<?php echo $tajuk; ?>


Masalah rambut gugur tidak mengenal usia



Masalah rambut gugur tidak mengenal usia Botak boleh dielakkan jika setiap individu amal gaya hidup seimbang, jaga pemakanan dan diet.

PENUAAN sering dikaitkan dengan tumpuan kepada kulit wajah sehingga ada yang lupa bahawa rambut juga mengalami masalah penuaan. Malah ada yang menganggap masalah keguguran rambut serius seperti botak hanya dialami oleh mereka yang semakin meningkat usia.

Jangan disangka pada usia muda anda tidak akan menghadapi masalah botak. Tahap serius botak adalah pelbagai iaitu dari rambut jarang hinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari adalah dikategorikan normal, tetapi jika berlebihan perlu diambil perhatian serius dengan mendapatkan rawatan segera.

Pakar kesihatan juga sering kali menyarankan setiap individu mengamalkan gaya hidup seimbang terutama dari segi pemakanan. Ini adalah kerana ia boleh menyebabkan keguguran rambut yang mana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.

Kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Antara punca berlakunya botak ialah genetik. Masalah itu boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya. Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan.

Hormon utama yang mempengaruhi proses itu ialah dihidroksitestosteron (DHT), hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin dan boleh menyebabkan botak.

Begitu pun, penjagaan yang baik, teratur dan menggunakan kaedah yang betul sekali gus memberi kesan yang memberangsangkan.

FAKTA: Punca botak

Genetik.
Perubahan hormon.
Ubat-ubatan dan bahan kimia.
Trauma.
Serangan autoimun.
Jangkitan mikroorganisma.
Penyakit kulit.

Jenis Botak

Androgenetic alopecia- botak disebabkan keturunan.
Traction alopecia - disebabkan sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.
Telogen effluvium - disebabkan tekanan emosi dan fisiologi
Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
Alopecia areata - kerana serangan sistem imun terhadap sel folikel

Pencegahan

Mengambil nutrien secara seimbang.
Menjaga kebersihan kulit dan rambut.
Melindungi daripada sinaran ultra lembayung.
Mengendalikan rambut dengan lembut dan mengurangkan dandanan rambut yang keterlaluan.
Sentiasa bersenam.
Pengurusan tekanan lebih baik.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO


sinusis, resdung, minyak kelapa dara Minyak kelapa dara untuk Penjagaan Rambut

Minyak kelapa dara merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan berkilau. Amalan menyapukan minyak kelapa dara di kulit kepala akan dapat memastikan kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, malah ia membantu masalah kulit kepala kering. Minyak kelapa dara banyak digunakan di asia sebagai rawatan rambut.

Minyak kelapa dara merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga menyediakan protein dan khasiat penting yang diperlukan untuk masalah rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak untuk rawatan rambut dan digunakan dalam pembuatan pelbagai penyejuk, dan krim untuk mencegah kelimumur.

kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit



<?php echo $tajuk; ?>










Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.