<?php echo $tajuk; ?>


Awasi kolesterol dalam darah



Awasi kolesterol dalam darah Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia? Apakah komplikasi-komplikasi yang terhasil daripada hiperkolesterolemia? Bagaimana pula langkah pencegahan atau rawatannya?

Jika anda seorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah, dihujani persoalan dan permasalahan yang banyak boleh mempercepatkan kehadiran satu lagi penyakit iaitu tekanan darah tinggi.

DEFINISI, PARAS NORMAL DAN FUNGSI KOLESTEROL

Kolesterol, menurut Metabolisme Tubuh Manusia oleh Prof. Onn Hashim, merupakan sejenis lipid yang mempunyai kelarutan yang rendah dalam air. Pada suhu 25OC, kelarutan terhadnya adalah kira-kira 0.2 mg/dL.

Kolesterol

Kepekatan kolesterol dalam darah bagi manusia yang normal adalah sekitar 150 ? 200 mg/dL. Kelarutan kolesterol yang tinggi dalam darah adalah disebabkan oleh kehadiran lipoprotein plasma (terutamanya low-density lipoprotein, LDL dan very low-density lipoprotein, VLDL) yang berkeupayaan mengikat dan melarutkan kuantiti kolesterol yang banyak.

Antara fungsi utama kolesterol adalah:

1.Komponen membran sel dan intrasel.

2.Prekursor bagi asid hempedu.

3.Prekursor bagi 5 kelas utama hormon steroid – progestagen, glukokortikoid, mineralokortikoid, androgen dan estrogen.

HIPERKOLESTEROLEMIA

Untuk mengetahui paras kolesterol anda, ujian profil lipid bolehlah dilaksanakan. Ujian ini akan memberikan bacaan untuk nilai kolesterol total, HDL, LDL, VLDL dan trigliserida dalam darah.

Bagi seseorang yang muda lagi sihat bertenaga, nilai purata kolesterol plasma yang normal ialah 175 mg/dL. Amnya, paras kolesterol plasma yang melebihi 200 mg/dL dianggap tinggi dan diistilahkan sebagai hiperkolesterolemia.

Bagi seseorang yang mempunyai nilai kolesterol plasma di antara 200 hingga 240 mg/dL, risikonya terhadap penyakit jantung koronari adalah sederhana. Seseorang yang mempunyai nilai kolesterol plasma melebihi nilai ini, berisiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari.

Seperti yang telah dibincangkan, kolesterol plasma diangkut dan diedar oleh lipoprotein. Antara lipoprotein yang wujud, yang paling kaya-raya dengan kolesterol ialah LDL. Tingginya paras LDL dalam plasma dikaitkan dengan hiperkolesterolemia.

LDL berfungsi mengangkut dan mengedarkan kolesterol ke tisu bukan hepar. Oleh itu, pada amnya, paras LDL plasma yang tinggi menggalakkan proses pemunggahan kolesterol ke tisu bukan hepar. Sekiranya dibiarkan berlanjutan, proses ini menimbulkan masalah aterosklerosis. Ciri ini menyebabkan LDL digelar ‘kolesterol jahat.’

Dalam dunia ini, segalanya diciptakan berpasangan. Ada kolesterol jahat, ada juga kolesterol baik. Apakah kolesterol baik? Dalam dunia biokimia, HDL dipanggil ‘kolesterol baik’ kerana peranannya mengangkut kolesterol dari tisu bukan hepar dan lipoprotein-lipoprotein lain kembali ke hepar supaya dapat dikumuhkan. Paras HDL plasma yang tinggi menunjukkan seseorang itu berkeupayaan mengkumuh kolesterol dengan cekap.

HIPERKOLESTEROLEMIA DAN KOMPLIKASI-KOMPLIKASINYA

Ketaknormalan metabolisme atau pengangkutan kolesterol di dalam plasma boleh mencetuskan aterosklerosis, iaitu pengerasan arteri yang boleh menyebabkan infarksi miokardium.

Pada mulanya, keadaan hiperkolesterolemia akan menyebabkan penimbunan lipid berlaku di dalam sel makrofaj dan otot licin arteri. Sekiranya langkah awal untuk mengurangkan paras kolesterol plasma dilakukan, timbunan lipid masih boleh dibersihkan. Sekiranya paras kolesterol plasma yang tinggi berlarutan, timbunan lipid akan mula berlaku di dalam intima arteri. Selalunya keadaan ini berasosiasi dengan proses fibrosis apabila kolagen ditimbunkan bersama untuk membentuk satu struktur plak yang berserat. Plak ateroskerosis mengeras melalui proses kalsifikasi.

Atherosclerotic Plaque

Awasi kolesterol dalam darah Dukacita sungguh dimaklumkan bahawa plak ateroskerosis sekali sudah terbina, tidak dapat dilarut atau dimusnahkan. Pada peringkat ini, usaha untuk mengurangkan paras kolesterol plasma tidak mendatangkan sebarang kesan kepada plak yang sedia terbentuk. Pembentukan plak ini menyebabkan penyempitan lumen arteri dan mengganggu aliran darah.

Pembentukan plak aterosklerosis biasanya dikaitkan dengan perubahan degeneratif yang menyebabkan permukaan intima arteri menjadi kasar. Sekiranya retakan plak berlaku, struktur kolagen akan terdedah kepada plasma.

Fenomena ini yang berlaku dalam aliran darah yang terganggu akan mengaktifkan penggumpalan darah melalui laluan intrinsik atau trombosis. Trombus akan mengikut aliran darah dan boleh menyumbat lumen arteri, terutama di bahagian yang sedia sempit dirintangi plak aterosklerotik.

Penyumbatan lumen arteri seterusnya menyekat bekalan darah dan oksigen kepada tisu yang terlibat dan menyebabkan iskemia tisu yang bakal membawa kepada infarksi sekiranya tidak disingkir dengan cepat.

Berikut adalah ringkasan komplikasi yang berlaku mengiringi aterosklerosis pada tempat-tempat yang berbeza dalam badan:

1. Arteri koronari ? Infarksi miokardium atau sakit jantung

2. Salur darah otak ? Strok

3. Arteri di bahagian kaki ? Penyakit periferi vaskular

4. Arteri ke ginjal ? Kegagalan fungsi ginjal

5. Arteri ke mata ? Pengkaburan dan kerosakan penglihatan

Seringkali, arteri yang dilanda masalah aterosklerosis adalah arteri koronari.

RAWATAN HIPERKOLESTEROLEMIA

Bagi mengurangkan paras kolesterol plasma, seterusnya merendahkan risiko terhadap penyakit jantung koronari, beberapa langkah awal boleh diambil.

Pengawalan pemakanan merupakan langkah terbaik yang dapat dilakukan pada peringkat awal. Makanan seperti kuning telur, otak haiwan dan makanan yang mengandungi minyak haiwan mestilah dielakkan sama sekali. Di samping itu, amalan pemakanan yang kaya dengan asid lemak poli tak tepu dan asid lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan paras kolesterol plasma berbanding asid lemak tepu.

Trans Fatty Acid dan Kolesterol

Dalam keadaan hiperkolesterolemia yang teruk, beberapa ubat hipolipidemik disyorkan. Antaranya ialah mevastatin dan lovastatin yang merencat enzim HMG-CoA reduktase, seterusnya menghalang sintesis kolesterol. Sitosterol pula bertindak merencatkan penyerapan kolesterol semula di trak gastrousus. Selain daripada itu, resin (cholestipol dan cholestyramine) mengurangkan paras kolesterol plasma secara tidak langsung dengan mengikat kepada asid hempedu di dalam usus. Asid hempedu yang terikat kepada resin tidak dapat diserap balik dan terkumuh melalui tinja. Dengan terkumuhnya asid hempedu secara berlebihan, lebih banyak kolesterol digunakan untuk menghasilkan asid hempedu, seterusnya mengurangkan paras kolesterol dalam darah (sila rujuk fungsi ke-2 kolesterol seperti yang telah diterangkan di atas).

KESIMPULAN

Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawati. Jagalah pemakanan anda setiap masa kerana sabda Rasulullah SAW tercinta:

“Perut ialah rumah penyakit, dan puasa ialah raja segala ubat.”

Minyak Kelapa dara dan kolesterol

Berbeza dengan anggapan masyarakat Barat selama ini bahawa minyak kelapa merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan, minyak kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001) dan kumpulannya menunjukkan, 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi adalah asid kapriat. Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

Testimoni minyak kelapa dara satu


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






DAPATKAN INFO KESIHATAN
PERCUMA



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.