HOTLINE : 06-6780544
Radang tonsil perlu dibuang
SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.
Seperti dipaparkan dalam rancangan Medik TV, Mohd Amer Daniel, 10, berdepan masalah kegagalan fungsi tonsil, mengakibatkan kesihatannya sering terganggu.

Kanak-kanak itu yang mula berdepan masalah berkenaan sejak 2004 kerap mengalami sakit tekak dan demam selesema. Pelajarannya turut terganggu berikutan kerap mengambil cuti sakit.

Meskipun mengambil ubat seperti disarankan doktor, masalah itu tetap berulang. Sehingga awal Mac lalu, keadaan Mohd Amer semakin membimbangkan apabila kerap muntah apabila menjamah makanan.

Apabila menemui Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pakar Kuantan, Dr Srinovianti Noerdin, Mohd Amer dikesan menghidap penyakit tonsilitis yang berpunca daripada radang tonsil, malah pemeriksaan dilakukan turut mengesan jangkitan pada bahagian hidungnya.

Menurut Dr Srinovianti, memandangkan masalah sakit tekak dan demam yang kerap berulang, penyakit Mohd Amer tergolong dalam kategori ‘recurrent tonsilitis’, iaitu radang tonsil berulang.

“Mohd Amer turut dikesan menghidap resdung (jangkitan pada bahagian hidung) dan kemungkinan lendir yang terhasil akibat penyakit ini menyebabkan radang dan bengkak pada tonsil.

“Justeru, supaya Mohd Amer tidak lagi menderita sakit, jalan terbaik ialah membuang bahagian tonsil yang membengkak dan mempunyai radang itu,” katanya.

Dr Srinovianti berkata, masalah radang tonsil boleh berlaku pada semua peringkat umur, tetapi bagi kanak-kanak, kebiasaannya radang itu tertumpu di bahagian tisu tonsil saja.

“Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.

“Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi orang dewasa, tiada jaminan untuk sembuh sepenuhnya,” katanya.

tracker


** PENAFIAN - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum - webmaster.
TESTIMONI PENGGUNA : TONSIL DAN RESDUNG

From : Busroni Bin Yusof <busroni_yusof@*******.com.my>
To : "Admin BioVCO" <admin@biovco.com>,
Date : Nov 23, 2006 7:23 AM
Subject : TESTIMONI - Tonsil dan Resdung

Assalaamu'alaikum,

Alhamdulillah...mmg minyak kelapa dara BioVCO ni banyak khasiat & kelebihannya. Saya dah lama mengamalkannya.

Alhamdulillah....simptom resdung yg selalu kena pd waktu pagi dah lama hilang. Kulit2 yg kasar & kematu pun dah kembali lembut. Dlm satu keadaan lain, pernah sekali saya sakit tekak yg teramat sangat. Sampai demam. Saya pergi jumpa doktor...ingatkan sakit sbb tercekik tulang...sbb baru lepas makan ikan sungai. Rupa-rupanya doktor kata acute tonsil. So, doktor pun bagilah ubat2 & antibiotik. Alhamdulillah....sembuh.

Tak lama lepas tu, saya kena simptom yang sama. Saya pun cuba minum Minyak Kelapa Dara BioVCO. Dua sudu. Kemudian, saya sambung tengok TV......tak lama kemudian, dengan izin Allah, saya dapat rasakan simptom tonsil tu hilang sendiri. Sebelum tidur, saya minum lagi 1 sudu. Bangun pagi keesokannya, Alhamdulillah....rasa sakit tu dah tak ada lagi.

Anak saya pun, 2 kali mengalami keadaan yang sama (pernah masuk hospital sebab tonsil dia bengkak)....Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk sembuh selepas saya bagi minum minyak kelapa dara BioVCO.

Wallahu'alam

Busroni Bin Yusof
Seremban
N. Sembilan
Beritahu Kawan mengenai website ini
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Bookmark Website ini / tekan Ctrl+D Sekarang
Maynetwork (M) Sdn Bhd 130-2 Taipan Senawang Jalan SCP 1 70450 Seremban N. Sembilan Tel : 06-6780544 Fax : 06-6792043

Copyright © 1998 - 2008 BioVCO.com Semua hakcipta adalah terpelihara
Dr Srinovianti berkata, sebelum menjalani pembedahan tonsil, pesakit lazimnya diberi ubat untuk mengurangkan radang, tetapi untuk masalah tonsil yang teruk, pembedahan segera perlu dilakukan.

“Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi’,” katanya.

Bagi Mohd Amer, dalam usia masih mentah, atas sokongan ibu bapanya, dia akur dengan nasihat doktor dan memilih untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan Mohd Amer bukan saja membabitkan pembuangan bahagian tonsil yang bermasalah, tetapi juga proses pencucian ruang sinus hidung.
Google
Selepas dibius, pembedahan dimulakan dengan prosedur pembersihan ruang sinus hidung dan diteruskan dengan prosedur pembuangan tonsil bermasalah.

Namun sebelum itu, selain pembuangan tonsil, pembedahan turut membabitkan prosedur pembuangan tisu adenoid yang bermasalah di belakang hidung. Untuk melakukan prosedur ini, lelangit lembut Mohd Amer perlu dinaikkan bagi mencapai tisu berkenaan yang dikesan turut membesar kesan daripada radang tonsil.

Untuk prosedur utama, iaitu pembuangan tonsil bermasalah, ia perlu dilakukan secara berhati-hati dan pantas bagi mengelak pendarahan yang banyak.

Dengan menandakan bahagian yang hendak dipotong, prosedur pemotongan dapat dilakukan dengan mudah tanpa mencederakan bahagian tekak lain. Bermula dengan tonsil kanan, prosedur pembuangan diteruskan dengan tonsil kiri selepas salur darah diikat supaya pendarahan dapat dihentikan.

Dr Srinovianti berkata, dalam sesetengah kes, tonsil pesakit akan bernanah kesan jangkitan virus dan bakteria, tetapi tidak bagi Mohd Amer kerana radang tonsilnya hanya membabitkan tisu tonsil.

Pembedahan selesai dalam tempoh 40 minit dan dengan pembuangan dua tonsil bermasalah itu, Dr Srinovianti yakin tiada kemungkinan untuk masalah radang tonsil yang berlaku kepada Mohd Amer berulang.

Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.