
Setiap ibu bapa pasti runsing apabila mendapati anak mereka mendapat bengkak di bahagian kelenjar
. Kelenjar yang biasa bengkak ialah kelenjar limfa dan air liur (saliva)
.
Masalah bengkak kelenjar ini boleh berlaku apabila ada jangkitan
, sama ada disebabkan virus atau bakteria atau sebab lain yang akan dinyatakan di bawah
. Ini kerana kelenjar di seluruh badan kita adalah satu organ yang fungsinya mempertahankan sistem badan terhadap jangkitan penyakit
.
Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit
. Jika kelenjar di anggota tertentu membengkak
, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang `bertugas' menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu
.
Kadangkala juga
, seluruh kelenjar yang ada di badan membengkak
. Ini boleh terjadi apabila berlaku tindak balas terhadap sesuatu ubat
, contohnya ubat Dilantin yang digunakan untuk penyakit epilepsi (sawan) atau petanda berlakunya ketumbuhan atau barah seperti leukemia dan lymphoma
.
Kelenjar air liur yang terbesar terletak di antara dagu dan telinga
. Ia selalunya membengkak apabila terjadi jangkitan beguk
. Manakala kelenjar limfa di anggota tertentu membengkak apabila ada jangkitan di kawasan berkenaan
.
Contohnya
, bengkak kelenjar limfa di leher selalunya berkait dengan masalah tekak atau telinga
. Bengkak kelenjar di pangkal paha berkait dengan jangkitan di kaki atau kemaluan
.
Manakala bengkak kelenjar limfa di belakang telinga mungkin berkait dengan jangkitan di kulit kepala
, Rubella
, penyakit Kawasaki atau jangkitan Epstein-Barr Virus (juga dikenali sebagai Infectious Mononucleosis)
.
Jika bengkak kelenjar terjadi di seluruh anggota badan dan diikuti bengkak pada bahagian hati dan limpa
, doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian selanjutnya kerana dikhuatiri ia satu petanda masalah barah seperti leukemia atau lymhoma
.
Malah, penyakit tuberculosis (batuk kering) juga boleh menyebabkan bengkak kelenjar limfa yang terjadi di sebahagian besar anggota badan pesakit
.
Jika kelenjar limfa pada anggota tertentu membengkak, doktor akan melakukan pemantauan terhadap saiz dan keadaan kelenjar berkenaan dari semasa ke semasa
.
Kelenjar limfa yang membengkak boleh terjadi hanya pada satu kelenjar atau sekumpulan kelenjar limfa pada bahagian anggota tertentu
.
Kebanyakan bengkak kelenjar disebabkan inflamasi daripada jangkitan virus dan ini tidak memerlukan rawatan khusus
.
Bengkak kelenjar limfa disyaki disebabkan jangkitan bakteria (dengan tanda kemerahan dan sakit apabila di sentuh
. BioVCO dapat membantu mengurangkan bengkak kelenjar yang disebabkan oleh virus atau bakteria
. Ini kerana
BioVCO bersifat anti virus & anti bakteria
.



