Anda Mesti Tahu Cara Kawal Sakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. BioVCO RASANYA semua orang sudah maklum bahawa penyakit jantung dan masalah kolesterol sangat berkait rapat, macam isi dengan kuku. Kajian membuktikan hubungan akrab ini kerana paras kolesterol tinggi menyumbang kepada kira-kira satu pertiga kes penyakit jantung di seluruh dunia.

Memang ini bukan fakta baru dan sudah selalu dipaparkan tetapi tidak salah rasanya diulang sekali lagi sebagai peringatan bersama apatah lagi kepada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Peningkatan umur bermakna usaha untuk menjaga kesihatan perlu digandakan khususnya dalam kawalan paras gula dan kolesterol darah. Paras kolesterol dalam darah yang tinggi adalah faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Lebih tinggi paras kolesterol anda, lebih tinggi juga risiko untuk mendapat serangan jantung. Jadi untuk mereka yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung perlu lebih berhati-hati kerana risiko untuk mendapat penyakit sama adalah tinggi.

Namun apa yang menyedihkan ialah kira-kira 55 peratus pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi di negara kita gagal mencapai tahap kolesterol selamat walaupun mengambil ubat.

Menurut Ketua Jabatan Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Wan Azman Wan Ahmad, dalam satu soal selidik pada 2006 mendapati 28 peratus rakyat negara ini ada masalah dislipidemia iaitu paras kolesterol yang tinggi.

Walaupun diberikan ubat untuk menurunkan paras kolesterol ke tahap selamat, tidak ramai yang berjaya meneruskan usaha untuk kebaikan diri sendiri itu. Kajian menunjukkan hampir 55 peratus pesakit Malaysia gagal mencapai matlamat rawatan kolesterol dan ini bermakna mereka berada dalam zon berisiko tinggi mendapat penyakit jantung.

Kajian CEPHEUS mengenai kekurangan rawatan terhadap hiperkolesterolemia yang membabitkan 7,000 pesakit dari lapan negara termasuk Malaysia mendapati ramai responden tidak berjaya menurunkan paras kolesterol mereka ke tahap selamat walaupun diberikan rawatan.

Ketua Penyelidik Kajian CEPHEUS, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata ada dua punca yang dikenal pasti menyebabkan keadaan ini iaitu ketidakpatuhan pada jadual pengambilan ubat atau rawatan yang mereka terima kurang agresif.

Hasil kajian ini menunjukkan ramai pesakit gagal mematuhi arahan doktor untuk mengambil ubat. Ramai menyangka jika terlupa mengambil satu biji ubat sekali dalam setiap dua minggu atau lebih tidak akan mempengaruhi paras kolesterol mereka. Ini menandakan ramai yang kurang faham mengenai fungsi ubat dan bagaimana ia bertindak. Inilah yang mencetuskan sikap sambil lewa dalam pengambilan ubat.

Di sinilah pakar perubatan perlu memainkan peranan mereka dengan menjelaskan bagaimana ubat berkenaan berfungsi. Jika ubat berkenaan tidak berkesan (selepas diambil mengikut jadual) maka doktor perlulah membuat pengubahsuaian ubat sama ada mengubah dos atau menukar ubat baru.

Malangnya pakar perubatan dan pesakit sama-sama tidak suka menukar kaedah rawatan mereka walaupun ada rawatan yang lebih berkesan. Didapati 64 peratus pesakit mengambil ubat yang sama sejak mereka diberikan ubat merendahkan kolesterol, katanya.

Selain itu, ramai pesakit juga tidak mengikuti jadual pemeriksaan seperti ditetapkan atas pelbagai alasan yang membuatkan pakar perubatan tidak dapat memantau kemajuan mereka. Malah pakar perubatan juga disaran memulakan rawatan dengan ubat yang lebih agresif supaya sasaran paras kolesterol dapat dicapai lebih awal.

Di samping mengambil ubat, pesakit juga perlu mengubah gaya hidup. Saya tahu sudah banyak kali pesanan ini dilaungkan tetapi saya tetap mahu ulang lagi. Bagi yang merokok, berusahalah untuk berhenti. Selalu bersenam dan jaga makan dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, katanya.

Menurut Prof Wan Azman, paras kolesterol yang tinggi mendekatkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu dunia iaitu sakit jantung. Walaupun risiko penyakit ini meningkat dengan pertambahan umur, apa yang membimbangkan adalah sejak kebelakangan ini semakin ramai golongan muda mendapat serangan jantung.

Kolesterol adalah faktor risiko yang serius tetapi ia sering dipandang ringan dan tidak diendahkan. Selalunya pesakit hanya memberi perhatian pada soal ini apabila kesihatan mereka berada pada tahap membimbangkan. Bertindaklah sekarang, sayangi diri sendiri dengan memulakan gaya hidup sihat, katanya.

cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2