3 Cara Mencegah Hipertensi Tanpa Ubat


Twitter Facebook Instagram LinkedIn Flickr YouTube RSS Feed Gmail Google Plus Whatsapp Whatsapp

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan keadaan di mana tekanan darah berada pada 130/80 mmHg atau lebih. Hipertensi terbahagi menjadi hipertensi primer dan sekunder. Hingga kini hipertensi primer belum diketahui pasti penyebabnya. 
 
Berbeza dengan hipertensi primer, hipertensi sekunder disebabkan oleh beberapa keadaan, di antaranya penyakit buah pinggang, kehamilan, penyakit kelejar tiroid, tumor kelenjar adrenal, pengambilan ubat-ubatan seperti batuk selesema dan ubat tahan sakit. 
 
Selain keadaan tersebut, hipertensi juga boleh disebabkan oleh umur, keturunan, obesiti atau kegemukan, terlalu banyak mengambil garam, kurang aktiviti fizikal serta merokok. 
 
Jika dibiarkan, jantung terpaksa bekerja keras mengepam darah lebih kuat ke seluruh tubuh hingga menyebabkan berbagai macam penyakit seperti buah pinggang gagal berfungsi, stroke dan jantung. 
 
Kerana itu, hipertensi perlu diawasi dengan baik. Selain menggunakan ubat-ubatan, ia juga boleh diatasi tanpa menggunakan ubat-ubatan. 
 
Berikut adalah kaedahnya. 
 
1. Atasi stres atau tekanan
 
Stres boleh menjadi salah satu penyebab hipertensi akibat kebiasaan mengurangkan stres dengan mengambil makanan yang tidak sihat, mengambil alkohol dan merokok. Atasi stres dengan cara meredakannya dengan menenangkan fikiran atau berjalan-jalan.
 
2. Bersenam
 
Mereka yang mengalami hipertensi perlu bersenam secara rutin selama 150 minit seminggu atau 30 minit setiap hari kerana ia boleh membantu menurunkan tekanan darah 5 hingga 8 mmHg. 
 
Senaman yang boleh dilakukan seperti jogging, berenang dan berbasikal. Namun pastikan anda melakukannya secara rutin kerana jika berhenti dari melakukannya, hipertensi boleh muncul semula. 
 
3. Buat pemerikasaan tekanan darah
 
Pastikan Anda sentiasa memeriksa tekanan darah. Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri di rumah dengan alat pengukur tekanan darah atau melakukan pemeriksaan langsung di farmasi atau berjumpa doktor. Cara ini boleh membantu untuk mengawal dan mencegah hipertensi.

Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Alahan penyebab resdung

Diet kawal diabetes | Kencing Manis

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat

1





tracker