<?php echo $tajuk; ?>


Kencing Manis punca penyakit kronik lain



AWAS !! Masalah kegemukan 16.8 juta penduduk Malaysia Fenomena diabetes di negara kita tidak jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat. Dianggarkan pesakit diabetes di negara ini mencecah sejuta orang, dan 90 peratus daripadanya menghidap diabetes mellitus Jenis 2.

Malah, insiden diabetes kini berlaku lebih cepat 10 tahun berbanding sembilan tahun lalu. Maknanya rakyat negara ini menghidap diabetes 10 tahun lebih awal dan tidak hairan jika ia turut berlaku pada lingkungan umur 30-an.

Presiden Persatuan Diabetes Malaysia, Profesor Dr Chan Siew Pheng, berkata masih ramai tidak menyedari atau memandang ringan ancaman besar diabetes kerana penyakit ini tidak mendatangkan kesakitan.

Masyarakat lebih memberi keutamaan kepada penyakit yang boleh membawa maut seperti sakit jantung dan strok, sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada masalah kencing manis.

Masalah kencing manis biasanya hanya diberikan tumpuan apabila pesakit mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk hidup.

Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia boleh dielakkan. Masyarakat perlu sedar, diabetes adalah penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain, katanya pada pelancaran ubat mengawal paras glukos dalam darah, Glucovance, baru-baru ini. Hadir sama, Pakar Endokrinologi Hospital Medical City Dallas, Profesor Jaime A Davidson.

Diabetes mellitus Jenis 2 atau diabetes mellitus tidak bergantung pada insulin berlaku apabila badan tidak mampu mengawal paras glukos dalam darah (dipanggil hiperglisemia).

Kandungan glukos yang tinggi akan menjadi racun sehingga boleh menyebabkan komplikasi seperti kerosakan buah pinggang, serangan jantung, strok, mati pucuk, buta dan kemungkinan kaki dipotong, terutama jika luka pada kaki bertambah melarat.

Glukos adalah sumber tenaga penting kepada badan yang diperoleh daripada makanan dan yang dihasilkan hati.

Paras glukos dikawal oleh hormon insulin. Biasanya selepas makan, paras glukos meningkat cepat (apabila karbohidrat dan gula lain dipecahkan kepada glukos).

Ini akan merangsang pankreas mengeluarkan insulin yang 'memberi arahan' kepada otot untuk mengambil dan menggunakan glukos dari darah. Pada masa sama ia menghentikan penghasilan glukos dari hati. Apabila paras glukos menurun, pengeluaran insulin juga semakin sedikit.

Bagaimanapun bagi pesakit diabetes, otot dan hati menjadi kurang sensitif terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan insulin).

Akibatnya insulin tidak lagi mampu mengawal paras glukos dalam darah dan pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengekalkan paras glukos yang selamat.

Lama kelamaan, pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang banyak bagi menangani tahap kerintangan insulin yang semakin tinggi. Ia menyebabkan pengeluaran insulin mula menurun dan apabila badan tidak mampu mengawal paras glukos, bermulalah masalah diabetes jenis 2.

Sikap ambil mudah dan kurang prihatin menyebabkan lebih dua pertiga daripada pesakit diabetes mengalami kerosakan mata yang serius ketika penyakit mereka dikesan.

Diabetes adalah penyakit yang sentiasa berkembang. Semakin lama mendapat diabetes, semakin susah dikawal. Diabetes boleh membunuh, tetapi kebanyakan orang tidak sedar hakikat ini.

Justeru, sebaik penyakit ini dikesan, pesakit perlu mengambil ubat secara teratur dan menjaga pemakanan. Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan diabetes. Sebarang kerosakan organ disebabkan diabetes tidak boleh disembuhkan, tetapi gejala ini boleh dikawal, kata Dr Chan.

Langkah mengawal paras glukos dalam darah perlu bermula sejak penyakit dikesan dan mesti diteruskan sepanjang hayat. Inilah kaedah rawatan yang diamalkan sekarang untuk mengelak diabetes menyebabkan pelbagai kerosakan organ lain.

Antara ubat digunakan sekarang ialah metformin dan glibenclamide.

Metformin mampu memanjangkan hayat pesakit diabetes dan menjaga kesihatan kardiovaskular untuk jangka masa panjang, tidak menyebabkan pertambahan berat badan dan merendahkan kesan kerintangan insulin.

Glibenclamide pula membantu mengembalikan pengeluaran insulin ke paras normal, mengawal kandungan glukos dan merendahkan komplikasi akibat diabetes. Ubat baru yang menggabungkan kedua-dua bahan ini akan memudahkan pesakit memastikan kesihatan mereka sentiasa terkawal.

Pesakit diabetes perlu mengekalkan paras glukos pada 6 mmol/liter ketika puasa dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan.

Namun, gaya hidup yang kurang bersenam dan tidak menjaga pemakanan menyebabkan paras ini sukar dicapai. Malah, ramai terpaksa menggandakan dos ubat untuk mengekalkan paras glukos yang selamat.

Masalahnya, pesakit lebih percaya dakwaan penjual ubat atau kata-kata jiran mengenai ubat tradisional yang belum diuji keberkesanannya secara saintifik dan mula berhenti mengambil ubat diberikan doktor.

Ini menyebabkan penyakit mereka semakin teruk dan apabila dibawa ke hospital, ia sudah menimbulkan komplikasi lain.

Seperkara yang perlu diingat, kos mengawal diabetes jauh lebih murah daripada merawat penyakit akibat diabetes, katanya.

BAHAYA SAKIT KENCING MANIS

MENGAPA kawalan diabetes penting? Diabetes sebenarnya menjadi 'akar' kepada penyakit kronik lain seperti strok, sakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Diabetes boleh menyebabkan komplikasi penyakit lain, iaitu:

Kerosakan retina mata (pesakit ada risiko buta).

Peredaran darah ke kaki menjadi lemah. Akibatnya, luka pada kaki lambat sembuh dan semakin melarat hingga terpaksa dipotong (bagi kes serius).

Kerosakan buah pinggang.

Menyebabkan serangan jantung dan strok (80 peratus pesakit diabetes mati kerana dua penyakit ini).

Masalah mati pucuk.

Kerosakan sistem saraf.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO

diabetes, kencing manis, minyak kelapa dara Minyak kelapa dan diabetes

Salah satu sebab yang mendorong doktor naturopati Dr Bruce Fife untuk mengkaji hubungan antara minyak kelapa dara dan diabetes adalah melalui pemerhatiannya dimana penduduk di negara dengan iklim tropika amat jarang mengidap penyakit diabetes dan penyakit lain seperti kanser, sakit jantung, dan AIDS .

Satu fakta mengenai diabetes ialah, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, stroke, penyakit jantung, gangguan kesihatan yang lain dan boleh menyebabkan kematian kerana glukosa ditukar menjadi lemak yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan menyebabkan gangguan dalam peredaran darah. Peredaran darah yang terganggu juga menyebabkan lambatnya penyembuhan pada luka. Makanan berlemak harus dielakkan oleh seseorang yang sedang mengidap diabetes.

Mengapa minyak kelapa menyembuhkan diabetes

Beberapa kajian menunjukkan, minyak kelapa dara merupakan minyak yang perlu diambil untuk mengelakkan diabetes.

Minyak kelapa dara adalah lemak tepu yang mengandungi asid lemak rantai sederhana atau MCFA, diabetes adalah berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme. MCFA adalah asid lemak yang mudah larut untuk membantu sistem pencernaan. Ia mudah dipecah dan ditukar menjadi nutrisi yang membantu dalam fungsi sel dan hormon, serta membantu menyeimbangkan penghasilan insulin dan prestasi sel.

Proses metabolisma menjadi lebih baik kerana MCFA, tubuh akan memperolehi suhu dan makanan yang diperlukan untuk menjadikan individu lebih bertenaga. MCFA digunakan dalam formula di hospital untuk diberi pada bayi, pesakit kritikal, dan individu yang mengalami masalah didalam sistem pencernaan.

MCFA yang terkandung dalam minyak kelapa dara lebih mudah dicerna, ia tidak menjadi lemak didalam tubuh yang memyumbat arteri dan pembuluh darah yang biasanya menyebabkan gangguan pada sistem peredaran darah. Secara tidak langsung, ini dapat membantu dan mengurangkan risiko dan komplikasi terhadap diabetes.


kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.