Rawatan Pilihan Tekanan Darah Tinggi

Rawatan pilihan tekanan darah tinggi Minyak Kelapa Dara MASALAH tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi umur 30 tahun menghidap penyakit tersebut.

Di Malaysia, mungkin lebih enam juta golongan dewasa, terutamanya lelaki menghidap tekanan darah tinggi yang boleh berpunca daripada pelbagai faktor.

Terdapat faktor yang tidak boleh diubah seperti warisan genetik tetapi ada juga yang boleh diubah seperti kekerapan bersenam, merokok dan amalan pemakanan.

Tekanan darah tinggi juga menjadi antara punca utama kepada serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan juga kebutaan.

Walaupun mudah dikesan, masalah tekanan darah tinggi masih sukar dikesan berikutan tidak ramai yang mengambil berat mengenainya dan tidak memikirkan mereka menghadapi risiko menghidapinya.

Ini menyebabkan ada antara mereka yang hadir dengan komplikasi seperti masalah jantung atau buah pinggang apabila disahkan menghidap tekanan darah tinggi.

Klasifikasi

Tekanan darah mempunyai dua bacaan iaitu tekanan darah sistolik dan diastolik. Tekanan darah sistolik adalah lebih tinggi daripada diastolik.

Tekanan darah optimum sistolik adalah 120 milimeter Merkuri (mmHg) ke bawah, sementara diastolik pada 80 mmHg ke bawah (120/80 mmHg ke bawah).

Mereka yang mempunyai tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih diklasifikasikan sebagai menghidap tekanan darah tinggi dan mungkin perlu mengambil ubat menurunkan tekanan darah, mengikut nasihat doktor.

Seperti juga diabetes, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi akan menghidap penyakit berkenaan untuk seumur hidup mereka.

Sehingga kini, belum ada ubat yang boleh memulihkan sepenuhnya kedua-dua penyakit ini dan mengembalikan tahap kesihatan pesakit kepada normal.

Bagaimanapun, penghidap tekanan darah tinggi yang dikesan awal dengan tekanan di bawah 139/89 mmHg, dikenali sebagai prahipertensi, boleh diberikan rawatan awal menggunakan ubat atau mengubah cara hidup dan mengembalikan tekanan darah kepada normal.

Pengesanan dan rawatan awal ini dapat mengelakkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi untuk seumur hidup mereka.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia dan juga Presiden Persatuan Hipertensi Asia Pasifik, Datuk Dr. Azhari Rosman menjelaskan peratusan penghidap tekanan darah tinggi di Malaysia telah meningkat dari 33 peratus pada 1996 kepada 42.6 peratus pada 2006 mengikut laporan Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan setiap 10 tahun.

“Maklumat yang dikumpul menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam bilangan pesakit darah tinggi di negara ini.

“Walaupun masalah kesihatan ini merupakan antara faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh dirawat, kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi masih gagal dikesan,” katanya.

Menurut Dr. Azhari, ramai di kalangan mereka yang telah dikesan dan disahkan menghidap tekanan darah tinggi pula tidak mengambil ubat mengikut arahan doktor.

Tambahnya, hanya 26 peratus penghidap penyakit ini yang menjaga pengambilan ubat mereka, iaitu peratusan yang sama dengan tinjauan pada 10 tahun lalu.

Peratusan penghidap tekanan darah tinggi di Malaysia yang menjaga pengambilan ubat mereka juga jauh lebih rendah dari yang disasarkan dan jauh ketinggalan berbanding lebih 50 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira satu daripada setiap lima kematian berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit arteri koronari, iaitu bersamaan dengan 1.6 juta kematian setiap tahun.

Sebahagian daripada kematian ini dapat dielakkan terutamanya jika berpunca daripada tekanan tinggi yang boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.

Menurut Dr. Azhari, dua objektif utama dunia perubatan adalah untuk memanjangkan hayat pesakit dan juga untuk mengurangkan simptom penyakit yang dihidapi mereka.

“Memandangkan tekanan darah tinggi merupakan satu penyakit yang jarang menunjukkan simptom, cabaran utama adalah untuk meyakinkan pesakit supaya terus mengambil ubat, seumur hidup mereka.

“Doktor yang merawat dan juga pesakit perlu menyedari bahawa rawatan yang berkesan bukan setakat mengawal tekanan darah tetapi juga mengekalkan tahap tekanan darah terus terkawal bagi mengelakkan komplikasi jangka panjang,” jelas beliau.

Dr. Azhari menyatakan, dengan peningkatan pemahaman mekanisme tekanan darah tinggi, terapi baru dan kini gabungan beberapa jenis ubat, telah membolehkan penyakit ini dikawal dengan lebih baik.

Tambah beliau, rawatan juga kini dijalankan serentak dengan perubahan cara hidup seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan pengambilan garam dan kerap bersenam.

Implikasi

Antara yang paling dikhuatiri berlaku kepada penghidap tekanan darah tinggi adalah kerosakan kepada buah pinggang, jantung, otak dan mata.

Kesemua ini berlaku dalam jangka panjang jika tekanan darah tidak dikawal sehingga jantung menjadi tebal dan semakin besar, serangan jantung serta strok.

Kualiti hidup pesakit juga pasti menurun jika terpaksa bergantung kepada rawatan dialisis selepas buah pinggang mereka rosak akibat tekanan darah tidak dikawal.

Dr. Azhari menerangkan pendekatan terbaik adalah dengan pengesanan awal melalui pemeriksaan tekanan darah sekerap mungkin memandangkan lebih 64 peratus penghidap penyakit ini belum dikesan.

“Langkah pertama adalah diagnosis yang tepat iaitu mengambil bacaan tekanan darah ketika pesakit tidak mengalami tekanan, sakit atau mengambil ubat tertentu.

“Faktor-faktor tersebut akan mengganggu bacaan sebenar tekanan darah pesakit, sama ada lebih tinggi atau rendah,” ujarnya.

Beliau menegaskan penghidap yang disahkan mempunyai tekanan darah tinggi perlu mengubah cara hidup dan menjalani rawatan mengikut nasihat doktor.

Tambahnya, rawatan ubat dimulakan bagi memastikan tekanan darah berada di bawah 140/90 mmHg tetapi pesakit juga perlu mengelakkan merokok, berat badan berlebihan, kurangkan garam dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran.

Pengambilan ubat perlu mengikut saranan doktor dan mesti dimulakan secepat mungkin jika penghidap tekanan darah tinggi dikesan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes.

Kebanyakan pesakit tekanan darah tinggi juga mungkin perlu mengambil lebih daripada satu jenis ubat untuk mencapai sasaran tekanan darah masing-masing.

Mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang, masalah jantung atau tekanan darah sistolik melebihi 160 mmHg pula sudah pasti akan memerlukan lebih daripada satu jenis ubat.

Dalam pada itu, Dr. Azhari membangkitkan tahap kesedaran umum tentang penyakit ini di Malaysia, terutamanya kawasan pedalaman yang masih boleh ditingkatkan lagi.

“Orang ramai cenderung merasakan diri mereka sihat sehinggalah ‘dibuktikan’ sebaliknya.

“Sebilangan penduduk negara ini ‘tidak mahu tahu’ jika mereka mempunyai tekanan darah tinggi sementara yang lain pula langsung tidak tahu apa-apa mengenainya,” katanya.

Beliau menyatakan sebilangan daripada mereka ini juga tidak mahu membuat pemeriksaan tekanan darah.

Secara umumnya, lebih ramai lelaki yang menghidap penyakit ini berbanding wanita.

Namun, dalam lingkungan umur lewat 60 tahun sehingga 70 tahun, lebih ramai wanita menghidap tekanan darah tinggi berbanding lelaki, mungkin disebabkan putus haid dan jangka hayat wanita yang lebih panjang.

Selain itu, kira-kira 90 peratus warga emas berumur lebih 75 tahun menghidap penyakit ini, terutamanya apabila keanjalan salur darah semakin berkurangan.

Kemaskini


Dalam usaha meningkatkan keberkesanan kawalan tekanan darah tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hipertensi Malaysia telah mengemaskini Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk rawatan penyakit tersebut. Kali terakhir CPG ini dikemaskini adalah pada 2002.

Dr. Azhari menjelaskan maklumat mengenai penyelidikan besar terkini turut disertakan dalam CPG yang baru dikemaskini ini, termasuk penekanan beberapa perkara penting untuk rujukan doktor ketika merawat pesakit.

“Garis panduan ini turut disertakan dengan maklumat sebilangan besar ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi, ada di antaranya merupakan tablet gabungan beberapa jenis ubat.

“Tablet gabungan beberapa jenis ubat mungkin menjadi pilihan bagi ramai pesakit kerana ia memudahkan aturan pengambilan ubat setiap hari,” katanya.

Dr. Azhari menekankan bahawa dengan memudahkan pengambilan ubat, pesakit juga lebih cenderung untuk terus mengambil ubat mengikut nasihat doktor.

Tambahnya, bagi individu tertentu, seperti mereka dengan tekanan darah sistolik melebihi 160 mmHg, golongan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit buah pinggang, terapi gabungan ubat mungkin adalah pilihan terbaik.

Gabungan ubat-ubat tertentu juga dilihat dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih baik berbanding penggunaan hanya salah satu ubat berkenaan.

Fakta ini turut ditekankan di dalam CPG tersebut dan selari dengan garis panduan Persatuan Hipertensi di Eropah dan AS.

CPG yang telah dikemaskini ini boleh diperolehi melalui laman web www.msh.org.my atau www.darahtinggi.com.

Selain itu, Dr. Azhari juga menjelaskan bahawa garis panduan untuk Malaysia juga tidak jauh berbeza dengan garis panduan di Barat.

“Di AS, mereka membenarkan semua jenis ubat untuk rawatan dan menjadikan ubat jenis diuretik (kurangkan garam melalui pembuangan urin) sebagai pilihan utama.

“Malaysia pula memilih untuk mengelakkan ubat jenis Beta blocker untuk rawatan awal atau bagi golongan muda kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan di samping meningkatkan risiko diabetes kepada pesakit,” ujar beliau.

Menurut beliau, ubat jenis Beta blocker hanya digunakan untuk rawatan awal bagi pesakit serangan jantung atau penyakit koronari.

Antara kesan sampingan ubat jenis Beta blocker adalah peningkatan berat badan, pengurangan sensitiviti insulin, mati pucuk dan memburukkan lagi penyakit vaskular lain.

Terkini


Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd., Richard Abela menyatakan tekanan darah tinggi merupakan pembunuh nombor tiga di negara ini selepas serangan jantung dan kanser.

“Walaupun bilangan pesakit semakin meningkat, hanya enam daripada setiap 100 pesakit berjaya mengawal dan mencapai sasaran tekanan darah mereka.

“Oleh itu, adalah penting untuk memudahkan pengambilan ubat tetapi tetap mengekalkan keberkesanan kawalan tekanan darah,” katanya.

BioVCO : Turunkan Tekanan Darah


Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal, minyak kelapa dara BioVCO turunkan tekanan darah tinggi? Jika anda berumur melebihi 30 tahun, ada kemungkinan anda akan mengalami tekanan darah tinggi.

Hipertensi adalah istilah perubatan untuk tekanan darah tinggi dan disebut silent killer kerana biasanya tidak mempunyai gejala yang jelas. Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa ia boleh menyebabkan seseorang masalah kesihatan yang serius jika tindakan awal tidak diambil.

Lemak adalah salah satu daripada banyak faktor yang mempengaruhi tekanan darah. Ia berkait rapat dengan cara pemakanan seseorang yang sering mengambil minyak goreng, shortening dan margerin. Ia biasa berlaku terutama bagi mereka yang mengamalkan makanan segera sebagai menu harian mereka dimana kebanyakannya mengandungi Asid lemak omega-6.

Tubuh anda menukar omega-6 polyunsaturated Asid lemak seperti minyak kacang soya dan minyak jagung ke prostaglandin, yang akan menyebabkan :

* Menyempitkan pembuluh darah
* Meningkatkan respon inflamasi dan meningkatkan kepekatan platelet darah

dan ia akan menaikkan tekanan darah dan mendorong aterosklerosis.

BioVCO merupakan minyak yang mengandungi asid lemak rantai sederhana (MCFA). Dimana ia adalah sumber MCFA daripada alamsemulajadi.

BioVCO yang mengandungi MCFA adalah berbeza dengan minyak lain dimana kandungan omega-6 molekul lemaknya adalah lebih rendah.

MCFA yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berubah menjadi prostaglandin dan boleh melemahkan kesan asid lemak omega-6.

Pesakit yang tekanan darahnya 130/80, Dengan sesekali 140/90 pasti akan merasa bimbang.

Biasanya selepas satu bulan atau lebih mengambil BioVCO setiap hari, ia boleh turun turun ke 120/80 dan 110/70. Pengambilan yang syorkan ialah 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.

Apa Kata Pengguna Selepas Mengamalkan BioVCO Secara Kosisten

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap

Komplikasi penyakit darah tinggi boleh berlaku dalam jangka masa yang cepat ataupun lambat.

Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.

Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!

Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi
Tekanan darah tinggi boleh dikawal menerusi pengambilan sajian seimbang



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2