Kekacauan Hormon Tiroid Masalah Sepanjang Hayat

Penyakit Tiroid, BioVCO Penyakit tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih 200 juta warga dunia.

Antara masalah tiroid yang kerap terjadi adalah hipotiroid, tetapi kebanyakan pesakit tidak menyedarinya.

Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah gangguan hormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh.

Kelenjar tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang secara normal terletak pada bahagian hadapan bawah leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid yang utama ialah T4 yang mengandungi molekul iodin.

Hormon tiroid penting dalam membantu setiap sel tisu dan organ berfungsi dengan baik. Justeru, ia membantu tubuh bertenaga, memastikan tubuh sentiasa panas selain otak, jantung, otot dan organ lain berfungsi dengan baik.

Dari segi angka, seorang daripada enam wanita dan seorang daripada 12 lelaki akan mengalami masalah hipotiroidisme pelbagai peringkat dalam jangka hayat mereka. Selain itu, antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke atas akan mengalami kekacauan tiroid.

Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussien, berkata kekacauan tiroid secara umum terjadi di kalangan tujuh hingga lapan peratus wanita manakala dua peratus lelaki. Malah, bagi kes hipotiroidisme kongenital (sejak lahir) ia membabitkan janin yang masih dalam rahim.

“Masalah yang paling utama, ia gagal dikesan kerana gejalanya yang tidak begitu ketara dan sangat umum. Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan mengadu rasa letih dan mengantuk selain sakit serta sengal dengan daya ingatan atau tumpuan yang lemah. Justeru, pesakit dan doktor yang merawat akan mengaitkan simptom itu sebagai kesan tekanan atau sebahagian proses penuaan,” katanya.

Katanya, hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu kerana ia boleh berlaku pada janin, malah pada warga emas berusia 80 tahun ke atas.

Beliau berkata, bagi kes hipotiroidisme kongenital, janin selalunya berhadapan dengan masalah tiroid tidak terbentuk atau tidak terbentuk dengan sepenuhnya secara normal. Ada juga kes membabitkan sebahagian atau keseluruhan tiroid berada di tempat yang salah.

“Bayi yang berhadapan dengan hipotiroidisme kongenital memerlukan penggantian hormon tiroid sejurus selepas lahir bagi mencegah kecacatan mental yang serius,” katanya.

Faktor


Penyakit Hashimoto - merujuk pada sistem imun mengganggu fungsi kelenjar tiroid

Pembedahan tiroid - pembedahan untuk hipertiroidisme, barah tiroid atau beguk.

Hipotiroidisme konjenital - ada sesetengah bayi yang lahir tanpa tiroid atau hanya sebahagian saja tiroid. Ada juga bayi yang lahir dengan sebahagian atau kesemua tiroidnya berada di tempat yang salah (dikenali sebagai ectopic thyroid). Justeru, sel tiroid atau enzim tidak berfungsi dengan baik menyebabkan mereka mengalami hipotiroidisme sejak lahir. Ada sesetengah kes, tiroid boleh menghasilkan cukup hormon untuk seketika tetapi apabila dia dewasa, jumlah itu tidak mencukupi.

Rawatan untuk hipertiroidisme - hipertiroidisme merujuk pada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan. Ia dirawat dengan ubat-ubatan anti tiroid, iodin radioaktif atau pembedahan. Kesan daripada rawatan begini mungkin hipotiroidisme

Kekurangan iodin - Kelenjar tiroid mesti memiliki jumlah iodin yang cukup bagi menghasilkan hormon tiroid. Iodin diperoleh menerusi makanan. Memastikan penghasilan hormon tiroid seimbang memerlukan jumlah iodin yang betul. Bagaimanapun, jumlah iodin yang terlalu banyak boleh menyebabkan atau memburukkan lagi hipotiroidisme.

Diagnosis


DIAGNOSIShipotiroidisme selalunya mudah. Ujian darah diperlukan bagi mengukur hormon (dikenali sebagai ujian TSH). TSH yang normal berada dalam kadar 0.4 hingga 2.5 mU/l. Bagaimanapun, jika ia melebihi 2.5 mU/l, ada kemungkinan anda berhadapan dengan hipotiroidisme pada masa depan.

Jika tahap TSH melebihi 4 mU/l, ada kemungkinan anda menderitai hipotiroidisme. Justeru, ada pelbagai lagi ujian perlu dibuat bagi mengesahkan diagnosis dan menentukan punca ia terjadi.

Rawatan


Penyakit Tiroid, minyak kelapa dara MASALAH kekacauan tiroid adalah masalah sepanjang hayat. Justeru, rawatan hipotiroidisme bermaksud terapi penggantian hormon tiroid. Rawatan ini menggantikan apa yang tubuh tidak boleh hasilkan secara semula jadi.

Bergantung pada berat badan, keperluan metabolik dan fungsi asas tiroid, dos akan diberikan. Justeru, jika anda bertukar jenama ubat, satu ujian lain perlu dibuat kerana setiap ubat tidak sama. Di pasaran terdapat beberapa jenama terapi penggantian tiroid. Antara yang terbaru dilancarkan ialah Euthyrox daripada Merck.

Dr Arlene berkata, walaupun semua jenama penggantian hormon bertindak dengan cara yang sama tetapi pengambilan dos penggantian hormon tiroid mestilah tepat dan ia berbeza-beza mengikut jenama.

Penggunaan dos lebih rendah di kalangan pesakit yang lanjut usia contohnya sangat penting kerana risiko kardiovaskular bertambah tinggi dengan peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

“Pada masa sama, dos lebih tinggi perlu diberikan kepada wanita hamil yang menghidap hipotiroidisme pada tempoh kehamilan mereka. Dos yang tepat sangat penting kerana ia membolehkan doktor memulakan, menguruskan dan memantau rawatan pesakit,” katanya.

Beliau berkata, dos yang fleksibel memudahkan pesakit mengambil tahap jumlah betul yang diperlukan kerana jumlah ini berbeza antara pesakit.

“Kanak-kanak memerlukan dos yang lebih tinggi apabila mereka meningkat dewasa manakala wanita hamil juga memerlukan dos yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan,” katanya.

Apa yang anda perlu tahu mengenai hipotiroidisme

Wanita hamil berisiko tinggi berhadapan dengan hipotiroidisme. Hormon estrogen dan hormon wanita yang lain akan menjejaskan cara tubuh mengendalikan hormon tiroid dalam sistem tubuh. Wanita yang hamil buat pertama kalinya berhadapan dengan risiko hipotiroidisme pada bulan pertama selepas bersalin kerana sistem imun yang tidak bertoleransi. Imbasan untuk hipotiroidisme pada awal kehamilan boleh mencegah masalah ini bukan saja kepada ibu tetapi kepada janin.

FAKTA: Simpton tiroid


>> Kadar denyutan nadi yang lemah (60 kali dalam seminit)
>> Kelenjar tiroid yang membesar
>> Kulit yang pucat, kekuningan, kering
>> Kuku yang rapuh
>> Rambut yang kering dan mudah gugur
>> Suara berubah menjadi parau dan serak
>> Pertuturan yang lambat
>> Sejuk apabila orang lain berasa panas
>> Letih
>> Kemurungan
>> Berat badan bertambah
>> Sembelit
>> Lidah tebal
>> Kejang otot
>> Jari jemari yang kebas
>> Tidak subur, jika hamil kandungan mudah gugur dan aliran haid bertambah

Rawatan Tiroid dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO


Penyakit Tiroid, minyak kelapa dara Hypothyroidism dan hipertiroidisme adalah dua keadaan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid. Hypothyroidism adalah gangguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi. Apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisma juga menurun. Ini menyebabkan tenaga semakin menurun dan boleh meyebabkan peningkatan berat badan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan risiko beberapa masalah seperti obesiti, osteoporosis dan penyakit jantung.

Setiap penyakit atau masalah kesihatan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh yang lama menyebabkan sel tidak mampu melalui proses penyembuhan semulajadi dengan segera kerana metabolisma yang kurang aktif. Minyak kelapa dara mampu mencegah masalah tiroid kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisma. Ini membolehkan peningkatan pengeluaran hormon tiroid dan megaktifkan metabolisma.

Selain itu, lemak pada minyak kelapa dara tidak menyebabkan terkumpulnya lemak dalan tubuh, sehingga meminimumkan kemungkinan kenaikan berat badan dan pembentukan selulit. Asid lemak rantaian sederhana yang terkandung didalam minyak kelapa dara mudah diserap oleh tubuh untuk ditukar dalam bentuk tenaga. Ini dapat membantu memperkuat kemampuan tubuh untuk melawan penyakit.

Testimoni minyak kelapa dara satu

Testimoni minyak kelapa dara satu