Kekurangan Nutrisi Punca Rambut Gugur

Punca rambut gugur dan cara mengatasi dengan BioVCO Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.

Kekurangan asid lemak menyebabkan tempurung dan kulit kepala kering. Jika folikel rambut tidak sihat, seseorang itu akan mudah berhadapan dengan keguguran rambut, katanya.

Asid lemak Omega-3 boleh ditemui dalam ikan salmon dan mackerel selain kacang macadamia. Wanita terutamanya disarankan mengambil asid lemak Omega-3, tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

Keguguran rambut yang ketara boleh menyebabkan botak atau separuh botak. Meskipun botak dilihat sebagai trend macho kebanyakan lelaki hari ini, botak kerana masalah rambut dan botak kerana pilihan peribadi adalah dua perkara berbeza.

POLA KEGUGURAN RAMBUT

1) Telogen Effluvium - bentuk biasa masalah kehilangan rambut di kalangan wanita. Biasanya ia terjadi disebabkan tindak balas pada tekanan yang berterusan pada fizikal tubuh atau sistem hormon atau reaksi pada pengambilan ubat-ubatan.

Ia boleh terjadi pada semua peringkat usia tetapi akan pulih dalam tempoh enam bulan. Pada sesetengah orang ia akan menjadi masalah kronik. Telogen effluvium selalu dikaitkan dengan pertumbuhan kitaran rambut baru. Kitaran pertumbuhan rambut berselang seli antara fasa pertumbuhan (dinamakan anagen dan bertahan untuk tiga tahun) dan fasa rehat (telogen yang bertahan untuk tiga bulan). Ketika telogen, rambut kekal di folikelnya sehingga ia disingkirkan pertumbuhan rambut baru pada fasa anagen.

2) Androgenetic Alopecia - berkaitan dengan tahap hormon dalam tubuh. Ia juga boleh disebabkan faktor genetik yang diwarisi dari emak atau ayah. Fenomena ini secara kasar lebih membabitkan lelaki selain wanita berusia lebih 40 tahun.

Wanita yang mengalami keguguran rambut dengan pola ini akan kehilangan rambut dari bahagian tepi garisan rambut manakala lelaki akan kehilangan rambut bermula dari bahagian tengah kepala.

3) Alopecia Areata - penyakit auto imun yang memperlihatkan folikel rambut diserang sel darah putih. Folikel kemudian menjadi sangat kecil dan jumlah rambut baru yang tumbuh akan berkurangan secara dramatik.

Punca rambut gugur

a) Genetik
b) Tekanan
c) Diet yang teruk
d) Faktor hormon
e) Pengambilan ubat-ubatan yang menjejaskan pertumbuhan rambut
f) Masalah tempurung rambut
g) Putus haid

Rawatan

Penyelaras klinik rambut, Hospital Damai Kuala Lumpur, Rebecca Heng berkata, ada beberapa rawatan boleh diambil seseorang yang mengalami masalah keguguran rambut yang kronik.

Antaranya, teknik pemindahan rambut. Hospital Damai sudah menawarkan kaedah ini sejak 2001 dengan kos pembiayaan antara RM8,000 ke RM35,000.

Setakat ini lebih 30 pesakit termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Pakistan dan India mendapatkan rawatan di sini. Ia dikendalikan pakar dari Australia, Dr Jennifer Martinick yang datang dua kali setahun ke hospital kami, katanya.

Pemindahan rambut kata Rebecca, membabitkan pemindahan folikel rambut menggunakan teknik pembedahan mikro. Folikel rambut dari bahagian belakang kepala akan diambil dan ditanam satu demi satu. Ini bagi memastikan rambut kelihatan semula jadi. Prosedur ini walaupun mungkin rumit peratus kejayaannya antara 80 ke 90 peratus.

Rambut mungkin mengambil masa lama untuk tumbuh dan akan kelihatan semula jadi dalam tempoh 12 bulan, tetapi hasilnya memang cukup memuaskan hati, katanya.

Selepas penanaman folikel rambut dijalankan, seseorang itu tidak boleh menyentuh rambutnya selama tiga hari. Ini kerana folikel rambut masih belum kuat tertanam ke dalam kulit kepala.

Biasanya dalam tempoh setahun untuk mendapatkan penampilan rambut semula jadi, seseorang itu tidak dibenarkan mendedahkan rambut pada cahaya matahari dalam masa setahun. Sebaliknya, dia boleh memakai topi atau apa saja untuk melindungi rambutnya, kata Rebecca.

Enam bulan selepas rawatan, pesakit harus membuat rawatan susulan. Selain itu, pesakit juga mesti mengamalkan pemakanan seimbang, jangan merokok dan kurangkan tekanan.

Bagusnya rawatan ini tiada kesan sampingan. Tetapi jika usia pesakit terlalu muda, di bawah 26 tahun teknik pemindahan ini tidak digalakkan sebaliknya mereka diminta memilih alternatif lain seperti pengambilan tablet atau pil. Tetapi jika usia pesakit melebihi 26 tahun, teknik ini akan diperkenalkan kerana pada usia ini biasanya masalah keguguran rambut akan bermula, katanya.

Fakta Rambut


* Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.

* 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa

* Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam), 80,000 (merah), perang (120,000)

* 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi berehat * 100 helai rambut gugur setiap hari dianggap biasa

* Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut

* Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut

* Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.

* Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.

Sumber; Dr Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair Research and Treatment Centre Vancouver Hospital and Health Sciences Centre.

Mitos Mengenai Keguguran Rambut


1. Ia disebabkan kekerapan membasuh rambut
2. Ia disebabkan kerap menyikat rambut
3. Mewarna dan kerinting rambut boleh menyebabkan kehilangan rambut secara kekal
4. Ia disebabkan anda kerap memakai tudung, topi dan rambut palsu
5. Kerap menggunting rambut menyebabkan rambut semakin nipis
6. Ia tanda anda kuat berfikir

BioVCO untuk Penjagaan rambut dan kulit

Rambut gugur dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Alopecia. BioVCO amat sesuai jika digunakan pada kulit dan rambut, ini kerana BioVCO boleh memberi banyak nutrien semulajadi. Masalah seperti keguguran rambut timbul akibat daripada tindakan pelbagai bentuk mikrob pada kulit kepala.

Asid laurik dan sekarang capric asid dalam BioVCO bertindak sebagai agen anti-mikrob dan memberi perlindungan kepada rambut. Ia kaya dengan vitamin E yang menjadikan kulit kepala sihat dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Urut kepala dengan BioVCO hingga mengenai kulit kepala dan ia akan membantu kulit kepala bebas daripada kelemumur , kutu , dan lain-lain.

Kandungan protein dan pelembab semulajadi ini boleh menyuburkan rambut rosak. Oleh itu ia bertindak sebagai perapi rambut yang baik.

BioVCO boleh digunakan sebagai minyak urut untuk kulit. Ia adalah pelembap yang sangat baik dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Bahagian yang terbaik minyak ini ialah ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan pada kulit. Apabila digunakan pada kulit kering ia boleh mengelakkan daripada kulit menjadi kering.

Ia boleh merawat pelbagai masalah kulit seperti psoriasis, ekzema dermatitis. Ia mengandungi antioksida yang berkesan dalam mencegah tanda-tanda awal penuaan seperti kedut dan kulit kendur.

Testimoni Pengguna BioVCO

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol

Dapatkan SEKARANG !!!

bila rambut gugur dan mula bersepah di lantai. Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak.
, rawatan rambut gugur dengan minyak kelapa BioVCO



$alt2