Apakah Rawatan Semula Jadi Untuk Psoriasis?

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal.
Pendekatan semula jadi dan holistik bertujuan mengatasi punca kepada masalah tersebut. Pengamalan diet yang sesuai adalah efektif dalam mengawal psoriasis dalam kebanyakan orang.
 
Kajian juga menunjukkan hubungan antara struktur serta fungsi usus dan psoriasis. Sebahagian pakar mendakwa bahawa psoriasis mungkin berlaku disebabkan kegagalan usus untuk menyerap toksin di dalam badan. Akhirnya, toksin terbabit dibuang melalui kulit.
 
Anda boleh cuba cara berikut untuk membantu merawat psoriasis secara semula jadi:
 

1. Kurangkan stres

 
Kaedah merawat psoriasis secara semula jadi yang pertama dalam senarai ini adalah berkaitan dengan pengurusan stres. Psoriasis sangat terkait dengan stres, dimana stres boleh merangsang serangan psoriasis. Manakala psoriasis pula boleh menyebabkan stres. Antara punca stres tersebut adalah stigma terhadap penyakit ini serta kos rawatan yang mungkin agak membebankan. Sebab itu, pengurusan stres adalah sangat penting.
 
Anda boleh cuba cara berikut untuk kurangkan stres:
 
Solat. Jika anda orang Islam, solat boleh membantu mengurangkan stres. Banyak kajian yang membuktikan bahawa solat mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan.
 
Meditasi. Seperti solat, meditasi juga berkongsi sifat yang sama. Apa pun jenis meditasi, ia membantu melepaskan diri dari tekanan.
 
Tai chi dan yoga. Senaman tradisional orang Cina ini banyak membantu dalam mengawal emosi.
Dapatkan khidmat urut. Ia boleh mengendurkan otot anda, membantu anda bertenang serta mengurangkan stres. Cubalah, ia hanya mengambil masa yang singkat sahaja.
 

2. Bersenam dan banyakkan minum air

 
Walaupun nampak biasa, dua cara ini adalah berkesan dalam merawat psoriasis secara semula jadi. Ketika mandi, jangan gunakan air yang terlalu panas kerana ia boleh menyebabkan kulit anda kering sehingga akan memburukkan lagi keadaan.
 
Cuba rendamkan badan anda selama 15 minit di dalam air suam dicampur dengan garam untuk membantu membuang sisik psoriasis dan mengurangkan gatal-gatal. Gunakan pelembap selepas mandi untuk mengekalkan air di dalam kulit anda bagi mempercepatkan proses pemulihan kulit anda.
 

3. Homeopati dan rawatan alternatif lain

 
Homeopati telah terbukti membantu mengurangkan simptom psoriasis serta meningkatkan kualiti hidup secara umum. Anda juga boleh cuba rawatan alternatif lain seperti akupuntur.
 

4. Amalkan diet yang betul

 
Diet adalah sangat penting dalam mengawal psoriasis. Dalam kebanyakan kes, perubahan pada diet dan gaya hidup boleh membantu rawatan psoriasis secara signifikan.
 
Memandangkan psoriasis adalah sejenis keradangan, anda perlu kurangkan makanan yang boleh merangsang keradangan seperti daging merah, produk tenusu dan makanan yang diproses.
 
Dalam masa yang sama, banyakkan makanan anti-radang termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan air tawar seperti tuna, salmon dan hering.
 
Mengurangkan berat badan juga didakwa membantu dalam mengurangkan simptom psoriasis.
 

5. Berhenti merokok

 
Merokok terbukti membuatkan keadaan kulit anda lebih teruk. Kajian menemui bahawa mereka yang merokok satu pek sehari mengalami keadaan dua kali ganda lebih teruk berbanding mereka yang hanya merokok 10 batang atau kurang sehari.
 
Anda sebaiknya berbincang dengan doktor anda. Sama ada rawatan konvensional atau semula jadi, keputusan perlu dibuat berdasarkan keadaan semasa anda. Rawatan konvensional mungkin berkesan tetapi banyak kesan sampingan. Manakala rawatan semula jadi adalah selamat tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang.
 

Bagaimana untuk Menggunakan BioVCO untuk Penjagaan Kulit


Sebelum menggunakan BioVCO untuk penjagaan kulit, saya sangat mengesyorkan untuk menguji BioVCO pada sebahagian kecil kulit anda.

Ia adalah cara yang terbaik untuk menggunakan BioVCO untuk muka dan badan anda di tempat yang sama selama 3-4 hari berturut-turut, yang akan membolehkan anda untuk mengetahui jika anda mempunyai apa-apa reaksi normal kepada kulit.

Untuk penjagaan kulit secara dalaman minum 2 sudu sehari disamping disapukan pada kulit yang mengalami psoriasis 2 kali sehari.
 
Walaupun BioVCO adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan berfungsi dengan baik bagi kebanyakan orang. Setiap individu dengan pelbagai latar belakang genetik, jika ia tidak berkesan untuk seorang individu tidak bermakna ia tidak akan berkesan untuk anda. Buka minda dan lihat hasilnya, kerana ia satu usaha yang terbaik untuk kulit anda.
 

Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO Secra Kosisten

Penyakit psoriasis adalah penyakit kulit yang akan menyebabkan sel kulit menjadi mati dan juga menebal.

Penyakit psoriasis adalah keadaan di mana kulit seseorang tumbuh dan berganti dengan kadar lebih cepat.

Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit. Gejala utamanya ialah kulit akan menjadi kemerahan, gatal, tebal, bersisik.

Banyak punca psoriasis disebabkan persekitaran yang boleh mencetuskan serangan penyakit seperti: Suhu yang rendah; Luka pada kulit;

Psoriasis? Psoriasis ialah penyakit kulit kronik dengan sel kulit yang bertukar terlalu cepat dan terkumpul membentuk tompokan

Penyakit psoriasis adalah penyakit kulit yang akan menyebabkan sel kulit menjadi mati dan juga menebal.



Baca lagi Info Kesihatan melalui Whatsapp Groups Info Kesihatan - Sertai SEKARANG!!!



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Jangan Ambil Mudah Sakit Tonsil Pada Anak

Risiko Disebabkan Jangkita Resdung

9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis

Video Penyakit Tiroid