Diet kawal diabetes

Bagaimanakah pengawalan diet dapat membantu pesakit diabetes?

Diabetes mellitus atau kencing manis tidak asing lagi di kalangan masyarakat sekarang. Dianggarkan antara 10 hingga 15 peratus rakyat Malaysia menghidap diabetes jenis II dan hampir 20 peratus lagi mempunyai pradiabetes.

Malangnya lebih separuh daripada bilangan ini tidak menyedarinya.

Setiap tahun, lebih kurang 3.2 juta kematian (bersamaan dengan enam orang seminit) dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada komplikasi-komplikasi diabetes.

Penyakit diabetes biasanya tidak sembuh tetapi boleh dikawal.

Apa yang perlu dilakukan?

Mengekalkan paras gula atau glukos darah pada tahap normal atau terkawal. Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pemecahan tisu lemak di dalam badan secara berlebihan dan menghasilkan produk buangan yang dipanggil keton. Ia adalah toksik yang boleh menyebabkan koma.

Jenis makanan

Makanan bergula seperti gula-gula, biskut, kek, coklat, minuman ringan dan susu pekat manis, ais-krim, kuih-muih yang manis serta buah-buahan dalam tin.

Makanan berkanji dan berkarbohidrat seperti nasi, mi, roti, ubi kentang, bijirin dan buah-buahan juga memberi kesan kepada paras gula darah. Kesemua makanan ini perlu diambil secara sederhana.

Meminimumkan pengambilan lemak - contoh lemak tepu adalah kaki ayam, kaki lembu dan lain-lain, krimer bukan tenusu, krimer manis, susu penuh krim. Selain itu, minyak sapi, sosej, burger, daging cincang, kulit ayam, lemak daging, santan, marjerin dan mentega.

Makanan yang digalakkan

Sekurang-kurangnya setengah cawan sayur yang dimasak perlu diambil setiap hidangan utama dalam sehari.

Penghidap diabetes boleh makan buah dua kali sehari selepas makan dalam jumlah yang terhad. Contohnya, setengah biji jambu batu diambil sejurus selepas makan tengah hari dan sebiji epal bersaiz sederhana diambil selepas makan malam.

Merancang pemakanan

Penghidap diabetes yang memerlukan suntikan insulin perlu makan dengan teratur mengikut masa supaya bersesuaian dengan tindakan insulin. LAKUKAN aktiviti fizikal secara sederhana.

Sekiranya masa makan ditangguhkan atau terlupa makan mengikut masa, terlalu banyak suntikan insulin, atau melakukan aktiviti fizikal yang tidak terkawal, ini boleh menyebabkan hipoglisemia - paras gula darah menjadi terlalu rendah.

Tanda-tanda hipoglisemia:

* berpeluh dengan berlebihan, pening kepala, berdebar-debar, rasa terlalu lapar, ketar, kabur penglihatan, hilang pertimbangan atau rasa keliru, bercakap tidak menentu dan perasaan marah.

* Elakkan daripada gejala hipoglisemia. Jika anda merasakan tanda-tanda awal hipoglisemia, makanlah sedikit karbohidrat.

Pesakit perlu berhati-hati membuat pemilihan makanan bila makan di luar. Jangan segan memberitahu keperluan seperti mahu pengurangan garam, minyak, lemak, gula, perencah dalam penyediaan makanan.

Saiz makanan juga perlu diambil kira dalam menikmati makanan di luar. Sekiranya mengambil ubat diabetes atau suntikan insulin, masa makan haruslah diambil berat.

Penghidap diabetes boleh menikmati makanan segera. Tetapi hadkan kepada sekali sebulan. Sekiranya anda mengambil makanan segera, pastikan pada waktu makan yang lain makan makanan yang sihat seperti makanan yang dibakar, kukus, rebus dan lebihkan sayur-sayuran.

* Pesakit yang obes disarankan mengurangkan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh menyebabkan tindakan insulin kurang berkesan.

Senaman

Senaman isotonik: baik untuk kawal glukos dan kardiovaskular.

Contoh : senaman berjalan pantas, joging, berbasikal dan bermain tenis

Senaman isometrik: baik untuk mengawal glukos.

Contoh : mengangkat berat, bina badan dan tekan tubi.

Melalui aktiviti fizikal yang berjadual serta senaman yang berkala dan kawalan diet yang betul, paras glukos dalam darah dapat distabilkan.

Senaman juga membantu peredaran darah dan membuatkan badan sihat, aktif dan cergas.

Mengenai penyakit Kencing Manis

BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

Testimoni diabetes minyak kelapa dara satu


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2