Soaljawab mengenai produk BioVCO

Apakah Minyak Kelapa Dara BioVCO?

Minyak kelapa dara BioVCO adalah produk yang dikeluarkan daripada kelapa segar dan diproses melalui kaedah semula jadi (bioteknologi), tanpa penggunaan bahan kimia, bahan tambahan atau pengawet. Ia dipanggil 'dara' disebabkan ianya murni, segar, tidak tercemar dan masih asli daripada campuran bahan asing.

Apakah perbezaan antara cold pressed dan cold processed?

Kebanyakan jenis minyak yang ada dipasaran diproses dan dihasilkan melalui kaedah cold pressed. Tetapi tidak semua minyak dihasilkan melalui kaedah cold processed.

“cold processed” tidak bermaksud tiada sebarang haba digunakan untuk menghasilkan minyak tetapi ia menggunakan suhu pada tahap paling minima. Manakala melalui kaedah cold pressed minyak diperolehi melalui proses penyulingan menggunakan bahan kimia dan menggunakan suhu yang tinggi.

Melalui kaedah “cold processed” penggunaan haba adalah pada tahap paling rendah, daripada bermulanya proses pemilihan kelapa segar hinggalah minyak dibotolkan. Minyak Kelapa Dara BioVCO 100 % diproses melalui kaedah cold processed.

Apakah perbezaan Minyak Kelapa Dara BioVCO dengan Minyak Kelapa biasa?

Minyak kelapa biasa (minyak masak) diperolehi daripada kelapa kering (cobra) dan melalui proses penapisan menggunakan bahan kimia, pelunturan, dan penyahbau (RBD) sebelum dijual. Ia berwarna kekuning-kuningan dan telah kehilangan kandungan vitamin semula jadi semasa proses penghasilannya. Minyak kelapa dara BioVCO diperolehi daripada kelapa segar, terpilih dan tidak melalui proses RBD. Oleh itu, ia kekal asli dan jernih, mengekalkan aroma dan rasa kelapa asli yang mengandungi vitamin E semula jadi.

Apakah perbezaan minyak kelapa Dara BioVCO dengan minyak jenis lain?

Minyak kelapa dara adalah terdiri daripada lemak tepu, ia adalah rantaian asid lemak sederhana. Minyak lain seperti minyak sayuran (minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bunga matahari) terdiri daripada rantaian asid lemak panjang , dimana ia adalah lemak tak tepu. Minyak Zaitun dan minyak canola adalah diklasifikasikan sebagai mono unsaturated. Rantaian asid lemak sederhana yang terkandung pada minyak kelapa dara adalah unik apabila diproses didalam sistem penghadaman dan ia berkemampuan untuk meningkatkan kadar metabolisma. Minyak jenis lain perlu dihadamkan melalui hempedu dan enzim-enzim pankreas, manakala minyak kelapa dara akan dihantar terus ke hati dan ditukar untuk menghasilkan tenaga dengan segera.

Adakah minyak kelapa dara BioVCO mengandungi kolesterol? Adakah ia tidak baik untuk jantung?

Minyak sayuran mengandungi sejumlah kolesterol, manakala minyak kelapa dara hanya mengandungi sedikit kolesterol, sekitar 0-14 ppm, ini bermakna ianya hampir tiada kolestrol. Ia bertentangan dengan kepercayaan kebanyakan pengguna, minyak kelapa dara adalah selamat untuk jantung. Kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kelapa yang dijadikan makan harian penduduk di Bilcolanos dan Polynesia, mereka mempunyai kurang serum kolestrol dan tiada insiden penyakit jantung koronari pada mereka. Satu kajian terbaru di England membuktikan bahawa mereka yang mengambil minyak kelapa dara telah menambah HDL (kolesterol baik) disebabkan oleh peningkatan metabolisma.

Apakah yang terkandung didalam minyak kelapa dara?

Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang tinggi, terdiri daripada rantaian asid lemak sederhana, dimana ia amat berfaedah untuk kesihatan. Minyak kelapa dara mengandungi 48% - 53% asid laurik. Ia adalah serupa dengan lemak yang terdapat didalam susu ibu, dimana ia membantu membina sistem imun (kekebalan tubuh) untuk bayi.

Bagaimana Asid Laurik boleh menyebabkan virus dan bakteria tidak aktif?

Lipid adalah lapisan luar bagi virus-virus seperti HIV, campak, Herpes Simplex, stomatitis Vesikel virus, virus Influenza, dan Hepatitis C dimana monolaurin yang berasal daripada asid laurik boleh melemah dan menyebabkan virus menjadi tidak aktif . Lipid pada lapisan luar bakteria termasuk H Pylori, Staphylococcus aureus, Streptococci, dan Selesema H.

Bolehkah saya menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara?

Minyak kelapa dara boleh diambil oleh semua peringkat umur, termasuk bayi (kandungan asid laurik yang terkandung didalam minyak kelapa dara hampir sama dengan susu ibu). Ia adalah selamat untuk ibu mengandung terutama mereka yang mengalami sembelit. Minyak kelapa dara adalah lemak yang mempunyai kalori rendah dan semula jadi. Seseorang gemuk perlu mengambil makanan yang berkalori rendah. Minyak kelapa dara mempunyai lebih sedikit kalori berbanding minyak lain. Minyak kelapa dara juga dapat membantu mengurangkan kelaparan.

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?


>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2