Radang kulit kronik

Radang kulit kronik
Oleh Siti Zarinah Sahib 
 
Dermatitis atopi adalah sejenis radang kulit jangka panjang (kronik) yang biasa dialami kanak-kanak. Apabila ini berlaku, kulit atopi mudah menjadi kering, bersisik, gatal, radang dan sangat tidak selesa serta menyebabkan bayi menggeliat dan gelisah walaupun ketika tidur. Dalam keadaan ini, ekzema boleh muncul pada mana-mana bahagian badan bayi, seperti pipi, sendi lengan dan kaki.
 
Keadaan ini pasti menimbulkan kebimbangan ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila tompok merah muncul pada kulit si manja. Keadaan ini membuatkan ibu bapa menyangka anak mereka mengalami alahan makanan tetapi sebenarnya tidak. Walaupun ekzema adalah penyakit biasa, sebagai ibu bapa perlu memahami punca kerengsaan untuk mengenal pasti kaedah pencegahan dan pengurusan. 
 
Buat masa ini, tiada ubat menyembuhkan dermatitis atopi, namun penyakit ini boleh menjadi bertambah baik atau hilang sama sekali apabila meningkat dewasa. Disebabkan kulit ekzema selalunya kering dan mudah terengsa justeru, pengurusan penjagaan kulit bagi menjadikan kulit lembap untuk jangka panjang dan pembersihan secara lembut disyorkan sejak kecil bagi menghindari daripada dermatitis atopi. 
 
Ekzema pula adalah tindak balas sistem imun dan boleh dicetuskan oleh sabun, krim dan bahan pencuci tertentu. Tekanan, haba dan peluh boleh memburukkan lagi keadaan. Risiko si manja mengalami ekzema adalah lebih tinggi jika terdapat saudara terdekat yang mengalami penyakit kulit ini.
 
Ekzema menyebabkan kegatalan dan rasa yang sangat tidak selesa. Tambahan pula jangkitan bakteria boleh berlaku akibat kegiatan menggaru. Oleh itu, ibu bapa perlu menguruskan ekzema dengan sentiasa mengekalkan tahap kelembapan kulit.
 
Kulit yang sihat mempunyai pH serba berasid iaitu pH lima hingga enam. Kulit ekzema lebih beralkali dengan tahap pH lebih tinggi daripada tujuh. Kulit beralkali meningkatkan aktiviti protease yang mengganggu fungsi rintangan perlindungan kulit dan akan memburukkan lagi keadaan ekzema. 
 
Protease adalah enzim yang terdapat secara semula jadi dalam kulit dan ia memainkan peranan penting untuk menguraikan protein di dalam kulit bagi membolehkan proses pembaharuan kulit secara semula jadi. Apabila pH kulit menjadi beralkali, enzim protease menjadi terlalu aktif dan mengakibatkan kegagalan fungsi rintangan kulit. Ke-adaan ini menyebabkan kulit menjadi sensitif dan mudah terdedah kepada jangkitan.
 
Satu cara yang dapat menguruskan tahap pH kulit dan mencegah ekzema adalah dengan menggunakan pembersih serba lembut yang dirumus khas untuk menangani kulit bermasalah.

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2