Awasi Kolesterol Dalam Darah

awasi kolestrol tinggi. Gejala kolesterol tinggi sukar untuk dikesan pada peringkat awal. Kolesterol tinggi merupakan penyumbang utama penyakit. BioVCO

Awasi kolesterol

Apakah itu kolesterol?
Adakah ianya bahaya?
Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia?
Apakah komplikasi-komplikasi yang terhasil daripada hiperkolesterolemia?
Bagaimana pula langkah pencegahan atau rawatannya?

Jika anda seorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah, dihujani persoalan dan permasalahan yang banyak boleh mempercepatkan kehadiran satu lagi penyakit iaitu tekanan darah tinggi.

DEFINISI, PARAS NORMAL DAN FUNGSI KOLESTEROL

Kolesterol, menurut Metabolisme Tubuh Manusia oleh Prof. Onn Hashim, merupakan sejenis lipid yang mempunyai kelarutan yang rendah dalam air. Pada suhu 25OC, kelarutan terhadnya adalah kira-kira 0.2 mg/dL.

Kolesterol

Kepekatan kolesterol dalam darah bagi manusia yang normal adalah sekitar 150 ? 200 mg/dL. Kelarutan kolesterol yang tinggi dalam darah adalah disebabkan oleh kehadiran lipoprotein plasma (terutamanya low-density lipoprotein, LDL dan very low-density lipoprotein, VLDL) yang berkeupayaan mengikat dan melarutkan kuantiti kolesterol yang banyak.

Antara fungsi utama kolesterol adalah:

1.Komponen membran sel dan intrasel.

2.Prekursor bagi asid hempedu.

3.Prekursor bagi 5 kelas utama hormon steroid ~ progestagen, glukokortikoid, mineralokortikoid, androgen dan estrogen.

HIPERKOLESTEROLEMIA

Untuk mengetahui paras kolesterol anda, ujian profil lipid bolehlah dilaksanakan. Ujian ini akan memberikan bacaan untuk nilai kolesterol total, HDL, LDL, VLDL dan trigliserida dalam darah.

Bagi seseorang yang muda lagi sihat bertenaga, nilai purata kolesterol plasma yang normal ialah 175 mg/dL. Amnya, paras kolesterol plasma yang melebihi 200 mg/dL dianggap tinggi dan diistilahkan sebagai hiperkolesterolemia.

Bagi seseorang yang mempunyai nilai kolesterol plasma di antara 200 hingga 240 mg/dL, risikonya terhadap penyakit jantung koronari adalah sederhana. Seseorang yang mempunyai nilai kolesterol plasma melebihi nilai ini, berisiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari.

Seperti yang telah dibincangkan, kolesterol plasma diangkut dan diedar oleh lipoprotein. Antara lipoprotein yang wujud, yang paling kaya-raya dengan kolesterol ialah LDL. Tingginya paras LDL dalam plasma dikaitkan dengan hiperkolesterolemia.

LDL berfungsi mengangkut dan mengedarkan kolesterol ke tisu bukan hepar. Oleh itu, pada amnya, paras LDL plasma yang tinggi menggalakkan proses pemunggahan kolesterol ke tisu bukan hepar. Sekiranya dibiarkan berlanjutan, proses ini menimbulkan masalah aterosklerosis. Ciri ini menyebabkan LDL digelar kolesterol jahat.

Dalam dunia ini, segalanya diciptakan berpasangan. Ada kolesterol jahat, ada juga kolesterol baik. Apakah kolesterol baik? Dalam dunia biokimia, HDL dipanggil kolesterol baik kerana peranannya mengangkut kolesterol dari tisu bukan hepar dan lipoprotein-lipoprotein lain kembali ke hepar supaya dapat dikumuhkan. Paras HDL plasma yang tinggi menunjukkan seseorang itu berkeupayaan mengkumuh kolesterol dengan cekap.

HIPERKOLESTEROLEMIA DAN KOMPLIKASI-KOMPLIKASINYA

Ketaknormalan metabolisme atau pengangkutan kolesterol di dalam plasma boleh mencetuskan aterosklerosis, iaitu pengerasan arteri yang boleh menyebabkan infarksi miokardium.

Pada mulanya, keadaan hiperkolesterolemia akan menyebabkan penimbunan lipid berlaku di dalam sel makrofaj dan otot licin arteri. Sekiranya langkah awal untuk mengurangkan paras kolesterol plasma dilakukan, timbunan lipid masih boleh dibersihkan. Sekiranya paras kolesterol plasma yang tinggi berlarutan, timbunan lipid akan mula berlaku di dalam intima arteri. Selalunya keadaan ini berasosiasi dengan proses fibrosis apabila kolagen ditimbunkan bersama untuk membentuk satu struktur plak yang berserat. Plak ateroskerosis mengeras melalui proses kalsifikasi.

Atherosclerotic Plaque

Dukacita sungguh dimaklumkan bahawa plak ateroskerosis sekali sudah terbina, tidak dapat dilarut atau dimusnahkan. Pada peringkat ini, usaha untuk mengurangkan paras kolesterol plasma tidak mendatangkan sebarang kesan kepada plak yang sedia terbentuk. Pembentukan plak ini menyebabkan penyempitan lumen arteri dan mengganggu aliran darah.

Pembentukan plak aterosklerosis biasanya dikaitkan dengan perubahan degeneratif yang menyebabkan permukaan intima arteri menjadi kasar. Sekiranya retakan plak berlaku, struktur kolagen akan terdedah kepada plasma.

Fenomena ini yang berlaku dalam aliran darah yang terganggu akan mengaktifkan penggumpalan darah melalui laluan intrinsik atau trombosis. Trombus akan mengikut aliran darah dan boleh menyumbat lumen arteri, terutama di bahagian yang sedia sempit dirintangi plak aterosklerotik.

Penyumbatan lumen arteri seterusnya menyekat bekalan darah dan oksigen kepada tisu yang terlibat dan menyebabkan iskemia tisu yang bakal membawa kepada infarksi sekiranya tidak disingkir dengan cepat.

Berikut adalah ringkasan komplikasi yang berlaku mengiringi aterosklerosis pada tempat-tempat yang berbeza dalam badan:

1. Arteri koronari ? Infarksi miokardium atau sakit jantung

2. Salur darah otak ? Strok

3. Arteri di bahagian kaki ? Penyakit periferi vaskular

4. Arteri ke ginjal ? Kegagalan fungsi ginjal

5. Arteri ke mata ? Pengkaburan dan kerosakan penglihatan

Seringkali, arteri yang dilanda masalah aterosklerosis adalah arteri koronari.

RAWATAN HIPERKOLESTEROLEMIA

Bagi mengurangkan paras kolesterol plasma, seterusnya merendahkan risiko terhadap penyakit jantung koronari, beberapa langkah awal boleh diambil.

Pengawalan pemakanan merupakan langkah terbaik yang dapat dilakukan pada peringkat awal. Makanan seperti kuning telur, otak haiwan dan makanan yang mengandungi minyak haiwan mestilah dielakkan sama sekali. Di samping itu, amalan pemakanan yang kaya dengan asid lemak poli tak tepu dan asid lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan paras kolesterol plasma berbanding asid lemak tepu.

Trans Fatty Acid dan Kolesterol

Dalam keadaan hiperkolesterolemia yang teruk, beberapa ubat hipolipidemik disyorkan. Antaranya ialah mevastatin dan lovastatin yang merencat enzim HMG-CoA reduktase, seterusnya menghalang sintesis kolesterol. Sitosterol pula bertindak merencatkan penyerapan kolesterol semula di trak gastrousus. Selain daripada itu, resin (cholestipol dan cholestyramine) mengurangkan paras kolesterol plasma secara tidak langsung dengan mengikat kepada asid hempedu di dalam usus. Asid hempedu yang terikat kepada resin tidak dapat diserap balik dan terkumuh melalui tinja. Dengan terkumuhnya asid hempedu secara berlebihan, lebih banyak kolesterol digunakan untuk menghasilkan asid hempedu, seterusnya mengurangkan paras kolesterol dalam darah (sila rujuk fungsi ke-2 kolesterol seperti yang telah diterangkan di atas).

KESIMPULAN

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawati. Jagalah pemakanan anda setiap masa kerana sabda Rasulullah SAW tercinta:

Perut ialah rumah penyakit, dan puasa ialah raja segala ubat.

BioVCO Dan Rawatan Kolesterol Tanpa Ubat

BioVCO terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam Coconut Cures, minyak kelapa dara mengandungi 92 peratus asid lemak tepu. Lemak tepu ini, adalah berbeza daripada lemak tepu yang terdapat pada minyak lain dan haiwan. Lemak tepu dalam BioVCO mempunyai komposisi kimia yang berbeza dari lemak tepu haiwan.
 
Lemak tepu jenis lain mempunyai rantaian panjang sedangkan minyak kelapa terdiri daripada rantai sederhana. Perbezaan ini adalah salah satu sebab mengapa lemak tepu pada minyak kelapa dara boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.
 
BioVCO mengandungi asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak tepu esensial yang telah terbukti menurunkan kadar kolesterol berbahaya sementara meningkatkan tahap kolesterol yang bermanfaat. Menurut Dr Mary Enig dari westonaprice.org, minyak kelapa merupakan makanan berfungsi yang amat penting pada abad ke-21 yang menjadi minyak bermanfaat untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit jantung. 
 
BioVCO terdiri daripada lemak yang sesuai untuk jantung yang sihat, BioVCO mengandungi hampir dua peratus daripada asid lemak. Lemak yang terkanndung dalam BioVCO membantu menurunkan kolesterol dengan menjaga arteri elastis dan membantu pengaliran darah. Lemak ini juga boleh membantu melindungi kesihatan jantung.

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO?


Testimoni Kolesterol 1

Testimoni Kolesterol 2

Testimoni Kolesterol 3




$alt2