Peraturan Perlindungan Pengguna
(Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
Butir-butir mengenai pemilik website BioVCO.com
Nama Syarikat : Biohealth Resources
No Pendaftaran : NS-0065001-W
Alamat Surat Menyurat : P.O Box No 20 43650 Bdr Baru Bangi Selangor
Alamat Email : admin[@]biovco.com
Tel, SMS, WHATSAPP : +6013.3014262
Produk dijual : Minyak Kelapa Dara BioVCO
Harga Produk : RM40.00 Sebotol (Semenanjung) / RM45.00 (Sabah dan Sarawak)
Kandungan : 150ml / botol
Kos Penghantaran : PERCUMA jika ada PROMOSI*Mengikut terma & syarat
Anggaran Masa Penghantaran : 2 hingga 4 hari bekerja
Kaedah Bayaran : Tunai melalui ATM tranfer / Perbankan Internet / kad Debit atau Kredit
Terma & Syarat di BioVCO.com
1. Pemilikan
Laman web ini ("BioVCO.com") dimiliki dan diuruskan oleh BioHealth Resources
2. Pindaan
BioVCO.com berhak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat tanpa notis pada bila-bila masa.
3. Pendaftaran
Untuk mendaftar sebagai ahli di BioVCO.com, anda mesti membuat pembelian produk bagi kali pertama dan berusia lebih daripada lapan belas (18) tahun.
Anda mesti memastikan bahawa butir-butir yang diberikan oleh anda semasa membuat pembelian atau pada bila-bila masa adalah betul dan lengkap.
Segala transaksi perbankan seperti resit daripada cash deposit machine (CDM), auto teller machine (ATM) atau kaunter bank adalah sebagai bukti pembelian, pihak BioVCO.com berhak untuk meminta anda mengemukakannya sebagai bukti pembayaran jika diperlukan dari masa kesemasa.
Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada maklumat yang anda berikan semasa mengisi borang online atau sms dengan mengemaskinikan butir-butir peribadi anda.
4. Maklumat Yang Dikumpul & Penggunaan Maklumat
BioVCO.com mengumpul butir-butir yang diberikan oleh anda semasa membuat pembelian bersama-sama dengan maklumat yang kami ketahui tentang anda daripada penggunaan perkhidmatan kami oleh anda dan lawatan anda ke halaman web BioVCO.com.
Dengan menggunakan halaman web BioVCO.com, anda dengan nyata menerima dan memberikan kebenaran tidak bersyarat anda bahawa kami boleh menggunakan apa-apa maklumat, testimoni dan/atau mendedahkan maklumat tentang demografi anda dalam apa-apa cara yang tidak mendedahkan identiti anda bagi tujuan pemasaran, promosi, perkembangan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.
5. Batasan
Anda tidak boleh menggunakan halaman web BioVCO.com bagi mana-mana tujuan berikut:
* menyebarkan sebarang bahan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, mengandungi libel, mengandungi bahasa kesat, mengugut, berbahaya, kasar, lucah, atau sebaliknya menjelikkan;
* menghantar bahan yang menggalakkan kelakuan yang merupakan kesalahan jenayah, mengakibatkan liabiliti sivil atau sebaliknya memungkiri mana-mana undang-undang, peraturan atau tatatertib amalan yang relevan;
* mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer lain;
* memungkiri mana-mana undang-undang yang melibatkan penggunaan rangkaian telekomunikasi awam;
* membuat, menghantar atau menyimpan salinan elektronik bahan yang dilindung oleh hak cipta tanpa kebenaran pemiliknya.
6. Hak BioVCO.com untuk menggantung atau membatalkan keahlian
Pihak BioVCO.com boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran anda dengan serta merta menurut budi bicara kami atau jika anda melanggar mana-mana terma dan syarat-syarat keahlian.
Pihak BioVCO.com tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kemungkiran terma dan syarat ini yang diakibatkan oleh keadaan di luar kawalannya.
7. Pembatalan pembelian
1. Pelanggan hanya boleh membatalkan, menukar kuantiti pembelian dan menukar maklumat pembelian sebelum pukul 12:00 tenghari atau sekiranya penghantaran belum dibuat oleh pihak kami.
Wang akan dikembalikan sepenuhnya jika pembatalan pembelian dibuat sebelum produk dihantar kepada pelanggan.
2. Penghantaran tidak dibuat pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
3. Caj Penghantaran semula kepada pihak kami untuk Jaminan Pengembalian wang perlu ditanggung oleh pelanggan. Wang akan hanya dikembalikan dalam tempoh 7 hari selepas produk yang dipesan oleh pelanggan telah sampai kepada pihak kami.