Resdung Boleh Menyebabkan Buta?

Resdung boleh menyebabkan buta Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang juga dikenali sebagai sinusitis ini, masih ramai beranggapan ia bukanlah satu penyakit serius.

Sebaliknya tanpa disedari ia juga antara penyakit yang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di salah sebuah hospital terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya Dr. Gan Tong Nee, memberitahu resdung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus iaitu rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan kuman yang dikenali sebagai Steptoccus dan Staphylococcus.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk 'Rawatan Semasa Sinusitis, di pusat perubatan tersebut baru-baru ini berkata, pada keadaan normal kedua-dua kuman yang sememangnya terdapat pada rongga hidung ini tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Sebaliknya penyakit ini bertindak balas apabila timbul masalah kepada sistem pertahanan tubuh hingga membolehkan kuman ini membiak tanpa kawalan.

Salah satu punca utama kuman membiak katanya, ialah apabila pintu-pintu rongga sinus ini tersumbat akibat kesan radangan pada hidung sehingga terjadinya pembengkakan pada bahagian tersebut.

Faktor penyebab lain ialah terdapatnya ketumbuhan pada hidung sehingga menutup pintu rongga sinus seperti kanser hidung atau maglinant.

Dalam keadaan ini katanya, apabila sinus tertutup, cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan ini menyebabkan takungan berlaku.

'Biarpun salah satu punca penyakit ini dikaitkan dengan faktor keturunan. Namun ia bukanlah satu penyakit genetik tetapi disebabkan alahan yang diwarisi oleh mereka,' ujar Dr. Gan.

Beliau menegaskan, selain makanan, mereka juga alah kepada habuk yang terdapat pada permaidani, patung permainan dan langsir.

Menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit ini dalam ceramah yang disampaikan beliau berkata, terdapat dua jenis penyakit resdung yang utama iaitu sinus akut dan sinus kronik.

Sinus akut katanya, berlaku dalam tempoh dua minggu iaitu bermula dengan serangan alahan yang berulang-ulang secara serius pada hidung hingga menyebabkan hidung tersumbat.

'Biasanya serangan berlaku pada sebelah pagi dan malam ketika cuaca berada dalam keadaan sejuk terutamanya dan kembali berkurangan pada sebelah petang,'' kata Dr. Gan.

Menyentuh mengenai resdung di peringkat kronik pula, beliau memberitahu, tahap keseriusan penyakit ini tidak seteruk pada peringkat akut kerana kebiasaannya di peringkat ini semua cairan telah dikeluarkan menggunakan kaedah rawatan yang dicadangkan.

'Bagi mereka yang telah berada di peringkat kronik, sakit yang dialami pada bahagian muka mereka agak berkurangan.' Sebaliknya, hingus bertambah dan adakalanya keluar tanpa disedari dan berbau busuk,'' ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai resdung di kalangan kanak-kanak, Dr. Gan memberitahu ia lebih mudah merebak hingga ke dalam mata sehingga mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah pada bahagian mata.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan berkemungkinan besar ia boleh menyebabkan buta.

Keadaan ini berlaku, disebabkan dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.

Manakala kalangan dewasa, nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak.

Ini menyebabkan dinding pemisah menjadi semakin tebal dan keadaan ini mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Beliau berkata, bahagian maxillaa adalah antara kawasan yang sering dijangkiti penyakit tersebut, tetapi komplikasinya agak jarang memandangkan nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.

Dalam keadaan ini sekiranya nanah telah merebak ke bahagian otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan saraf atau neurosurgery.

Beliau turut menafikan tanggapan sesetengah masyarakat bahawa penyakit resdung tidak boleh dirawat. Di samping rawatan yang dikatakan kurang berkesan hingga mengakibatkan komplikasi dan kematian.

Sebaliknya, kata Dr. Tan dengan teknologi moden dan kecanggihan perubatan yang ada pada hari ini penyakit ini dapat dikawal dan dirawat dengan menggunakan rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik atau antihistamin atau ubat analgesik.

Penggunaan ubat-ubatan ini bertujuan mengurangkan radangan yang berlaku.

Bagi pesakit kronik pula, pakar ENT akan menggunakan rawatan endoskopi iaitu kaedah pembedahan yang dikenali sebagai endocopic sinus surgery bertujuan membesarkan pintu-pintu sinus tersebut.

'Dengan menggunakan kaedah tersebut, doktor dapat melihat lebih dekat keadaan pintu sinus dan mengesan faktor-faktor yang memungkinkan terjadinya penyakit ini,'' katanya.

Selain itu kata Dr. Gan , kaedah tersebut juga berupaya mengeluarkan ketumbuhan atau polip pada hidung.

Menurut beliau lagi, kaedah pembedahan yang digunakan bagi merawat resdung merupakan kaedah terkini yang boleh membantu pesakit.

Di samping itu mereka perlu mengawal faktor persekitaran yang memungkinkan risiko untuk lebih mudah mendapat penyakit ini.

RAWATAN TANPA UBAT


minyak kelapa dara biovco resdung Berdasarkan gejala penyakit diatas, rawatan yang disyorkan adalah dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara, Minyak Kelapa Dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak Kelapa Dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

Testimoni minyak kelapa dara sembelit



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2