<?php echo $tajuk; ?>


Ekzema jejas kualiti hidup



Ekzema jejas kualiti hidup APAKAH yang anda rasa apabila berkunjung ke kedai menjual pakaian ataupun produk kecantikan tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya oleh jurujual?

Hal ini terjadi lantaran wajah ataupun bahagian fizikal anda terdapat kesan-kesan kemerahan dan tompokan akibat menghidap penyakit ekzema.

Jika keadaan ini menimpa diri, pasti terselit sedikit perasaan malu dan rendah diri selain kesannya bukan sahaja kepada kehidupan seharian malah turut mempengaruhi pergaulan dengan rakan-rakan.

Ekzema adalah satu penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit berasa amat gatal, menimbulkan bintik-bintik atau gelembung kecil berwarna kemerah-merahan.

Kawasan yang sering terkena ekzema adalah muka, jari-jari tangan atau kaki, celah-celah paha dan alat kelamin.

Pakar Perunding Dermatologi, Bahagian Dermatologi Kuala Lumpur, Dr. Suganthi Thevarajah berkata, sebanyak 10 hingga 20 peratus kanak-kanak berpotensi menghidap penyakit ini.

Manakala satu hingga tiga peratus bagi orang dewasa di seluruh dunia dan dua daripada 10 orang di Malaysia menghidapinya.

"Penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor dalaman seperti genetik, di samping kesan daripada keadaan luaran seperti persekitaran yang tercemar dan tidak bersih.

"Terdapat perbezaan penyakit ini iaitu atopic ekzema, contact dermatitis, scalp dermatitis dan ekzema kaki dan tangan.

"Selain itu seseorang yang mempunyai alahan dan asma juga berpotensi untuk mendapat penyakit ini," katanya.

Tambahnya lagi, di Malaysia risiko penghidap penyakit ekzema kepada kanak-kanak paling ketara.

Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati lebih 12.6 peratus kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas menghidap penyakit tersebut.

"Satu kajian yang dilakukan oleh LEO Pharma kepada pesakit ekzema dan penjaga mereka di Malaysia mendapati 75 peratus pesakit pernah mendengar tentang ekzema tetapi tidak pernah mengetahui dan hanya sedikit maklumat tentang penyakit tersebut sebelum mereka berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan.

"Sementara itu, sebanyak 15 peratus tidak pernah mendengar tentang penyakit ini dan berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan.

"Manakala 80 peratus penjaga pesakit ekzema pula mempunyai sedikit maklumat dan tidak pernah mengetahui langsung tentang penyakit tersebut," katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 50 peratus pesakit yang berumur setahun menghidap penyakit ini dan lebih 80 peratus pula menghidap penyakit ini ketika berumur lima tahun.

"Hanya separuh daripada pesakit ini berjaya disembuhkan, tetapi sebahagiannya tidak dapat diubati tetapi hanya boleh mengurangkan melalui pengambilan ubat dan penjagaan kesihatan dengan cara yang betul," katanya.

Dr. Suganthi berkata, kebanyakan penghidap ekzema daripada kalangan orang dewasa dan kanak-kanak menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian mereka dari aspek emosi, psikologi dan sosial.

"Tompokan merah pada kulit muka dan tangan menyebabkan mereka tidak yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

"Selain itu, kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga selalu dibuli dan diejek oleh rakan-rakan mereka menyebabkan berlaku trauma selain produktiviti kehidupan seharian turut menurun,"katanya.

Tambahnya, beliau mengakui kebanyakan orang ramai tidak mengetahui dan kurang kesedaran terhadap penyakit ini.

"Akibatnya, penghidap tersebut tidak menghiraukan keadaan yang dialami selain lewat berjumpa dengan doktor menyebabkan mereka tidak dapat menahan kesakitan tersebut.

"Tidak ada sebarang rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini tetapi kesakitan pada kulit boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat dan penjagaan diri yang betul," katanya.


<?php echo $tajuk; ?>










Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.