<?php echo $tajuk; ?>


Diabetes penyebab jantung koronari



Diabetes penyebab jantung koronari Minyak Kelapa Dara RAMAI tahu penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Diabetes atau penyakit kencing manis pula adalah penyakit yang sangat berbahaya.

Namun, mungkin ramai tidak tahu kencing manis antara penyebab utama penyakit jantung koronari. Diabetes juga boleh mengakibatkan strok, kegagalan fungsi buah pinggang, gangguan penglihatan, gangren di kaki, mati pucuk (ED) dan gangguan urat saraf.

Diabetes adalah satu penyakit di mana jumlah hormon insulin yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas berkurangan atau tindakan hormon itu kurang berkesan.

Insulin yang ada tidak berupaya membantu pergerakan gula ke dalam sel badan, lantas tidak dapat mengawal keseimbangan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Tanda dan gejala awal kencing manis ialah kerap kencing (siang dan malam), dahaga dan minum dengan banyak, senang penat, berat badan turun mendadak dan luka lambat sembuh.

Kaitan diabetes dan penyakit jantung


Penyakit jantung dan diabetes sememangnya ada banyak kaitan. Penyakit jantung sebenarnya adalah komplikasi diabetes paling lazim dan serius.

Bagaimana ia terjadi? Paras gula dalam darah yang tinggi dan tidak terkawal mengakibatkan metabolisme badan menjadi tidak menentu. Ini menyebabkan paras lemak darah seperti kolesterol dan trigliserida menjadi tidak normal.

Diabetes dan paras lemak darah yang tidak normal menyebabkan proses arteriosklerosis terjadi di dinding pembuluh darah iaitu lemak terkumpul pada dinding darah. Plak yang membabitkan lemak dan sel inflamatori terjadi dan membesar lalu menutupi ruang dalam pembuluh darah.

Penyempitan ini menyebabkan pengaliran darah tidak sempurna. Simptom yang terjadi bergantung kepada pembuluh darah terbabit.

Jika arteri koronari tersumbat, berlakulah serangan jantung dan jika membabitkan pembuluh darah di otak, strok atau angin ahmar yang terjadi.

Impak diabetes


Tenung dan lihat statistik berikut mengenai diabetes.

# Penyakit diabetes semakin berleluasa. Di Malaysia, 14.9 peratus rakyat berumur lebih 30 tahun menghidap penyakit diabetes (Banci Kematian dan Morbiditi Malaysia Ketiga 2006)

# Penghidap diabetes yang tiada faktor risiko jantung lain adalah lima kali ganda lebih cenderung untuk mati akibat penyakit jantung berbanding seseorang yang tiada diabetes

# Penghidap diabetes yang tiada penyakit jantung mempunyai risiko sama untuk mendapat serangan jantung berbanding seseorang yang pernah mendapat penyakit jantung

# Komplikasi kardiovaskular (serangan jantung dan strok) terjadi lebih awal untuk pesakit diabetes. Ini juga berlaku kepada wanita yang pada amnya mendapat penyakit jantung selepas putus haid, iaitu pada umur yang lebih tua dari lelaki. Hormon seperti estrogen tidak lagi boleh membantu jika ada diabetes

# Ramai penghidap diabetes yang ada penyakit jantung koronari tiada gejala klasikal. Mereka mengadu sesak nafas, berpeluh sejuk atau sakit selain dari di dada. Ada juga yang mengalami serangan jantung tanpa gejala

# Diabetes adalah punca utama kegagalan fungsi buah pinggang dan penyebab utama rawatan dialisis (pencucian buah pinggang)

# Diabetes boleh menyebabkan aliran darah tidak sempurna di kaki dan penyebab utama amputasi (pemotongan) kaki

Jika belum menghidap diabetes:


# Amalkan pemakanan sihat, terutama yang kurang gula atau karbohidrat yang diproses. Jangan makan berlebihan

# Kerap bersenam

# Kurangkan berat badan jika berlebihan

# Jangan merokok

# Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala

Jika menghidap diabetes:


# Seperti di atas, tetapi dengan usaha lebih fokus

# Makan ubat mengikut dos dan jadual ditetapkan

# Awasi gejala hipoglisemia yang disebabkan oleh paras gula darah rendah seperti terasa lapar, berpeluh dan badan menggeletar

# Awasi tanda komplikasi diabetes

# Ikut nasihat doktor yang merawat

Diabetes  Minyak Kelapa Dara

Diabetes dan Minyak Kelapa Dara

Diabetes kencing manis Minyak Kelapa Dara

Rawatan Diabetes dengan Minyak Kelapa Dara

Diabetes penyebab jantung koronari Minyak Kelapa Dara


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.