Derita Hilang Deria Bau

hilang deria bau Deria bau boleh mengesan rangsangan dihasilkan bahan kimia menerusi organ deria ini, hidung.

Hidung manusia mempunyai rongga yang dipenuhi tisu epitelium dan pada permukaan tisu berkenaan terdapat sel deria dikenali sebagai sel penghidu atau saraf olfaktori.

Keadaan permukaan rongga hidung lembap kerana terdapat mukus yang dirembeskan sel kelenjar.

Rongga hidung pula mempunyai sepasang pembukaan luaran yang mempunyai bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.

Ia juga berfungsi mengimbangi kepanasan atau lembapan yang disedut melalui hidung sebelum ia dihembus keluar.

Bau dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung akan larut dalam mukus dan merangsang sel deria.

Sel deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls iaitu isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf dan dihantar ke otak bagi mengenal pasti bauan.

Namun, terdapat kes pesakit mengalami masalah deria bau yang menjejaskan aktiviti hariannya terutama kelebihan untuk menikmati makanan.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Dr Aminuddin Saim, masalah deria bau ini kebanyakannya dihidapi golongan dewasa dan jarang sekali dialami kanak-kanak.

Ia akan menjejaskan deria rasa dan aktiviti harian pesakit yang mengalaminya hingga adakalanya mengakibatkan individu berkenaan mengalami kemurungan.

Saya boleh katakan apa saja masalah dalam hidung, saraf atau otak boleh mempengaruhi deria bau dan menyebabkan tunas rasa tidak berfungsi dengan baik.

Oleh itu, penting bagi individu untuk mengenal pasti masalah dan jangan hanya mendapatkan bantuan apabila sudah terlambat kerana ia akan menjadi lebih memudaratkan, katanya.

cara cuci buah pinggang BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2