Keguguran Rambut dan Punca Keguguran Rambut

Stres Punca Lelaki Alami Keguguran Rambut Serius


Masalah keguguran rambut ekstren menjadi igauan ngeri kepada ramai lelaki. Rata-rata golongan ini mengalamai keguguran rambut seawal usia 40-an, melah lebih membimbangkan ia mula dihadapi oleh mereka yang berusia pertengahan 20-an.

Menjaga rambut tidak cukup dengan hanya bersyampu tiga kali seminggu. Kulit kepala juga memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.

Ramai pihak beranggapan silap memilih syampu, pengambilan serbuk perasa (monosodium glutamate) dalam masakan serta faktor penuaan sebagai sebab utama keguguran rambut, namun itu hanya penyebab sampingan. Realitinya, tekanan dalam kerjaya atau kehidupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut yang serius terutama membabitkan golongan lelaki.

Pola keguguran rambut lelaki (MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik. Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut. Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak.

Akibat daripada warisan gen rambut gugur tersebut, individu terlibat berisiko tinggi untuk berdepan masalah keguguran rambut yang mampu menipiskan rambut namun tidak semuanya berakhir dengan botak. Namun, keadaan yang dikenali sebagai Androgenetic Alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an.

Jangan biarkan Keguguran Rambut

Jangan Berdiam Diri jika mengalami Keguguran Rambut


MPHL terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, ia mampu merebak hingga ke seluruh kepala. Ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan tidak berasa ia satu keperluan untuk berjumpa dengan doktor hanya kerana masalah rambut semakin menipis.

Malah, lebih 80 peratus lelaki tidak tahu apa itu MPHL dan menganggap ia berlaku kerana faktor usia sedangkan masalah ini tidak akan melarat jika dirawat daripada awal. Disarankan individu yang mengalami MPHL mendapatkan rawatan berkesan dengan menangani punca asas masalah tersebut.

Melalui kajian yang dilakukan di Victoria, Australia mendapati, keguguran rambut di bahagian tengah dan hadapan kepala meningkat selari mengikut usia. Ia memberi kesan sehingga 57 peratus wanita dan 73.5 peratus kepada lelaki yang berusia 80 tahun ke atas.

Kajian lain menyatakan seorang daripada empat lelaki mulai botak pada usia 30 tahun, dua pertiga mulai botak pada usia 60 tahun ke atas. Nisbah untuk mendapat gen botak pula adalah empat dalam setiap tujuh orang. Selain tekanan dan faktor genetik, faktor pemakanan tidak seimbang, penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.

Pertumbuhan rambut individu dewasa yang dipengaruhi oleh hormon seks iaitu androgen boleh mengalami fasa pertumbuhan di antara dua hingga enam tahun dengan kepanjangan kira-kira 0.35 milimeter (mm) sehari. Selepas fasa tersebut, proses pertumbuhan akan berehat untuk beberapa bulan.

Keguguran Rambut : Berisiko Botak



Keguguran Rambut menyebabkan botak Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air. Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.

Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimia. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, amalan mengambil makanan seimbang sangat penting. Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90 peratus komponen rambut terdiri daripada protein.

Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut. Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

Mengapa Mengalami Keguguran Rambut?

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol tinggi

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol tinggi

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2