Maynetwork (M) Sdn Bhd 130-2 Taipan Senawang Jalan SCP 1 70450 Seremban N. Sembilan Tel : 06-6780544 Fax : 06-6792043

Copyright © 1998 - 2007 BioVCO.com Semua hakcipta adalah terpelihara
UTAMA  |  PRODUK  |  INFO  |  TESTIMONI  |  FAQ  |  BELI ONLINE |  HUBUNGI KAMI  |  BUKTI  |  PENGGUNAAN  |  PENGEDAR


** Penafian - Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum - webmaster.
1 Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita
2 Penyakit Thyroid 
3 Kanak-kanak terdedah radang kulit
4 Artritis berpunca keradangan sendi   
5 Tekanan Darah Tinggi
6 Koronari Jantung
7 Demi jantung, ubahlah gaya hidup
8 Resdung - Jejas kehidupan jika tidak dirawat
9 Tanggapan salah asma  
10 Makanan punca alahan
11 Bengkak di leher tanda sakit tiroid
Dapatkan artikel Info Kesihatan berikut Secara PERCUMA terus melalui email setiap minggu :
Bookmark Website ini / tekan (Ctrl+D) Sekarang
HOTLINE :
  0 6 - 6 7 8 0 5 4 4
0 1 3 - 3 0 1 4 2 6 2
(9:00 Pagi - 5:30 Ptg)
SIHAT TANPA UBAT, KAEDAH RAWATAN SEMULAJADI ...
Assalammualaikum..

Disini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang penyakit saya iaitu penyakit tiroid yang anda tahu dimana mempunyai ketumbuhan atau bengkak dileher. Saya sepatutnya perlu dibedah di hospital Kuala Lumpur tetapi saya meminta doktor supaya pembedahan saya ditunda kerana perasaan takut.

Saya ternampak iklan didalam internet tentang penyakit tiroid. Maka saya fikir hendak mencubanya. Saya telah membeli 4 botol minyak kelapa dara BioVCO dan saya hanya minum 2 botol saja dari 4 botol yang saya beli.

Hasilnya dalam beberapa bulan bengkak saya iaitu tiroid menjadi lembik dan selepas beberapa hari tiroid tersebut telah pecah. Saya berasa syukur sangat kepada ALLAH kerana penyakit tiroid saya telah sembuh. Oleh itu saya tidak lagi perlu melakukan pembedahan.

Alhamdullilah penyakit tiroid saya kini sudah tiada.

Norazida Bt Ibrahim
Damansara Damai
P. Jaya Selangor

Tel: 012-324XXXX
TESTIMONI PENGGUNA
Saudara/i yang dihormati,

Saya ingin kongsi pengalaman dan kesan setelah mengamalkan minyak kelapa dara BioVCO.

Saya mengidap penyakit thyroid yang kronik sejak remaja.  Berat badan turun dengan mendadak sekali dan rambut juga gugur hingga hampir botak.  Saya mendapat rawatan di HKL selama beberapa tahun sehingga saya penat nak berulang kesana.

Apabila rambut dah tumbuh dan badan pun dah naik semula, saya ingatkan saya dah pulih betul. Walaupun ada terdapat benjolan di leher saya. Doktor syorkan supaya saya menjalani pembedahan tetapi disebabkan perasaan takut maklumlah nak disembelih dileher, saya diamkan sahaja.  Dan benjolan dileher memang amat ketara. Kadang kadang terasa susah nak menelan.

Saya telah meminum biovco. Adalah dalam 9 hari saya mengamalkan BioVCO, bengkak dileher telah hilang, leher saya sekarang ni boleh lah dikatakan 99% pulih. Tiada benjolan lagi. Kita iktiar, usaha disertakan doa', Insyallah dimakbulkan.

Wallahualam.

Pn. Norriah Bt Abd Munir
Desa Subang Shah Alam
Selangor

Tel : 012-323XXXX
Kesihatan.com : Tiroid
Kesihatan.com : Thyroid
Penyakit Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher
Oleh Raihanah Abdullah
APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.
Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

Beliau berkata, tiroid ialah kelenjar endokrin dan ia mengeluarkan hormon tiroksin atau T4 dan triodotiromin atau T3. Tiroid terletak di pangkal leher dan di depan saluran pernafasan atau trakea dan saluran makan.

"Hormon tiroid berfungsi mengawal kadar metabolisme badan. Kanak-kanak yang sedang membesar, tiroid mengawal pembesaran mereka dan berinteraksi dengan hormon lain dalam badan", katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apakah hipertiroid?

Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.

Apakah keadaan yang boleh menyebabkan hipertiroidism?

Penyakit Grave's – Grave's ialah nama orang yang pertama menemui penyakit ini. Ia disebabkan faktor keturunan.
Badan pesakit yang mengalami hipertirodism selalunya akan mengeluarkan antibodi, yang kemudiannya akan merangsang kelenjar tiroid untuk menjadi aktif. 

Penyakit multi nodular goiter.

Keadaan yang mana wujud banyak nodul pada tiroid dan ia boleh berfungsi sama ada secara aktif, normal atau tidak aktif langsung.

Adenoma toksik.

Wujud satu nodul saja pada tiroid tetapi nodul itu aktif dan mengeluarkan hormon berlebihan. 

Apakah simptom hipertiroid?

Selera makan semakin bertambah.

Berat badan mula menurun.

Kerap membuang air besar.

Mudah marah.

Menggeletar jari tangan.

Berdebar-debar.

Terasa panas.

Sering berpeluh.

Mata terjojol.

Penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan.

Kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis.

Lumpuh kaki, terutama di kalangan lelaki.

Rawatan untuk hipertiroid ialah melalui pengambilan ubat-ubatan. Ada juga pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika tiroid menimbulkan masalah kepada saluran makan dan pernafasan dan atas permintaan pesakit bagi tujuan kosmetik.


Apakah hipotiroid?

Dr Sharifah Sakinah berkata, hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Beliau berkata, hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan secukupnya.

Apakah simptom hipotiroid?

Pesakit akan menjadi gemuk.

Badan mereka sering terasa sejuk.

Malas.

Kuat tidur.

Lembap.

Ingatan terganggu.

Kaki membengkak

Boleh merosakkan jantung jika tidak mendapat rawatan segera


Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup. Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.

Apakah tiroid nodul?
Dr Sharifah Sakinah berkata, tiroid nodul pula adalah pembengkakan tiroid dalam bentul nodul. Sembilan puluh lima peratus daripada kes tiroid nodul ialah jenis benigna manakala lima peratus lagi berbentuk kanser.

Lazimnya, pesakit tidak perlu dibedah dan doktor akan hanya melakukan pemeriksaan ultra bunyi dan kaedah fine needle aspiration. Melalui kaedah itu, doktor akan mengambil sel daripada nodul untuk menentukan sama ada ia jenis benigna atau malignan.

Jika sel itu adalah jenis benigna, pesakit tidak perlu dibedah tetapi terpaksa menjalani pemeriksaan susulan. Sekiranya sel itu jenis kanser, pesakit perlu dibedah dan menjalani rawatan radioaktif iodin selepas pembedahan.

Apakah hipotiroidisme kongenital?

Keadaan ini berlaku di kalangan bayi berikutan tiroid mereka tidak berfungsi secara normal. Di negara Barat, bayi yang mengalami masalah ini selalunya dapat dikenal pasti sejurus dilahirkan kerana negara terbabit menjalankan ujian penyaringan ke atas setiap bayi.

Bagaimanapun, kemudahan seumpama itu belum diperkenalkan di Malaysia dan ini menyulitkan doktor untuk mengesan bayi yang mengalami masalah tiroid tidak berfungsi.

Lazimnya, bayi yang mengalami masalah pada tiroid menunjukkan tanda-tanda seperti sukar bernafas, sukar menyusu, hernia pada pusat, kelihatan biru, jaundis dan tumbesaran lewat.

Secara purata, seorang daripada 4,000 bayi yang dilahirkan menghadapi masalah tiroid tidak berfungsi.

Hipotirodisme kongenital boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak seperti bodoh dan cacat fizikal. Jika bayi tidak menerima rawatan segera, kecacatan itu akan kekal.

Apakah postpartum tiroiditis?

Ini ialah inflamasi tiroid yang akan berlaku selepas wanita melahirkan anak. Biasanya ia berlaku di antara dua dan enam bulan selepas bersalin. Keadaan ini wujud selepas wanita melahirkan anak yang mana antibodi terhasil secara berlebihan.

Antibodi ini akan menyebabkan kerosakan pada kelenjar tiroid. Ia boleh dibahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pertama membabitkan lebihan hormon tiroid manakala fasa kedua pula kekurangan hormon tiroid.

Dalam sebahagian besar kes, keadaan ini akan pulih sendiri dan tidak memerlukan ubat-ubatan dan hanya perlu diawasi.