Diet sihat kesihatan sempurna

Masih tidak terlalu awal atau terlambat untuk memilih tahap kesihatan yang baik dan ia sememangnya tidak susah, rumit atau mahal.
 
Apa yang diperlukan hanyalah makan secara sihat, kekalkan berat badan sihat, bergiat lebih aktif dan membuang tabiat buruk seperti merokok dan menyalahgunakan alkohol. 
 
Memandangkan sukar untuk membuang tabiat lama, kita perlu bersiap sedia menghadapi beberapa cabaran tetapi dengan membuat perubahan positif secara sedikit demi sedikit, kita pasti terkejut apabila menyedari betapa cepatnya kita dapat melihat dan mengalami perbezaannya.
 
Berdasarkan Panduan Diet, berikut tip pemakanan hebat yang boleh diamalkan agar dapat membantu untuk menjadikan amalan pemakanan sihat separuh daripada gaya hidup kita.
 
1) Makan pelbagai jenis makanan mengikut pengambilan yang disarankan
 
Tiada satu jenis makanan dapat membekalkan kesemua tenaga, nutrien dan komponen makanan berkhasiat yang diperlukan. Jadi, amalkan diet seimbang dan kepelbagaian yang merangkumi kelima-lima kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
 
2) Kekalkan berat badan dalam julat sihat
 
Obesiti dan kekurangan berat badan boleh mengundang masalah kesihatan. Kekalkan berat badan sihat dengan makan secara setimpal dan tingkatkan aras aktiviti fizikal. Timbang berat badan secara kerap.
 
3) Aktif secara fizikal setiap hari
 
Ketidakaktifan secara fizikal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit kronik. Jadi, lakukan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda (contohnya pilih untuk menaiki tangga daripada menggunakan lif dan berjalan ke meja rakan sekerja daripada menelefon), berjalan pantas setiap hari atau bersukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
 
4) Makan jumlah nasi dan produk bijirin lain terutamanya bijian penuh dan ubi-ubian secukupnya
 
Makanan ini membekalkan tenaga. Pilih bijian penuh atau tidak diproses. Contohnya, nasi perang, roti penuh gandum dan bijirin sarapan untuk kesihatan sistem usus yang lebih baik di samping membantu mengurangkan risiko penyakit kronik.
 
5) Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
 
Buah-buahan dan sayur-sayuran membantu melindungi anda daripada pelbagai penyakit kronik. Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari. Nikmatilah buah dan sayur yang berlainan pada setiap hidangan.
 
6) Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana
 
Makanan ini membekalkan protein, pelbagai nutrien dan komponen makanan berkhasiat yang penting untuk kecergasan. Ikan dan kekacang adalah pilihan yang lebih sihat.
 
7) Ambil susu dan produk tenusu yang mencukupi
 
Susu adalah makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai nutrien penting termasuk kalsium. Semua individu patut mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Ambil yogurt, keju atau produk tenusu lain yang tanpa laktosa sekiranya anda mengalami masalah toleransi laktosa.
 
8) Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurangkan lemak serta minyak dalam penyediaan makanan
 
Lemak dan minyak membekalkan tenaga, asid lemak perlu dan membantu penyerapan vitamin larut lemak. Namun, pengambilan lemak secara berlebihan menyumbang kepada berat badan berlebihan. Hadkan juga pengambilan makanan tinggi kolesterol, lemak haiwan dan asid lemak trans. Kesemua ini menyumbang kepada masalah jantung.
 
9) Pilih dan sediakan makanan kurang garam serta sos
 
Pengambilan natrium yang tinggi dikaitkan dengan tekanan darah tinggi dan pelbagai masalah berkaitan. Natrium didapati daripada garam dan sumber lain contohnya, makanan masin, sos dan perasa tertentu seperti belacan dan cencaluk.
 
Jadi, hadkan pengambilan makanan ini dan kurangkan penggunaan garam.
 
10) Ambil makanan dan minuman rendah gula
 
Mengambil terlalu banyak gula boleh menyebabkan karies gigi dan menyumbang kepada berat badan berlebihan. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman serta jadikan produk rendah gula sebagai pilihan lebih sihat.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2