan Penyakit Jantung


Ramai yang beranggapan, apa-apa jenis minyak yang dimakan akan meningkat kadar kolestrol dalam darah. Sebenarnya bukan semua jenis minyak yang bersifat sedemikian.

Keunikan minyak kelapa dara, ianya sebenarnya adalah baik untuk jantung & juga boleh menurunkan paras kolestrol. Minyak kelapa dara mengandungi komposit lauric acid antara 50-70% yang baik untuk melawan masalah kolestrol tinggi & penyakit jantung.

Komposit lemak tepu di dalam minyak kelapa dara tidaklah merbahaya seperti kebanyakan minyak sayuran lain di pasaran. Secara tidak langsung, penggunaan minyak kelapa dara secara konsisten tidak akan menaikkan kadar LDL di dalam badan.

Melangsingkan Badan Dan menguatkan otot


Dengan memakan minyak kelapa dara dengan dos asid laurik yang mencukupi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan membuang lemak pada tubuh anda. Ini telah dibuktikan oleh banyak kajian yang dijalankan oleh pengamal kesihatan. Minyak kelapa dara sangat berkesan dalam membina otot tanpa lemak sehinggakan ia juga telah dipasarkan sebagai makanan tambahan di bawah jenama yang berbeza. Di Amerika Syarikat dan Australia, botol MCT dijual seperti goreng pisang panas untuk mereka yang sedang mengamalkan diet dan bina badan.

Seorang pakar fisiologi dan biokimia, Dr Ray Peat, percaya bahawa minyak kelapa dara dapat memulihkan kulit menjadi lebih anjal. Dengan mengurut ke dalam kulit, minyak kelapa dara akan membantu untuk mengekalkan tisu perantara yang kuat dan lembut. Selain itu, garis-garis halus dan kedutan juga dapat dikurangkan. Minyak kelapa dara juga sangat baik sebagai losyen pelindung matahari semula jadi untuk berjemur. Gosokkan sedikit pada kulit anda setiap hari dan kulit kering anda akan sentiasa lembap dan licin serta sihat.

Melembapkan dan melebatkan rambut anda


Daripada menggunakan produk rambut berasaskan bahan kimia untuk melembapkan rambut anda, mengapa tidak mencuba minyak kelapa dara? Walau bagaimanapun, berhati-hati untuk tidak mengenakan terlalu banyak minyak kelapa dara jika anda tidak mahu kelihatan seperti basah. Minyak kelapa dara menjadikan rambut lebih lebat dan cantik bersinar.

Membeli Minyak Kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat Minyak kelapa dara kini diterima dan meluas dipasaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan diseluruh dunia kerana pelbagai manfaat kesihatan. Minyak akan beku dan bertukar putih dan kelihatan seperti mentega di bawah suhu bilik.

Sebab itu kadang-kadang dikenali sebagai 'Butter Kelapa'. Apabila disimpan didalam suhu bilik, ia akan bertukar dalam bentuk cecair dan berwarna jernih. Pertukaran daripada pepejal kepada cecair tidak akan menjejaskan kualiti dan manfaatnya.

Untuk permulaan, anda boleh mengambil antara dua hingga empat sudu besar minyak kelapa dara BioVCO setiap hari. Anda boleh mengambilnya sekali gus sebelum sarapan atau dua kali sehari. Anda boleh mengambil pada sebelah pagi dua sudu sebelum sarapan dan dua sudu sebelum makan malam.

Untuk menjadikan ia lebih sedap, anda boleh campuran minyak kelapa dara BioVCO ke dalam salad, nasi goreng atau hidangan lain. Minyak kelapa dara juga boleh dicampur dalam mana-mana hidangan panas. Selepas anda mengamalkannya, dan apabila minyak kelapa dara mulai serasi dalam sistem tubuh pastinya anda akan mendapat perbezaan yang ketara dalam kesihatan anda.

Testimoni Pengguna


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat





Penghantaran PANTAS menggunakan Korier Poslaju

Apa kata Mereka

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat


Minyak Kelapa Dara, BioVCO adalah minyak Kelapa dara untuk merawat

Elak Sebelum Kena Rawat Sebelum Terlambat

Klik Disini Untuk ORDER Melalui Whatsapp @ +60133014262

Klik Disini Untuk ORDER Online / Kad Kredit



 

 


tracker