Sembuhkan Penyakit Dengan Bersedekah

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Benar saudaraku, ubatnya adalah sedekah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin engkau telah banyak sedekah, tetapi tidak engkau niatkan untuk Allah Ta’ala menyembuhkanmu dari penyakit.

Cuba sekarang dan hendaknya engkau yakin bahawa Allah Ta’ala akan menyembuhkanmu. Berilah makan orang-orang fakir, atau tanggunglah beban anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit dan kesulitan, musibah atau cubaan.

Mereka yang diberi taufik oleh Allah Ta’ala telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat ruhiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengubati dengan ubat ruhiyah sekaligus ubat ilahiyah.

Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan bakhil untuk dirimu sendiri, jika engkau memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya telah datang!

Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh “. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

Kisah lain, orang yang mengalami peristiwa ini menceritakan kepadaku, “Anak perempuan saya yang masih kecil menderita penyakit di tekak. Saya membawanya ke beberapa rumah sakit. Saya menceritakan penyakitnya kepada banyak doktor, namun tidak ada hasilnya. Dia belum juga sembuh, bahkan sakitnya bertambah parah. Hampir saja saya ikut jatuh sakit kerana sakit anak perempuan saya yang mengundang hiba semua keluarga.

Akhirnya doktor memberinya suntikan untuk mengurangkan rasa sakit, hingga kami putus asa dari semuanya kecuali dari rahmat Allah Ta’ala. Hal itu berlarutan sampai datangnya sebuah harapan dan dibukanya pintu kelapangan. Seorang soleh menghubungi saya dan menyampaikan sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

“Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani).

Saya berkata, “Saya telah banyak bersedekah”. Ia pun menjawab, “Bersedekahlah kali ini dengan niat untuk kesembuhan anak perempuanmu”. Saya pun mengeluarkan sedekah sekadarnya untuk seorang fakir, tetapi tidak ada perubahan. Saya kemudian memberitahunya dan dia berkata, “Engkau adalah orang yang banyak mendapatkan nikmat dan kurniaan Allah Taala, bersedekahlah setanding dengan banyaknya harta benda kamu”.

Saya pun pergi pada untuk kali yang kedua, saya penuhi isi kereta saya dengan beras, ayam dan bahan-bahan makanan lain dengan menghabiskan wang yang cukup banyak. Saya lalu membahagikannya kepada orang-orang yang memerlukan dan mereka senang dengan sedekah saya. Demi Allah saya tidak pernah menyangka bahawa selepas saya mengeluarkan sedekah itu, anak saya tidak perlu disuntik lagi, anak saya sembuh sepenuhnya, alhamdulillah.

Saya yakin bahawa faktor (yang menjadi sebab) yang paling besar yang dapat menyembuhkan penyakit adalah sedekah. Sekarang sudah tiga tahun berlalu, ia tidak merasakan penyakit apapun. Semenjak itu saya banyak mengeluarkan sedekah khususnya berupa wakaf. Setiap saat saya merasakan hidup penuh kenikmatan, keberkatan, dan sihat sejahtera baik pada diri peribadi mahupun keluarga saya.

Saya mewasiatkan kepada semua orang sakit untuk bersedekah dengan harta mereka yang paling mereka cintai, dan mengeluarkan sedekah terus menerus, nescaya Allah Ta’ala akan menyembuhkannya walaupun hanya sebahagian penyakit. Saya yakin kepada Allah Ta’ala dengan apa yang saya ceritakan. Sungguh Allah Ta’ala tidak melalaikan balasan untuk orang yang berbuat baik.

Marilah saudaraku, pintu telah terbuka, tanda kesembuhan telah nampak di depanmu, bersedekahlah dengan bersungguh-sungguh dan percayalah kepada Allah Ta’ala. Jangan seperti orang yang melalaikan nasihat yang bermakna ini, hingga ia tidak mengeluarkan sebahagian hartanya untuk bersedekah lagi. Padahal bertahun-tahun ia menderita sakit dan berulang-alik berjumpa doktor untuk mengubati panyakitnya, dengan menghabiskan banyak wang dari simpanannya.

Jika engkau telah mencuba nasihat ini dan engkau sembuh, jadilah orang yang selalu menolong orang lain dengan harta benda dan usahamu. Jangan engkau membatasi diri dengan sedekah untuk dirimu sendiri, namun ubatilah penyakit orang-orang yang sakit dari keluargamu dengan sedekah. Jika engkau tidak sembuh sepenuhnya, maka ketahuilah bahawa engkau sebenarnya telah disembuhkan walaupun sedikit.

Keluarkan sedekah lagi, perbanyak sedekah semampumu. Jika engkau masih belum sembuh, mungkin Allah Taala memanjangkan sakitmu untuk sebuah hikmah yang dikehendakiNya atau kerana kemaksiatan yang menghalang kesembuhanmu. Jika demikian cepatlah bertaubat dan perbanyak doa di sepertiga malam terakhir.

Sedangkan bagi anda yang diberikan nikmat sihat oleh Allah Ta’ala, jangan tinggalkan sedekah dengan alasan engkau sihat. Seperti halnya orang yang sakit boleh sembuh maka orang yang sihat pun boleh sakit. Sebuah pepatah mengatakan, “Mencegah lebih baik dari mengubati”.

Apakah engkau akan menunggu penyakit hingga engkau berubat dengan sedekah? Jawablah ..! kalau begitu segeralah bersedekah ..!

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker