7 tanda awal diabetes


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Diabetes atau kencing manis sudah menjadi penyakit kronik yang biasa. Mungkin kegerunan masyarakat terhadap penyakit ini sudah hilang menyebabkan ramai masih kurang bersungguh-sungguh dalam soal penjagaan kesihatan.
 
Salah satu faktor yang mungkin membuatkan kencing manis kurang ­diberi perhatian ialah ketiadaan tanda khusus terutama pada peringkat awal terjadinya penyakit ini. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah ­anggap gejala ini ­disebabkan terlalu banyak kerja. 
 
Justeru, itulah ramai tidak sedar mereka menghidap diabetes. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap diabetes sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun. 
 
Sebagai peringatan bersama, disenaraikan 7 tanda diabetes ialah:
 
1. Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam
2. Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis Susut berat badan
3. Cepat penat dan tidak bermaya
4. Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit
5. Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita
6. Tangan dan kaki terasa kebas
7. Luka atau kudis lambat sembuh
 
Itu tanda atau gejala diabetes. Namun tahukah anda penyakit kronik yang sudah menjadi wabak di negara kita ini boleh menjejaskan kesihatan seluruh badan atau komplikasi. 
 
Diabetes tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang dibahagikan kepada komplikasi akut dan kronik. Komplikasi akut ialah gejala hipoglisemia (paras gula dalam darah yang terlalu rendah) dan koma. 
 
Manakala komplikasi kronik pula membabitkan kerosakan salur darah (vaskular). Ia boleh merosakkan salur darah yang halus (mikrovaskular) yang menyebabkan pelbagai masalah seperti: 
Buta atau retinopati
 
Neuropati atau kerosakan saraf
 
Mikroalbuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing)
 
Komplikasi makrovaskular pula membabitkan kerosakan salur darah yang besar dan boleh menyebabkan: 
Penyakit jantung kronik
 
Strok
 
Penyakit vaskular periferal, gangren iaitu kerosakan atau kematian sebahagian tubuh kerana kekurangan atau tiada bekalan darah
 
Kaki terpaksa dipotong (dua peratus)
 
Ketika ramai pesakit gagal mengawal paras gula mereka, ada sebilangan yang mengambil sikap terlalu berhati-hati menjaga makan sehingga ­kekurangan zat. 
 
Kajian Universiti Toronto yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Nutrisi mendapati pesakit diabetes boleh mengalami gangguan ingatan jika mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama tinggi kandu­ngan lemak.
 

Rawatan Kencing Manis



Gejala dan penyebab Penyakit Tiroid

Cara Mengawal Kencing Manis

Diabetes boleh sebabkan penyakit jantung

Tonsil Bukan sekadar sakit tekak

Bukan semua kolesterol jahat

7



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker