Penjagaan pesakit diabetes

Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

Punca Resdung

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:

Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti polyps dan kanser.

Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.

Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.

Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.

Simptom Resdung

Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:

Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
Hidung tersumbat
Hidung selalu berdarah dan bernanah
Jerawat di belakang badan
Rambut gugur dan berkelemumur
Sakit kepala
Keletihan dan badan rasa kurang sihat
Batuk kronik
Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
Mata sering berair
Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah

Petua Mengelakkan Resdung

Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu

Rawat Sebelum Parah

Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.

Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik.

Rawatan tanpa ubat dengan BioVCO

sinusis, resdung, minyak kelapa dara BioVCO untuk masalah resdung?

BioVCO boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk membersihkan sinus dan melegakan masalah pernafasan, dimana boleh membantu untuk bernafas dengan mudah.

Ambil sedikit daripada bekas yang mengandungi minyak kelapa dara dan titiskan kedalam lubang hidung anda. Berbaring dengan kepala anda menurun. Tetap dalam keadaan ini selama lebih kurang sepuluh minit atau hingga minyak kelapa dara tersebut masuk ke dalam sinus anda.

Dalam terpoh tertentu anda akan dapat mengurangkan lendir pada ruang sinus dan membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa.

Asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang terkandung didalam minyak kelapa dara akan membantu mengurangkan lendir. MCFA adalah antimikrob semulajadi yang sangat kuat dan memiliki kemampuan yang luarbiasa untuk kesihatan.

Anda boleh menjadikan minyak kelapa dara sebagai minyak urut. Urutkan pada leher dan dada untuk mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2