Kematian akibat NCD boleh dielak

Kematian akibat NCD boleh dielak
Oleh Hidayatul Akmal Ahmad 
 
Di Malaysia, kelaziman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan faktor risiko NCD semakin meningkat pada kadar membimbangkan.
 
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2011 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan 32.7 peratus orang dewasa berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
 
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 204 menunjukkan, penyakit berkaitan kardiovaskular menyumbang kepada 36 peratus daripada jumlah kadar kematian di Malaysia.
Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Chee Kok Han berkata, statistik NHMS yang membimbangkan itu menunjukkan tekanan darah tinggi dan penyakit arteri koronori (CAD) semakin membebankan setiap penjagaan kesihatan.
 
“Meskipun begitu, kita terus mengamalkan banyak tabiat tidak sihat seperti amalan pemakanan tidak sihat, kurang bersenam dan pengambilan gula yang tinggi.
 
“Hakikatnya, penyakit ini boleh dicegah kerana sebahagian besar daripada kematian pramatang akibat NCD boleh dielakkan melalui pengubahsuaian gaya hidup pada peringkat awal dan mengawal faktor risiko dengan bijak,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tablet larut dalam mulut Norvasc ODT anjuran Pfizer di ibu negara, baru-baru ini.
 
Menurutnya, rakyat Malaysia perlu lebih peka terhadap diet dan pengambilan makanan serta proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka.
 
“Promosi kesihatan dan program pendidikan kesihatan tidak bernilai jika kita tidak dapat membawa perubahan kepada cara hidup masyarakat.
 
“Kita perlu memanfaatkan pengetahuan kesihatan dalam tindakan dengan membuat keputusan untuk mendapatkan senaman mencukupi, menjaga diet serta memilih gaya hidup sihat yang akhirnya akan mengurangkan insiden pe­nyakit berpunca daripada gaya hidup tidak sihat di negara ini,” katanya.
Doktor dan pesakit di Malaysia kini boleh mengharapkan pilihan rawatan lebih fleksibel dan disesuaikan untuk membantu menangani pengurusan hipertensi atau tekanan darah tinggi, sakit dada serta CAD dengan Norvasc ODT.
 
Dalam menangani hipertensi, Norvasc ODT membantu menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan risiko menjalani prosedur berkaitan CAD.
 
Pengurusan pengambilan ubat secara oral bergantung pada keupayaan pesakit untuk menelan tablet dengan selamat dan ini boleh menimbulkan masalah kepada individu yang mempunyai kesukaran menelan formulasi oral pepejal.
 
Kajian menunjukkan kelaziman disfagia (kesukaran menelan) boleh menjadi sehingga 22 peratus bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
 
Dalam pada itu, Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Vicknesh Wellupillai berkata, inovasi seperti ini menjadi bukti kepada komitmen Pfizer untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan berterusan dalam mencari penyelesaian berkekalan demi memenuhi desakan cabaran penjagaan kesihatan dan menangani keperluan yang tidak dipenuhi dalam dunia penjagaan kesihatan masa kini.
“Norvasc ODT diusaha dan dilancarkan oleh Pfizer lebih 20 tahun lalu dan kami terus berinovasi supaya dapat memenuhi keperluan perubatan pesakit.
 
“Di Pfizer, kami berbangga menjadi satu daripada syarikat penjagaan kesihatan berasaskan penyelidikan terkemuka dunia yang dapat membantu pesakit meningkatkan kualiti hidup mereka dan menjalani rutin kehidupan seharian lebih selesa,” katanya.
 
Satu kajian yang dikendalikan Jabatan Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan, kesukaran menelan akan meningkat seiring peningkatan usia secara normal, sebahagiannya kerana peningkatan perubahan struktur bagi peralatan menelan.
 
Wujud penurunan jelas dalam kedua-dua fungsi menelan ini apabila usia meningkat. Menurut Garis Panduan Gastroenterologi Dunia, kejadian disfagia dalam penjagaan akut dilaporkan sebanyak 30 peratus dan kajian di rumah penjagaan orang tua menunjukkan, 30 hingga 40 peratus daripada pesakit mempunyai masalah menelan dan mengakibatkan terjadinya insiden tercekik yang tinggi.
Kajian dijalankan di Klinik Kesihatan Utama yang memantau pematuhan terhadap pengambilan ubat melaporkan, hanya 53.4 peratus daripada pesakit hipertensi mematuhi jadual pengambilan ubat seperti di­arahkan.
 
Kadar kepatuhan yang rendah ini juga didapati memberi kesan negatif kepada usaha mengawal tekanan darah. Oleh itu, pakar perubatan memainkan peranan penting dalam membuat pilihan rawatan yang sesuai dalam mengoptimumkan dos ubat-ubatan yang ditetapkan untuk memastikan kejayaan terapi.
 
Norvasc ODT menghalang kemasukan ke dalam arteri koronori utama, lantas melegakan otot arteri serta mengembangkan arteri koronari untuk meningkatkan penghantaran oksigen ke jantung.
 
Ia adalah tablet cepat larut yang menawarkan satu kaedah mudah yang tidak menghalang dalam pengambilan ubat disamping memberi manfaat kepada pesakit yang mempunyai sekatan pengambilan cecair setiap hari kerana air tidak diperlukan untuk menelan ubat.
 
INFO
 
Hipertensi adalah keadaan di mana saluran darah berterusan mengalami tekanan tinggi. Tekanan darah normal dalam kalangan orang dewasa ialah 120/80 mm Hg. Apabila tekanan darah sama atau melebihi 140/90 mm Hg, ia dianggap naik atau tinggi.
 
Lebih tinggi tekanan darah lebih tinggi pula risiko kerosakan pada jantung dan saluran darah dalam organ utama seperti otak dan buah pinggang.
 
Hipertensi juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak mempamerkan sebarang gejala dan jika dibiarkan tanpa dikawal, ia boleh membawa kepada serangan serta kegagalan jantung. Ia juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan kognitif.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2