Mengatasi masalah sembelit

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan, kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain. ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda, ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.

Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui, terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama, jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Rawatan

Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas, kata Dr. Abd. Hamid.

Menurutnya, pelawas mungkin penting bagi mereka yang mempunyai gangguan tabiat pemakanan yang tidak efektif dan sesuai.

Penggunaan perangsang pelawas (seperti sena) perlu dihindari kerana ia akan memburukkan lagi masalah kekejangan yang selalu dialami ketika sembelit.

Dalam keadaan yang berbeza (seperti penggunaan codeine atau morfin), penggabungan penghidratan (seperti laktulosa atau glikols), bulk-forming (seperti psyllium) dan agen stimulasi adalah diperlukan.

Produk-produk ini boleh didapati di kaunter secara meluas.

Enema dan klister selalunya diberikan kepada pesakit yang mengalami sembelit yang serius, merbahaya atau anti pelawas.

Sorbitol, gliserin dan supositori minyak arakis digunakan. Kes sembelit yang lebih serius memerlukan larutan fosfat sebagai enema, tambahnya.

Beliau menarik perhatian, sembelit yang tidak dapat dirawat melalui rawatan-rawatan di atas memerlukan campur tangan fizikal.

Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

Adalah lebih mudah untuk mencegah dari mengubati sembelit.

Kata Dr. Abd. Hamid lagi: Untuk melegakan sembelit dengan penggunaan agen osmosis seperti laktulosa, Politeleneglikol (PEG) atau garam magnesium perlu dituruti dengan pencegahan seperti penambahan kandungan fiber dalam diet (buah-buahan dan sayur-sayuran) dan pengurangan dos pelawas osmosis bagi setiap malam.

Melalui penggunaan narkotik yang berterusan, contohnya, pengambilan dos agen osmosis setiap malam boleh dilakukan selamanya (jika tidak membahayakan) untuk menghasilkan perkumuhan usus.

Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan, katanya.

Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami sembelit berpanjangan yang tidak sembuh setelah mengambil berbagai-bagai jenis rawatan untuk sembelit, maka haruslah pesakit dirujuk kepada pakar bedah untuk ujian lanjutan bagi mencari punca sembelit.

Bagaimana Minyak Kelapa dara Membantu masalah Sembelit

sembelit, buasir, minyak kelapa dara Sembelit adalah keadaan biasa yang sering dialami oleh mereka yang semakin berusia. Banyak sebab mengapa berlakunya sembelit, salah satu ialah kerana diet yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang kurang kandungan fiber, makanan siap diroses, daging, kurang memakan buah-buahan, sayuran dan air.

Perubahan gaya hidup, penuaan, ketidakseimbangan hormon semasa kehamilan, penyalahgunaan ubat dan sindrom kerengsaan usus besar juga dianggap penyebab sembelit. Kerana rawatan sembelit yang berbagai, ramai yang merasa keliru apakah ubat yang sesuai bagi mereka.

Bagaimana dara minyak kelapa dara dapat membantu masalah sembelit? Minyak kelapa dara mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan memproses makanan lebih cekap dan berkesan yang boleh menyebabkan gerakan usus dan penurunan berat badan.

Minyak kelapa dara juga merupakan, anti-bakteria anti-kulat, dan agen anti-virus. Asid lemak yang ditemui dalam minyak kelapa dara mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu sistem imun tubuh untuk melawan berbagai bakteria, penyakit dan jangkitan lain.

Apa yang menentukan minyak kelapa dara berbeza dari minyak jenis lain ialah kerana ia tidak berubah menjadi lemak didalam tubuh. Ia selamat dan dapat menurunkan tahap kolesterol.

testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2