6.64 juta hidap psoriasis, ekzema

6.64 juta hidap psoriasis, ekzema
Kulit manusia adalah organ terbesar berfungsi melindungi badan daripada sebarang kerosakan seperti kehilangan air dan menangkis kehadiran air dari luar seperti hujan.
 
Walaupun hampir semua kulit manusia diliputi folikel rambut halus, ada sesetengah kawasan yang tidak kelihatan berbulu. 
 
Di sebalik fungsinya yang melindungi tubuh badan manusia, ada beberapa masalah yang akan menyerang bahagian penting itu. 
 
Penyakit kulit adalah suatu keadaan perubatan yang memberi kesan kepada kulit, rambut, kuku dan otot serta kelenjar yang bertindak sebagai penghalang untuk badan terhadap persekitaran luaran yang berkaitan.
 
Disebabkan kebanyakan masalah asas kulit tidak diketahui, ia dikategorikan berdasarkan tempoh, lokasi, gejala, sebab fizikal dan warna kulit.
 
Bagaimanapun, diagnosis sering memerlukan teknik biopsi untuk mengambil sedikit tisu kulit yang boleh menentukan jenis pe­nyakit dialami. 
 
Terdapat banyak jenis penyakit kulit termasuk jangkitan kulit dan kanser kulit. 
 
Menurut Pembantu Profesor Klinikal Sekolah Perubatan Universiti Yale, Dr Macrene Alexiades-Armenakas, jerawat, ekzema, dermatitis dan psoriasis antara masalah kulit paling lazim berlaku. 
 
“Statistik terkini menunjukkan seorang daripada tiga rakyat Malaysia mengalami beberapa bentuk alergi. Selain itu, keadaan kulit seperti ekzema (mempengaruhi dua daripada 10 orang), psoriasis (tiga peratus) dan bentuk penyakit kulit lain juga meningkat. 
 
“Dianggarkan jumlah penduduk di Malaysia meng­alami psoriasis dan ekzema saja tidak termasuk masalah lain begitu mengejutkan iaitu seramai 6.64 juta orang. 
 
“Individu yang lewat mengesan masalah kulit sebaiknya mendapatkan rawatan segera,” katanya. 
 
Pada masa sama, peningkatan terhadap ­permintaan rawatan terutama produk nutraseutikal yang menggunakan bahan semula jadi mengalami peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kadar pertumbuhan tahunan daripada 10 peratus kepada 15 peratus. 
 
 

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2