Pokok kehidupan kendur paras kolesterol

Warna betik yang menarik tentu saja akan menarik perhatian orang untuk mencubanya. Ia bukan saja sedap dimakan tetapi sejarah menunjukkan betik mempunyai kebaikan dari segi kesihatan kepada tubuh.
 
Tamadun Maya mencatatkan mereka menggelar betik sebagai ‘pokok kehidupan’, malah betik juga buah kegemaran pelayar hebat, Christopher Columbus. Ini kerana dia pernah disambut penduduk tempatan dengan betik ketika tiba di kawasan itu selepas mengadu perutnya berasa sakit. 
 
Daun, biji dan air betik dikatakan mampu membunuh parasit dan cacing dalam perut. Betik sememangnya kaya dengan pelbagai nutrien yang sudah tentu baik untuk tubuh antaranya serat, karbohidrat, lemak, protein, vitamin A, vitamin kumpulan B, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potasium dan sodium. 
 
Betik kaya dengan serat dan mampu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana ia mengandungi enzim yang membantu mengelakkan pengoksidaan kolesterol, seterusnya membantu mengelak kejadian serangan jantung.
 
Buah tropika itu juga berperanan sebagai antipenuaan denganunsur antioksida yang terkandung di dalamnya mengawal proses penuaan supaya seseorang boleh kelihatan lebih segar dan muda.
 
Cacing dalam usus juga dikatakan boleh disingkirkan oleh betik memandangkan bijinya mengandungi unsur perubatan. Malah bagi mereka yang sering diserang dengan sembelit, betik antara pilihan terbaik untuk membantu melegakan masalah itu kerana ia mengandungi enzim papain iaitu enzim pencernaan semula jadi. 
 
Betik juga dikatakan sangat baik untuk menjaga kesihatan usus besar kerana airnya boleh merawat jangkitan dengan membersihkan lendir dan nanah jika diminum secara konsisten. 
Selain rasanya yang manis dan menyelerakan, betik juga membantu mereka yang menjaga pemakanan berikutan kandungan kalori yang rendah tetapi kaya dengan nutrisi. 
 
Bagi wanita mengandung yang sering rasa loya serta muntah, pengambilan sepotong betik secara konsisten dikatakan mampu memulihkan masalah loya. Tidak cukup dengan itu, betik juga mempunyai enzim antiradang yang mengurangkan rasa sakit bagi mereka yang menderita artritis, edema dan osteoporosis. 
 
Kandungannya yang kaya dengan vitamin A dan C juga mampu meningkatkan sistem pertahanan badan seterusnya baik untuk mereka yang mengalami demam atau selesema. 
Masalah haid tidak ter­atur juga boleh dibantu dengan pengambilan betik secara konsisten, malah kandungan di dalam betik mampu mengurangkan masalah senggugut dan melancarkan haid. 
 
Selalunya betik lebih sedap dimakan ketika ia baru saja masak dan akan hilang rasa sekiranya dibiarkan terlebih masak sehingga lembik. Sekiranya ingin makan betik yang segar, disaran membeli betik yang masih berkulit kehijauan dan rasa keras apabila ditekan. Ia akan masak dalam tempoh dua hingga tiga hari. 
 
Jika ingin makan betik pada hari yang sama ia dibeli, pilihlah betik yang mempunyai kulit kekuningan atau jingga. Amalkan pemakanan betik sekurang-kurangnya seminggu sekali. 
 
Betik boleh dimakan begitu saja atau dicampur bersama salad buah atau makanan lain. Isinya yang sudah dilecek juga boleh disapu terus pada kulit untuk mendapat faedah kecantikan serta-merta.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2