Resdung boleh menyebabkan buta
Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang juga dikenali sebagai sinusitis ini, masih ramai beranggapan ia bukanlah satu penyakit serius.Sebaliknya tanpa disedari ia juga antara penyakit yang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di salah sebuah hospital terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya Dr. Gan Tong Nee, memberitahu resdung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus iaitu rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.
Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan kuman yang dikenali sebagai Steptoccus dan Staphylococcus.
Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk "Rawatan Semasa Sinusitis, di pusat perubatan tersebut baru-baru ini berkata, pada keadaan normal kedua-dua kuman yang sememangnya terdapat pada rongga hidung ini tidak menyebabkan apa-apa penyakit.









