Fakta Penting Mengenai Demam Denggi

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. BioVCO Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di Georgetown, Pulau Pinang. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara.

Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk.

Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.

Di Singapura, terdapat 4-5000 kes dilapurkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun.Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi.

Ianya dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.

Pencegahan.

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit:

Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Tanda dan Gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).

Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, thrombocytopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal. Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Rawatan

Tiada vaksin yang berada di pasaran untuk flavivirus denggi. Walau bagaimanapun, satu daripada beberapa program yang sedang giat dijalankan ialah Inisiatif Vaksin Denggi Pediatrik (‘Pediatric Dengue Vaccine Initiative’ [PDVI]) yang dimulakan pada tahun 2003, bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dan pengenalan vaksin denggi yang mampu dimiliki dan diperolehi oleh kanak-kanak di negara-negara miskin yang endemik.

Pencegahan

Tiada vaksin yang berada di pasaran untuk flavivirus denggi. Walau bagaimanapun, satu daripada beberapa program yang sedang giat dijalankan ialah Inisiatif Vaksin Denggi Pediatrik (‘Pediatric Dengue Vaccine Initiative’ [PDVI]) yang dimulakan pada tahun 2003, bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan dan pengenalan vaksin denggi yang mampu dimiliki dan diperolehi oleh kanak-kanak di negara-negara miskin yang endemik.

Penyelidik dari negara Thailand, dalam fasa kedua ujian, merancang untuk menguji vaksin demam denggi tersebut ke atas 3,000-5,000 sukarelawan dalam masa 3 tahun selepas ujian berjaya dijalankan ke atas haiwan dan sekumpulan kecil sukarelawan. Cara utama menghapuskan denggi ialah untuk menghapuskan atau mengurangkan nyamuk vektor/pembawa denggi. Penggunaan pembunuh larva seperti Abate dalam air yang bertakung adalah cara mengawal nyamuk yang lebih berkesan dalam jangka panjang. Inisiatif untuk menghapuskan takungan air (seperti di dalam pasu bunga) amat efektif di dalam mengawal penyakit yang dibawa nyamuk. Teknik-teknik baru yang memberangsangkan telah dilaporkan oleh Universiti Oxford di dalam memandulkan nyamuk Aedes.

Pencegahan peribadi merangkumi penggunaan jala nyamuk, ubat cegah, menutupi bahagian kulit yang terdedah, menggunakan jala tilam berisi DEET dan menghindari kawasan endemik. Ini juga penting di dalam pencegahan Malaria.

    1. Kerintangan antibiotik - BioVCO.com

      www.biovco.com/antibiotik-007sdr.php?ref... - Translate this page
      Namun di sebalik pembaziran ini, kita masih segera bergegas ke klinik untuk mendapatkan ubat setiap kali demam, sakit tekak, batuk atau selesema.
    2. Bahaya pneumokokal - BioVCO.com

      www.biovco.com/ik.php?no=52&tjk... - Translate this page
      Gejala lain disebabkan otitis media termasuk sukar tidur, demam dan cepat ... Tanda termasuk mendadak demam, menggigil, sakit dada dan sesak nafas.
       
    3. Penyakit Kayap - BioVCO.com

      www.biovco.com/ik.php?no=81&tjk... - Translate this page
      Demam, nodus limfa membengkak dan selalu terasa sakit-sakit atau ... Oleh keranademam merupakan gejala yang biasa bagi penyakit kayap sejuk ini dan ia ...


cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2