Darah tinggi, kencing manis potensi strok

WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, Presiden Persatuan Sains Neuro.

Simptom tertentu seperti kebas atau pertuturan yang tidak jelas boleh berlaku tiba-tiba tetapi keadaan yang sebenarnya (dikenali sebagai penyakit cerebrovascular) hanya akan dikesan bertahun-tahun selepas serangan strok berlaku.

Bagi mencegah serangan itu, mereka yang mempunyai risiko untuk diserang perlu mengetahui faktor yang mengakibatkannya.

Sungguhpun tiada faktor risiko yang dapat dielak seperti umur, sejarah keluarga dan jantina (lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita). Prof. Tan berkata, 70 hingga 80 peratus strok berpotensi untuk dihalang.

Rawatan awal terhadap tekanan darah tinggi adalah cara yang paling efisien untuk menghalang serangan strok.

Tekanan darah tinggi berlaku pada 60 hingga 70 peratus pesakit strok dan 50 peratus kes kencing manis mempunyai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sesuatu yang biasa. Namun kebanyakan orang yang menghidapnya berasa sihat dan tidak sedar mereka mempunyai masalah - walaupun tekanan darah mereka sudah sampai ke tahap yang membahayakan.

Ia tidak mempunyai simptom yang dapat dikesan, menyebabkan mereka hanya mengetahuinya kali pertama apabila mereka terkena strok atau Transient Ishemic Attack (TIA) yang dikenali juga sebagai strok kecil.

Secara umumnya, jantung berdenyut sekitar 70 hingga 80 kali seminit. Ia menyalurkan darah melalui arteri ke segenap bahagian badan - ia kembali ke jantung melalui vena.

Tekanan darah ialah kekuatan yang dikenakan ke atas otot arteri oleh darah yang mengalir ke jantung melalui tubuh badan.

Tekanan yang berlaku apabila otot jantung mengepam dikenali sebagai tekanan darah sistolik - yang lebih tinggi daripada dua angka dalam bacaan tekanan darah. Tekanan dalam arteri apabila otot jantung mengendur dikenali sebagai tekanan diastolik - angka rendah pada bacaan.

Kebanyakan doktor kini percaya bacaan tekanan darah yang normal sepatutnya tidak lebih daripada 140/90 bagi lelaki dan wanita. Sekiranya bacaan tekanan darah kerap melebihi 140/90 pada dua keadaan, anda mempunyai tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi memberikan tekanan kepada pembuluh darah. Ia boleh menyebabkan pembuluh menjadi tebal dan rosak, yang mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengalirkan darah melaluinya. Perubahan ini boleh menyebabkan masalah yang serius termasuk strok.

Ia berpunca daripada beberapa sebab. Tekanan darah tinggi boleh mengakibatkan ketulan kolestrol dan kandungan lemak terbebas daripada dinding arteri, menyebabkan arteri di otak tersumbat.

Ia mengakibatkan pembentukan selaput pada arteri menjadikan ia lebih mudah tersekat oleh ketulan darah. Dan tekanan yang berlebihan boleh mengakibatkan pembuluh darah pecah, menyebabkan pendarahan dalam otak, satu lagi punca strok.

Prof. Tan menyarankan supaya orang ramai membuat ujian tekanan darah tinggi sekurang-kurangnya sekali setahun dan mereka yang berumur di bawah 30 tahun, dua kali setahun bagi mengelak sebarang masalah yang tidak diingini.

Sekiranya anda dikesan mempunyai tekanan darah tinggi, jangan panik. Tekanan darah tinggi yang rendah dan sederhana boleh dirawat. Lebih cepat lebih baik.

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2