Ruam lampin jangan ambil mudah

BAYI mengalami ruam lampin?

Itu masalah biasa bagi kebanyakan bayi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukan satu penyakit bahaya dan lama kelamaan akan hilang jika disapu krim lampin yang disyorkan.

Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka.

Bagaimanapun, Pakar Kanak-Kanak dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fadzilah Ghazali, tidak menolak kemungkinan ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.

Menurutnya, terdapat dua jenis ruam lampin yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak iaitu contact irritant dermatitis dan contact allergic dermatitis.

Komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ruam lampin beliau berkata, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Ia merupakan keadaan di mana kulit bayi yang sememangnya sensitif, menjadi merah dan mengalami keradangan, terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha.

“Ruam lampin lazimnya terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin. Sekiranya ada jangkitan kandida akan terdapatlah satellite lesion. Keadaan ini menjadikan bayi tidak selesa dan meragam,’’ ujarnya.

Beliau berkata, antara gejala-gejala ruam lampin termasuklah tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

Menjelaskan punca-punca terjadinya ruam lampin, Fadzillah berkata ia berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan najis.

Katanya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing secara tidak langsung memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Turut dikaitkan alahan pada bahan cucian atau kandungan pada lampin pakai buang.

Beliau berkata, masalah ini boleh dielakan dengan mempraktikkan penjagaan kebersihan yang betul oleh ibu bapa.

“Sebaiknya, tukar lampin bayi dengan lebih kerap dan punggung bayi perlu dibersihkan untuk menghilangkan sisa air kencing. Berikan rawatan yang bersesuaian contohnya, krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berulang-ulang,’’ ujarnya sambil menegaskan ruam lampin tidak harus dipandang ringan.

Nasihat beliau, jika ruam berterusan dan tidak sembuh berjumpalah doktor dengan segera.

Rutin penukaran lampin

- Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.

- Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.

- Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.

- Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta.

- Jika menggunakan lampin kain, jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.

- Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol


Testimoni minyak kelapa dara kolestrol



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2