<?php echo $tajuk; ?>


Ancaman penyakit Darah Tinggi



tekanan darah tinggi, hipertensi dan minyak kelapa dara Di Malaysia, Kajian Mortaliti dan Morbiditi Kebangsaan pada 1996 mencatatkan 33 peratus warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan masalah tekanan darah tinggi. Dan selepas 10 tahun, angka itu meningkat kepada 43 peratus dan wanita Melayu menjadi kumpulan di tangga teratas iaitu pada anggaran satu bagi setiap dua orang. Walaupun tekanan darah tinggi diketahui sebagai pembunuh senyap, tidak ramai yang mengambil inisiatif melakukan pemeriksaan berkala. Malah disebabkan tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom, ramai yang hanya menyedari mereka mengalami tekanan darah tinggi selepas diserang angin ahmar.

Pengerusi Kumpulan Kerja Garis Panduan Hipertensi Malaysia, Profesor Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata antara penyebab utama tekanan darah tinggi adalah obesiti, merokok dan pengambilan garam yang tinggi di kalangan warga Malaysia.

Jelas Abdul Rashid, umumnya orang dewasa hanya perlu mengambil enam gram garam sehari manakala untuk kanak-kanak ia sepatutnya kurang daripada itu. Namun, di Malaysia senario yang ditemui sangat mengejutkan - warga Malaysia mengambil antara 16 ke 18 gram gram sehari!

Kita bukan hanya bercakap mengenai garam yang ditambah dalam masakan tetapi juga garam yang sudah sedia ada dalam makanan seperti sos, bijirin sarapan pagi dan sos pasta misalnya. Justeru kita tidak menyedari sudah mengambil jumlah garam yang lebih kerana hampir 75 peratus garam sudah ada dalam makanan yang dibeli, katanya.

Abdul Rashid berkata, ramai orang berhati-hati dengan gula tetapi mereka lupa mengenai garam. Sebenarnya, garam dengan harganya yang murah dan kaitan langsung dengan tekanan darah tinggi, ia harus dikawal pengambilannya.

Tekanan darah tinggi adalah beban kesihatan utama penduduk Malaysia. Atau ringkasnya, kita boleh katakan dalam peperangan menentang tekanan darah tinggi, kita sudah pun kalah, katanya.

Apa yang dikesali, katanya, ramai tidak menyedari mereka mengalami tekanan darah tinggi manakala hampir 62 peratus mengetahui mereka mengalami tekanan darah tinggi tetapi enggan mengambil ubat. Antara sebabnya, kebanyakan pesakit percaya, sekali memakan ubat mereka perlu mengambilnya sepanjang hayat.

Darah tinggi juga ada tahap-tahapnya seperti mana penyakit barah. Tekanan darah tinggi tahap satu tidak perlu makan ubat cukup dengan penjagaan makanan dan buat pemeriksaan tekanan darah setiap tahun.

Jika anda lahir dalam keluarga yang ada sejarah tekanan darah tinggi atau berada dalam kumpulan berisiko seperti obes, merokok dan memiliki kadar kolesterol yang tinggi, lakukan pemeriksaan dengan lebih kerap, katanya.

Menurut Abdul Rashid, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat akan menyebabkan komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung, kegagalan jantung, kegagalan ginjal dan angin ahmar.

Jika merujuk negara maju, serangan jantung bukan lagi masalah di sana kerana mereka sudah ada kesedaran untuk mengawalnya. Namun di Malaysia, serangan jantung adalah antara masalah kesihatan utama, katanya.

Selain itu, di kalangan orang Melayu kepercayaan terhadap ubat-ubatan alternatif semakin menular. Ubat-ubatan moden yang dihasilkan dengan penyelidikan dan ujian klinikal yang panjang dilihat memiliki komplikasi jangka panjang. Namun, pengambilan ubat-ubatan alternatif sama ada melalui jualan langsung atau perubatan tradisional lebih berbahaya kerana ubatan-ubatan jenis ini tidak memiliki bukti saintifik dan tidak menjalani ujian klinikal.

Orang Melayu terlalu banyak kepercayaan begini. Kalau hendak ambil ubat-ubatan alternatif boleh tetapi dalam masa yang sama lakukan pemeriksaan tekanan darah yang kerap dan kawal tekanan darah anda, katanya.

FAKTA: Bahaya Hipertensi

# Dihidapi seorang bagi setiap dua wanita Melayu
# Ramai tidak sedar alami penyakit
# 62 peratus tahu sakit tapi enggan makan ubat
# Ramai lebih percaya kaedah alternatif.

INFO: Kawal tekanan darah tinggi

# Kurangkan berat badan
# Bersenam
# Kurangkan pengambilan garam dan ambil menu yang sihat
# Berhenti merokok
# Kurangkan pengambilan kafein
# Kurangkan tekanan
# Lakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Minyak Kelapa Dara BioVCO : Turunkan Tekanan Darah


hipertensi, rawatan tekanan darah tinggi dengan minyak kelapa dara Minyak kelapa dara turunkan tekanan darah? Jika anda berumur melebihi 30 tahun, ada kemungkinan anda akan mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi adalah istilah perubatan untuk tekanan darah tinggi dan disebut silent killer kerana biasanya tidak mempunyai gejala yang jelas. Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa ia boleh menyebabkan seseorang masalah kesihatan yang serius jika tindakan awal tidak diambil.

Lemak adalah salah satu daripada banyak faktor yang mempengaruhi tekanan darah. Ia berkait rapat dengan cara pemakanan seseorang yang sering mengambil minyak goreng, shortening dan margerin. Ia biasa berlaku terutama bagi mereka yang mengamalkan makanan segera sebagai menu harian mereka dimana kebanyakannya mengandungi Asid lemak omega-6.

Tubuh anda menukar omega-6 polyunsaturated Asid lemak seperti minyak kacang soya dan minyak jagung ke prostaglandin, yang akan menyebabkan :

* Menyempitkan pembuluh darah
* Meningkatkan respon inflamasi dan meningkatkan kepekatan platelet darah

dan ia akan menaikkan tekanan darah dan mendorong aterosklerosis.

Minyak kelapa dara merupakan minyak yang mengandungi asid lemak rantai sederhana (MCFA). Dimana ia adalah sumber MCFA daripada alamsemulajadi.

Minyak kelapa dara yang mengandungi MCFA adalah berbeza dengan minyak lain dimana kandungan omega-6 molekul lemaknya adalah lebih rendah.

MCFA yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berubah menjadi prostaglandin dan boleh melemahkan kesan asid lemak omega-6.

Pesakit yang tekanan darahnya 130/80, Dengan sesekali 140/90 pasti akan merasa bimbang.

Biasanya selepas satu bulan atau lebih mengambil minyak kelapa setiap hari, ia boleh turun turun ke 120/80 dan 110/70. Pengambilan yang syorkan ialah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI



DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






DAPATKAN INFO KESIHATAN
PERCUMA



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.