Rambut Gugur Perlu di Pandang Serius!!!

 Masalah rambut gugur sangat membimbangkan bukan saja kaum perempuan, malah lelaki juga selalu berhadapan dengan situasi ini.
Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca masalah rambut gugur, antaranya adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, mengalami tekanan, putus haid (menopos), pertukaran hormon selepas bersalin dan juga berpunca daripada masalah genetik.
 
Keguguran rambut terjadi apabila seseorang mengeluarkan banyak hormon lelaki iaitu hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut dan boleh menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. (sumber)
 
Masalah rambut gugur ni bukan sahaja boleh menjadikan kepala kita botak, malah boleh membuatkan kita berasa kurang keyakinan untuk berdepan dikhalayak ramai, melainkan kaum wanita yang bertudung. Selain itu, masalah keguguran rambut ini memberi petanda buruk kepada kaum wanita.
 
Seperti yang diterangkan sebelum ni, masalah keguguran rambut ni disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang. Kandungan hormon lelaki (androgen) lebih banyak berada dalam badan kita. Ini boleh membahayakan kaum wanita kerana apabila hormon lelaki lebih banyak berada dalam tubuh seorang wanita, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti polycystic ovarian cyst.
 
Selain itu, masalah keguguran rambut ini juga boleh membawa kepada masalah lain seperti masalah obesiti, jerawat dan haid yang tidak tetap. Jadi, kepada mereka yang mengalami masalah keguguran rambut tu, janganlah pandang enteng dengan perkara ini kerana ia boleh membawa kepada masalah lain yang mungkin lebih teruk.
 

Tips untuk mengelakkan rambut gugur

 
Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunapakai untuk mengurangkan masalah keguguran rambut
 
  • Untuk mengeringkan rambut selepas mandi, luruskan rambut terlebih dahulu dengan menyikat rambut supaya tidak kusut
  • Biarkan rambut kering sendiri tanpa menggunakan pengering rambut.
  • Gunakan sikat yang bergigi jarang
  • Selalu potong hujung rambut agar tidak bercabang kerana masalah rambut bercabang boleh menyebabkan rambut mudah gugur
  • Jangan terlalu kerap mengikat rambut terlalu ketat
  • Tidur menggunakan bantal yang berkain kapas supaya rambut tidak melekat di bantal
  • Akan tetapi tips ini hanya boleh dilakukan pada luaran sahaja. Sebenarnya masalah utama yang menyebab masalah rambut gugur ini berlaku akibat masalah dari dalam badan kita, iaitu masalah hormon yang tidak stabil.
 
Jadi, untuk mengatasi masalah hormon yang tidak seimbang ini, kita perlu merawatnya dari dalam. Iaitu dengan pengambilan nutrisi zat makanan dari makanan tambahan.
 

Hipotiroid

 
Bagi sebahagian besar wanita yang mengalami penyakit tiroid, ia menjadi salah satu punca berlakunya keguguran rambut. Puncanya disebabkan kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi atau terlalu sedikit.
 
Ini kerana hormon tiroid berfungsi untuk mengawal metabolisma tubuh dan denyut jantung. Metabolisma tubuh yang mengawal oksigen dan tenaga untuk pertumbuhan rambut, kulit, dan kuku.
 
Jika anda mengalami hipotiroid, anda akan mengalami kegugurkan rambut yang parah kerana rambut tidak mendapatkan nutrisi yang diperlukannya untuk pertumbuhannya. Selain itu hipotiroid juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan, keletihan, sembelit, depresi, dan sukar memberi tumpuan. 
 

Baca 10 tanda anda mengalami masalah tiroid.

 
 


Baca lagi Info Kesihatan melalui Whatsapp Groups Info Kesihatan - Sertai SEKARANG!!!



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Jangan Ambil Mudah Sakit Tonsil Pada Anak

Risiko Disebabkan Jangkita Resdung

9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis

Video Penyakit Tiroid