Pencetus alahan

Alahan adalah satu tindak balas terlalu sensitif disebabkan oleh satu atau lebih bahan dalam persekitaran (debunga, habuk, makanan) yang melalui mekanisme sistem imun. Walaupun alahan jarang meragut nyawa, kesannya akan mengganggu kualiti hidup pesakit termasuk gejala fizikal dan tekanan emosi yang serius.

Untuk mendapat alahan, pesakit perlu terdedah kepada alergen (bahan yang tidak merbahaya) yang menyebabkan tindak balas imun. Sistem imun terdiri daripada dua jenis sel darah putih iaitu T dan B. Ia membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenalpasti bahan asing.

Sebarang elemen berbahaya yang dikesan akan merangsang sistem pertahanan tubuh (mast cell) untuk melepaskan bahan kimia seperti histamines untuk memeranginya. Apabila sistem imun tersilap mengenalpasti elemen berbahaya, alahan akan berlaku terutama apabila berulang kali terdedah kepada bahan tertentu.

Gangguan alahan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk termasuk gangguan hidung dan sinus kepada alahan kulit, lelah dan makanan. Gejala-gejalanya juga berbeza dari ketidakselesaan ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal) kepada gejala yang lebih berat (sesak nafas, ruam, tindak balas alahan melampau atau anafilaktik).

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak yang juga Profesor di Jabatan Otorhinolaryngology Universiti Malaya, Dr Prepageran Narayanan, berkata jenis alahan yang dihidapi seorang kanak-kanak berkait rapat dengan betapa terdedahnya mereka dengan persekitaran sejak bayi.

Katanya, pada awal kelahiran, biasanya mereka terdedah dengan bedak talkum, lampin pakai buang dan pakaian. Pada usia dua hingga tiga tahun mereka gemar memasukkan apa saja objek ke dalam mulut, empat hingga lima tahun mula bermain di taman permainan dan terdedah kepada persekitaran luar sehingga mula mendapat alahan.

“Anda hanya akan mendapat alahan bergantung kepada apa yang didedahkan kepada anda. Sebab itu kadangkala ada pesakit yang datang mengadu pada mulanya tiada masalah dengan kekacang tetapi lama kelamaan alahan itu wujud. Ini kerana individu hanya akan mendapat alahan apabila terdedah berulang kali dengan perkara yang sama,” katanya pada kempen awam Hidup Bebas Alahan anjuran Persatuan Pakar Bedah Otorinolaringologi Kepala dan Tengkuk Malaysia (MSO-HNS), Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) dan disokong oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK).

Bagaimanapun, katanya, apa yang menyedihkan, alahan sering disalah anggap oleh masyarakat, malah kebanyakan pesakit rela menerima hakikat alahan adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan.

Gejala seperti hidung berhingus dan tersumbat bukanlah masalahnya tetapi akibat daripada gejala-gejala yang timbul itu dan menyebabkan seseorang terpaksa mengambil cuti sakit kerana tidak dapat bekerja.

Ada pula yang datang bekerja, tetapi tidak dapat melakukan tugas dengan baik kerana masalah hidung yang berhingus, tersumbat serta mata yang gatal dan berair.

“Keadaan ini bukan saja memberi kesan kepada produktiviti tetapi juga mengakibatkan tekanan perasaan serta psiko-sosial,” katanya.

Dr Prepageran berkata, memandangkan alahan adalah permulaan masalah yang lebih serius, ia perlu dibendung dan dicegah seawal mungkin. Sekiranya individu alah kepada habuk, hama atau debu, langkah kawalan dan pencegahan awal boleh diambil dengan mengelaknya. Ini kerana lebih awal alahan bermula lebih lama ia akan dihidapi.

Jelasnya, adalah mustahil untuk mengelak dari terdedah kepada habuk, hama, debunga mahupun cuaca terutama di negara seperti Malaysia.

“Pilihan yang ada adalah menyedarkan masyarakat mengenai alahan dan mengenai pertalian antara penyakit hidung, kulit dan lelah.

“Pendidikan dalam kalangan orang awam adalah kunci dalam membantu pesakit dalam menentukan jenis alahan yang dihidapi bagi mengurangkan kejadian dan merebaknya penyakit itu dengan pengesanan dan rawatan yang bersesuaian.”

INFO: Antara faktor risiko alahan:

Asap rokok - Kanak-kanak yang membesar di rumah yang terdedah dengan asap rokok, lebih berisiko alami masalah alahan. Mereka yang lahir tidak cukup bulan.

Pendedahan awal atau dari usia kecil kepada pencetus alahan seperti habuk, kulat, lipas dan jenis makanan tertentu.

Gejala alahan:

Berbeza daripada ketidakselesaan ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal)
Ia lebih kepada gejala yang lebih berat seperti sesak nafas, ruam dan tindak balas alahan melampau.

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol

8 Tips Elak Perut Buncit


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker