Gejala Awal Hipertensi


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Hipertensi atau tekanan darah tinggi sering dianggap sebagai silent killer. Ini kerana, hipertensi biasanya tidak menimbulkan sebarang gejala, namun ia boleh menyebabkan kematian.

Jumlah pesakit hipertensi di seluruh dunia cukup tinggi. Menurut National Heart Lung and Blood Institute ada kira-kira 72 juta orang atau 1 dari setiap 3 orang di Amerika Syarikat yang mengalami hipertensi.

Menurut The National Health Services, UK, dinggarkan sekitar 40 peratus orang dewasa di Britain mengalami hipertensi.

Beberapa gejala yang biasa dialami akibat hipertensi antara lain sakit kepala. Tekanan darah tinggi biasanya dialami selama bertahun-tahun, namun kehadirannya dapat dikesan dengan mudah oleh doktor. Anda hanya perlu mengawal tekanan darah secara rutin jadi jika tekanan darah meningkat dengan tiba-tiba ia akan cepat diketahui.

Selain berbagai gejala yang telah disebutkan di atas, hipertensi yang tinggi boleh diketahui apabila melebihi 180/110 mmHg) akan menyebabkan gejala seperti:

• Sakit kepala teruk yang biasanya dialami selama beberapa hari
• Gangguan penglihatan
• Rasa nyilu didada
• Sukar bernafas
• Denyut jantung tidak teratur
• Terdapat darah dalam air kencing
• Migrain ringan hingga berat dan vertigo

Jika Anda mengalami beberapa gejala di atas, ada baiknya untuk segera menghubungi doktor. Kerana, disebabkan gejala tersebut boleh menyebabkan serangan jantung atau strok. Oleh kerana itu, anda harus berhati-hati jika telah didiagnosis mempunyai hipertensi.


Kenali Bahaya Gangguan Hormon Tiroid

Tanda-Tanda penyakit Resdung

Diabetes penyebab jantung koronari

Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis

6 Gejala Kolesterol Tinggi

5





tracker