Khasiat Minuman Susu Campur Kunyit


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Pernah dengar susu kunyit? Atau lebih mudah difahami minuman susu dicampur dengan kunyit. Ini juga merupakan kali pertama penulis dengar. Kalau minuman teh halia, selalu juga orang minum.
 
Seperti diketahui umum, susu dan kunyit mempunyai khasiatnya tersendiri. Antara khasiat susu ialah mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita. Selain daripada mencegah kerosakan gigi, osteoporosis dan mempertingkatkan kandungan kalsium dalam badan, susu juga mempunyai maanfaat untuk kecantikan.
 
Khasiat kunyit pula penawar untuk masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula, mengurangkan masalah kemurungan dan sebagainya.
 
Kombinasi untuk minuman susu campur kunyit ialah:
 
1. Mengubati batuk dan selesema
 
Kunyit kaya dengan zat antiseptik dan anti radang yang akan membantu anda memerangi infeksi yang terjadi akibat batuk dan selesema. Campuran susu dan kunyit dikatakan sangat efektif dalam menyembuhkan sakit kerongkong dan batuk kering.
 
2. Detoks tubuh
 
Susu dan kunyit akan menjadi detoks yang sangat baik bagi tubuh. Ia membantu menyingkirkan toksin akibat gaya hidup yang tidak sihat dari badan anda.
 
3. Meredakan rasa sakit
 
Campuran dua bahan ini akan membantu meredakan rasa sakit, bengkak dan juga luka pada tubuh. Minuman ini akan menguatkan tulang dan juga otot serta memperbaiki fleksibiliti tubuh.
 
4. Menghilangkan kesakitan ketika menstruasi
 
Bagi kaum wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada perut ketika menstruasi, campuran dua bahan ini akan menjadi satu resepi yang boleh menghilangkan rasa sakit dan membuatkan tubuh anda tenang.
 
5. Melangsingkan tubuh
 
Kunyit juga memiliki manfaat dalam melangsingkan tubuh. Komposisi zat yang terkandung dalam kunyit boleh memecahkan lemak, sekaligus menjadikan tubuh anda lebih langsing dan sihat.
Selepas ini, bolehlah kita cuba pula kan.


5 Tanda tersembunyi Hipertiroid

Tanda-Tanda penyakit Resdung

Diabetes penyebab jantung koronari

Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis

Cara mengawal tahap kolesterol

2



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker